Video cara buat aiskrim goreng

Tengok video cara buat aiskrim goreng disini , memang sedap.. banyak kali dah saya cuba tetapi lupa nak ambil gambar.Video buat aiskrim ni dah lama di share di blog saya, atas keizinan blog harul.com.

video buat aiskrim goreng

Cara buat aiskrim goreng

Bahan-bahan :

  • aiskrim
  • telur yg dipukul
  • cornflakes yang dihancurkan
Cara membuat aiskrim goreng
  1. keluarkan aiskrim menggunakan sudu
  2. letak di atas talam, piring , pinggan yang bersesuaian
  3. dan disimpan dalam freezer selama 2 jam
  4. Setelah 2 jam keluarkan aiskrim tadi dan celupkan dalam telur kemudian sadurkan dengan cornflakes ulangi proses berikut sebanyak 2 kali
  5. kemudian masukkan dalam freezer selama 2 jam lagi.
  6. setelah 2 jam baru keluarkan dan goreng selama 30 saat sahaja.
  7. pastikan minyak benar2 panas..balik balikkan dan angkat , hidangkan terus makan..eh itu pun nak ajar ? hahaa
Boleh lah cuba petang nanti .. bersempena bulan puasa nih …

Sumber : Mari buat aiskrim goreng & Hairul.com

28 thoughts on “Video cara buat aiskrim goreng”

  1. Ooo mcm ni cara membuatnya…sy puas fikir dah mcm mana dia buat..aiscream goreng tak cair ke??haha..antara persoalan yang timbul..kena suruh isteri buat ni..suka mkan roti goreng…huhu

  2. selalunya aku guna roti jer Bee.. geleng leper dan isikan sekerim.
    Cara ini unik tapi 2 kali kena simpan fridge. oklahkan.. kalau sodap
    mustilah kena cuba.. thanks Bee

  3. hehhehehe dah tengok video masih baca langkah puanbee…sampai no.7 hahahhahaha tu yg gelak…

    perghhh sedap tu senang pulak tu…tapi nak tanya la puanbee kalau tak di makan lagi aiskrem tu tak terkopek la kan then lama ke boleh letak luar after goreng???

    1. tak boleh letak lama , lama2 aiskrim cair dan jd lembik .. kalau nak simpan lepas goreng , mungkin boleh masukkan dlm peti ais tmpt beku semula , tp sy tk pernah simpan lepas goreng , terus ngap sampai habis 🙂

  4. Ibu Mifzal Arsyad

    tgk cam senang…ada 1 lg cara buat cam sandwich ais krim..guna roti gardenia tu..pastu goreng..hehe..pastu ngap..makan..opps puasa la..

  5. Salam,

    Pernah baca dan tengok video sebelum ni tapi belum ada rasa nak buat, tengoklah kot2 teringin boleh buat 😀

    1. Bee biar betul goreng selama 30 minit? dulu cikmin pernah ajar akak, katanya goreng dalam kuali panas dalam masa beberapa saat aje, kalau tak silap dalam 30 saat, ni bee punya goreng 30 minit acane ler ye gayanya nanti?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *