Magfiraht travel

Video Kanak-Kanak 3 Tahun Di Serang Siamang Di Zoo Melaka

DITERKAM...rakaman menunjukkan siamang menerkam seorang budak sebelum menggigit Muhammad Afieq di Zoo Melaka.

DITERKAM...rakaman menunjukkan siamang menerkam seorang budak sebelum menggigit Muhammad Afieq di Zoo Melaka.

MELAKA: ‘Saya perasan siamang itu melompat-lompat atas jalan sambil mengejar beberapa pengunjung. Saya sangka ia jinak dan memang dilepaskan untuk hiburan pengunjung zoo menyebabkan kami tak bimbang menghampirinya.

“Bagaimanapun, sebaik menghampiri haiwan itu berpusing dan menerkam lalu menggigit kuat betis kanan kaki anak saya yang sedang didukung,” kata Kamarul Baharin Othman, 37, yang anak lelakinya, Muhammad Afieq Haziq, 3, parah akibat betis kanannya digigit seekor siamang hingga terkoyak dan menampakkan tulang ketika melawat Zoo Melaka di Ayer Keroh di sini, kira-kira jam 2.30 petang, kelmarin.

Difahamkan kejadian itu berlaku selang 15 minit selepas haiwan sama menggigit kaki kanan seorang kanak-kanak perempuan, Nurul Zukrina Abdul Hadi, 5, yang berkunjung ke zoo itu sempena cuti sekolah bersama keluarganya dari Pekan, Pahang.

Difahamkan juga kanak-kanak terbabit hanya luka kecil dan menerima tiga jahitan di Hospital Melaka (HM) sebelum dibenarkan pulang. Bapanya enggan ditemu bual berhubung kejadian itu.

Menurut Kamarul, kejadian itu disedari isterinya yang menjerit kuat apabila melihat siamang berbulu hitam, seberat kira-kira 38 kilogram itu menggigit kaki anak keenam daripada tujuh beradik itu.

Katanya, mereka sekeluarga singgah di Zoo Melaka kira-kira jam 12.30 tengah hari.

“Apabila sampai di kawasan siamang itu, kami lihat ramai pengunjung dan saya mendukung Muhammad Afieq sambil diikuti lima anak lain serta isteri yang turut mendukung anak bongsu kami.

“Saya sangka siamang itu jinak kerana tiada papan tanda amaran atau petugas zoo berkawal di kawasan itu. Malah, haiwan itu kelihatan tidak bahaya dan melompat-lompat sambil mengejar pengunjung lain sebelum dia berhenti seketika.

“Ia kemudian berada di kiri saya dan tiba-tiba terus berpusing. Saya tak perasan pada mulanya, namun isteri menjerit kuat mengatakan kaki anak kami digigit dan serentak itu anak menangis kuat,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka kira-kira jam 1 pagi, semalam.

Kamarul berkata, serentak itu dia memegang kepala siamang itu dan cuba mengerak-gerakannya, namun haiwan itu enggan melepaskan gigitannya.

“Saya yang terperanjat jadi panik dan tidak berani menyentap kepala siamang itu kerana bimbang luka pada betis anak lebih parah. Seorang pengunjung lelaki pantas menyepak badan siamang itu hingga gigitannya tercabut dan saya terus mencampaknnya sekuat hati.

“Dalam keadaan anak menangis dan darah keluar dengan banyak hingga mengenai baju dan seluar, saya berlari ke arah kaunter tiket sejauh kira-kira 1.5 atau dua kilometer untuk mendapatkan bantuan sambil menjerit meminta pengunjung ke pejabat pentadbiran.

Kanak-Kanak 3 Tahun Di Serang Siamang Di Zoo Melaka

“Petugas zoo muncul memberi bantuan dengan mencuci dan membalut luka anak saya sebelum kami dibawa ke klinik kesihatan berdekatan,” katanya yang tinggal di Taman Seri Andalas, Klang, Selangor.

Menurutnya, dia kesal kerana mendakwa tiada petugas zoo di tempat haiwan itu untuk memberi sebarang bantuan kepada pengunjung ketika kecemasan.

“Sewajarnya ada petugas di setiap lokasi haiwan berkenaan supaya mudah orang ramai yang mengalami kecemasan mendapatkan bantuan. Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada pihak zoo yang membantu membawa anak ke klinik kesihatan dan seterusnya ke HM untuk rawatan,” katanya.

Menurutnya, setiba di wad kecemasan, anaknya diperiksa dan dirawat doktor sebelum menjalani pembedahan selama tiga jam bermula jam 9 pagi dikendalikan pakar bedah tulang dan pakar bius.

“Alhamdulillah anak saya makin sembuh dan doktor memberitahu dia perlu rawatan susulan setiap hari sehingga benar-benar sembuh. “Selepas itu anak saya perlu menjalani fisiotrapi supaya dapat berjalan seperti sedia kala,” katanya yang merancang memindahkan anaknya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Sementara itu, isterinya, Anita Leman, 35, berkata kejadian itu menyebabkan mereka sekeluarga mengalami trauma yang teruk.

“Sampai tujuh keturunan saya tidak akan bawa anak ke mana-mana zoo,” katanya. Hmetro

PB : Ya Allah kesian pula mengenangkan nasib anak kecil yang digigit itu , saya pernah ada pengalaman tengok dengan mata kepala sendiri orang utan menangkap anak jiran saya dulu-dulu sehingga sekarang saya memang takut nak dekat dengan bintang yang se spesis ni , sepatutnya zoo tak bebaskan siamang ni , memang bahaya , suka ganggu orang dan cepat naik angin , takut betul tengoknya ..satu lagi di Zoo taiping punyalah banyaknya spesis beruk dan monyet berkeliaran , saya takut betul tengok .. naya lah tiba-tiba je adik tu trauma .. kesian ..moga keluarga mangsa dapat bersabar dan adik cepat sembuh dari trauma yang di alami.

, , , , , , ,

33 Responses to Video Kanak-Kanak 3 Tahun Di Serang Siamang Di Zoo Melaka

  1. yas 21 December 2011 at 11:05 am #

    Camne boleh terlepas siamang tue…pengunjung boleh ambik tindakan terhadap pihak zoo klau mcm nih….bahaya betul laa…ni bru siamang…kalau yg lagi ganas2 tu terlepas pe cerita??

    • puanbee 21 December 2011 at 2:10 pm #

      itu lah dia ..seram lak nak ke zoo

  2. nuriz 16 December 2011 at 10:41 pm #

    uish bahay nye lahh.. mesti budak tu fobia dah

  3. juanita 16 December 2011 at 4:26 pm #

    Mmg kesian adik tu…tingat plak camne klu jadi kat maria…huhu..

    • puanbee 16 December 2011 at 4:51 pm #

      mintak simpang lah jue kan .. tk mo tk mo

  4. puan kutu 16 December 2011 at 2:31 pm #

    mmg seram masa baca berita nie.kegembiraan anak bertukar menjadi tragedi trauma.memang kes naya.kutu pernah sekali jeke zoo melaka..baca pun macam serik dh nak p sana..:)

  5. kakyong 16 December 2011 at 1:12 pm #

    kesian sungguh.. kalo kakyong pun bleh jadi trauma nak bawa anak ke zoo…

    apa kata pihak zzoo yer.. memang siamang tu sengaja dilepas bebas dlm zoo ker?

  6. ummiross 16 December 2011 at 12:49 pm #

    MasyaAllah kesiannya, orang tua pun boleh trauma macam ni, apalagi budak2…

  7. akubiomed 16 December 2011 at 12:17 pm #

    Saya simpati apa yang berlaku kepada kanak-kanak yang malang tersebut. :-(

  8. khairul 16 December 2011 at 10:28 am #

    jgn dimain2 dgn haiwan ni ..walau jinak mcm mana pon

  9. Qaseh Gifts 16 December 2011 at 10:24 am #

    Kesian budak tu!

    Jom baca ni ~ Tips Penyediaan ke Musim Persekolahan!

  10. kimmie 16 December 2011 at 9:57 am #

    kesian la kat kanak – kanak tu

  11. UpProfits 15 December 2011 at 11:10 pm #

    Siamang btol si siamang tuh..huh!

  12. titan 15 December 2011 at 10:36 pm #

    peh, ngeri gila..

  13. klcitizen 15 December 2011 at 9:54 pm #

    memang kesian lah kan. panaslah punggung pengarah zoo melaka dan petugas2 kat sana tu…

  14. pharmalif 15 December 2011 at 9:52 pm #

    baru seminggu lepas kejadian ni saya satu famili pergi ke zoo tersebut. binatang tu rimas sgt org ramai agaknya. lagi pulak ramai yg bawa makanan bersama2.. nasib xterjadi pada saya. sepatutnya pihak zoo kena lebih prihatin

  15. yatie awang 15 December 2011 at 9:17 pm #

    aduiii…takut pulak kan, buat kita semua ni trauma je nak ke zoo, kasihan budak tu

  16. zulkbo 15 December 2011 at 9:12 pm #

    salam..
    jahat siamang nih..
    kalau di china dah
    kena buat lauk..
    padan muka dia..

  17. syamila 15 December 2011 at 9:05 pm #

    risau pulak nak bawak budak2 pergi zoo…huhuhu

  18. syamila 15 December 2011 at 9:05 pm #

    kesiannyer….

  19. transformed hw 15 December 2011 at 8:56 pm #

    ngeri pulak tengok. Mcmmana boleh terlepas siamang tu. Mmg boleh saman zoo tu atas kecuaian.

  20. OrangAkaun 15 December 2011 at 5:58 pm #

    brutal!

  21. JR 15 December 2011 at 5:56 pm #

    kciannye..nape x saman je zoo tu!.. kalo gua ade kat situ time beruk tu menggigit budak tu kompom gua kerjakan beruk tu sampai mati!..

  22. Ummi Hanie 15 December 2011 at 5:43 pm #

    sian budakk …

    leh saman zoo melaka tu .. cuai

    • puanbee 15 December 2011 at 5:49 pm #

      kan dah le lepas , tk de penjaga pulak tu ..

  23. yanmie 15 December 2011 at 5:39 pm #

    Semalam tengok kat tv3, takutlah tengok, jadi fobia pulak, last bawa anak2 3 tahun lepas hiks takmo pegi dah ler, takut

    • puanbee 15 December 2011 at 5:48 pm #

      sama , bee pergi last bawak kakak dgn una je .. baby belum lagi .. tk nak lah pergi juga .. seram

  24. Nazayiena 15 December 2011 at 5:38 pm #

    Baru bercadang nak bawa anak pegi zoo Melaka tu cuti nie……

    • puanbee 15 December 2011 at 5:47 pm #

      dah tk de kot siamang tu , tp fobia gak huhu

  25. saka_tok_abah 15 December 2011 at 5:38 pm #

    klw pihak keluarga budak tu kenekan saman terhadap zoo atas tiada faktor keselamatan masak pihak zoo . . . . yg ak pelik klw binatang tu dilepaskan mesti ade pekerja zoo yg jage die..ni mesti kes terkeluar dari kandang. . .

    • puanbee 15 December 2011 at 5:47 pm #

      tak de orang jaga tu pelik patutnya dah boleh tembak ubt penenang ke apa , tk ler sampai hancur kaki budak kecik tu ..erm entah lah .. benda dah jadi pun

  26. Jamal 15 December 2011 at 5:20 pm #

    Bahayanya kak..kesian budak yang kena gigit tue,,

    • puanbee 15 December 2011 at 5:22 pm #

      kan jamal , kesian betul ..

Leave a Reply

CommentLuv badge