View di Langkawi Hotels dan Borong Coklat

View di Langkawi Hotels dan Borong Coklat

Hey you guys, i’m eating chocolate now. Hershey’s Kisses. Sedap sangat hahaha. Siapa-siapa yang hantu coklat macam i ni, mesti tahu kelazatan dan keenakan coklat ni. Ni adalah antara coklat favourite yang I memang akan beli kalau pergi langkawi. Rugi kalau datang langkawi tak shopping coklat coz harga dia murah la berbanding dekat KL tu.

COKLATKredit imej: Google Images

Well baru-baru ni I kena pergi langkawi for work purpose. So alang-alang pergi ke sana, borong la coklat sikit untuk souvenier kawan-kawan opis, family and keperluan diri sendiri. Dalam sedar tak sedar I punye borong coklat ni sampai la beratus-ratus ringgit jugak la haha. Antara coklat yang mesti dibeli kalau ke langkawi ni Hershey’s, Daim, Ferrero dan Cadburry. Kalau yang minat nak cari coklat lain dari lain yang tak dapat kat kedai-kedai biasa mahupun pasaraya dekat rumah tu, memang langkawi ni tempat yang terbaik la.

Selain tu shopping kat langkawi yang best kata orang shopping pinggan mangkuk. Tapi I takdela nak mengangkut barang-barang berat ni. Nak naik flight nanti ada yang kena tambah costing baggage pulak.

Kalau korang nak tau, coklat ni banyak kebaikkannya tau. Kalau dimakan secara betul la hahaha. Antara the goodness of eating coklat ni, coklat boleh buat kita dalam mood yang baik. So sebab tu la I selalu ceria je. Dah la makan coklat sedap, mood baik pulak kan. Lain-lain kebaikkan korang boleh google sendiri.

Bayview hotel langkawi yang selesa

Well kat sana, I duduk dekat Bayview hotel langkawi pekan kuah. Ni first time I duduk situ. Located betul-betul tengah-tengah pekan kuah dan senang untuk I pergi makan sebab berdekatan dengan kedai makan dan kedai untuk shopping-shopping. Sebab tu senang je nak borong coklat banyak-banyak ni.

BAYVIEW HOTEL

Hotel ni ada swimming pool tapi I tak pergi mandi-mandi la sebab datang untuk kerja kan. Kalau bawak family best la jugak nak mandi-mandi pool ni. Tapi I jengah jugak tingkat 4 tu. Mandi mandi sambil menikmati view yang cantik dan weather in langkawi yang panas-panas gitu.

bayview-hotel-langkawi

Bagi I hotel ni antara Langkawi Hotels yang best. Bilik quite besar dan katil hotel ni pun besar. Tido sorang-sorang ni puas la bergolek hujung ke hujung katil tapi I ni tido sopan so diam2 jela kat tengah2 katil tu.

Breakfast pun sedap. Banyak choices. Makanan barat, makanan asia, standard hotel la kan. Tapi puas hati I la sebab kena dengan selera. Siang-siang I tak sempat sangat nak jalan-jalan, malam tu baru la I keluar jalan-jalan. Malas nak sewa-sewa kereta ni sebabnya sorang-sorang kan. Macam membazir plak. So I jalan kaki je ke pasar malam, kedai-kedai coklat. Tak sempat la nak jengah pantai cenang sebabnya this is short business trip esoknya dah nak balik.

Plan melancong ke langkawi dengan family

Lepas balik dari Langkawi, perasaan membuak-buak pulak nak bercuti ke Langkawi lagi. Dah lama tak bercuti ke Langkawi. Datang pun sebab kerja je selalunya. Tapi kali ni I nak bawak family pulak. I pun buat planning dengan cari hotel dekat https://www.traveloka.com/en-my/.

TRAVELOKA

Kat Traveloka ni senang kerja I, I boleh cari tiket flight skali dengan hotel. Website dia pun simple and very friendly. Tak serabut nak pilih-pilih menu. I plan nak pergi time cuti sekolah Disember nanti dan kebetulan ada cuti Maulidur Rasul. Amik cuti sehari jumaat sampai isnin dapat 4 hari berjalan-jalan dekat Langkawi. Lama sikit.

Siap beli tiket flight and hotel, lepas ni tinggal kena cari kereta sewa je dan plan itinerary sepanjang 4 hari kat sana nanti. Dah terbayang-bayang dah perasaan bercuti tu walaupun lambat lagi hahaha. Nak naik kereta kabel, jalan-jalan kat pantai cenang, pergi museum 3D ke, tapi yang pasti, coklat wajib dibeli lagi tauuu ..

By cik suka jalan-jalan 🙂

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

8 Comments

  1. Off course shopping coklat memang tak boleh tinggal. Best untuk buat makan sendiri sefamily & buat gift ole-ole untuk orang lain. In Shaa Allah hujung tahun ni dapat pergi Langkawi dengan tajaan. Thanks for sharing tips and tempat-tempat best kat Langkawi…

  2. okay i mula nak searching2 lokasi hotel ni utk tahun depan…

    tiket flight ajo dah beli… hihi….

    ps: cemana bee letak iklan google mcm babab.net punya kat bawah entri tuh??

  3. selain kat langkawi, Labuan pun best nak borong coklat ni..ehhe

  4. Huuuu…sya ada peminat dark choclate….!
    Thanks….info mengenai hotel kbtulan ada cadangan nak ke sana bcuti dgn famili ujung tahun ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *