Vertigo , Darah Tinggi dan Strok Di Otak

Share

Sejak beberapa hari duk mengulang ke hospital , hati memang tak tenteram selagi tak tahu apa penyakit abang ni , mula-mula doktor cakap abang sakit vertigo , sakit dimana pesakit tak boleh mengawal keseimbangan badan , pening dan kepala terasa pusing .. setelah di beri ubat saraf untuk penyakit vertigo , darah tinggi abang menaik , tahap yang boleh di katakan tinggi juga , esok nya abang di beri buat pemeriksaan lanjut .. buat MRI dab ujian kencing manis.

vertigo , mild strok

Allhamdulillah abang takde kencing manis tapi doktor mengesahkan abang mengalami strok di otak . Tapi bukan strok di seluruh anggota badan , Strok otak adalah berpunca dari darah beku di otak yang mengawal ke seimbangan pegerakan kita.

Doktor kata , takde apa yang serius lagi , selepas ni ubat saraf akan di beri dan ubat untuk cairkan darah beku itu juga telah di beri. Abang nampaknya makin kurang pening , tapi tak boleh bejalan betul2 lagi , macam orang mabuk gitu le ..

ubat saraf - vitamin

Selepas ni akan buat MRI lagi , dan tengok darah beku tu dah cair atau tidak dan pantau takut2 abang di serang strok otak di bahagian lain pulak .

Benda dah nak jadi kan , walaupun mula-mula macam kalut sikit hidup ni , mana nak jaga anak , mana nak hantar pergi sekolah nya … nak ulang alik ke hospital lagi , tapi tuhan tu maha kaya … allhamdulillah ramai membantu , adik dari kajang datang utk tolong jaga anak, cuti sekolah je adik bawa anak2 balik ke rumah nya , jadi ringgan sikit tugas saya tinggal nak tengok abang je lah.

hospital pusrawi

Nanti bila buka sekolah adik sorang lagi dah dtg dari kampung tolong jaga n siapkan anak utk ke sekolah , tak boleh ponteng sekolah sebab anak ada exam hujung tahun ni kan. Saya tinggal jadi driver je lah .. syukur allhamdulillah .. semua nya terurus balik.

Semalam juga , masing-masing risau dengan bil perubatan abang ni , macam-macam gosip ade .. ada yang cakap insurans cover ikut penyakit , kalau lebih kena bayar , ada yang cakap kena pindahkan abang ke hospital kerajaan , takut bil melambung tinggi , saya mula jadi risau balik.

sakit darah tinggi

Tapi hari ni usaha telefon lah ke tempat insuran tu , allhamdulillah .. keputusan nya tak lah sama dengan gosip tu .. tau je lah hospital berbayar ni bil dia macam mana ..

Siang malam sukat jalan 😛

 

 

Mood sekarang lega untuk abang tapi rindu kat anak2 le pulak. Doktor cakap mungkin rabu minggu depan boleh keluar wad , sebab kena habiskan dos ubat tu dan nak pantau takut2 darah beku atau strok otak merebak ke bahagian otak lain.

P/S : puas sukat jalan KL

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

42 Comments:

  1. Pingback: Air buah tunjuk langit berkhasiat untuk lelaki

  2. Pingback: 4 Perkara Cuba Di Elakkan Ketika Suami Sakit | Puanbee.com | Diari Ibunda

  3. Ya Allah. Semoga cepat sembuh ya dan tabah mengharungi. InsyaAllah cepat sembuh.. Amin!

  4. Pingback: Resepi Sagu Laici Ala Coktail | Puanbee.com

  5. Pingback: Didalam kekalutan ada kemanisan | Puanbee.com

  6. doakan yg terbaik utk keluarga puan bee..tabah ya..

  7. Semoga husband bee cepat sembuh dan bee sentiasa positif dalam menghadapi ujian dari Nya…

  8. bee tabah… caiyok2

    kalo nis xtauler… kena minta bantuan family mentua sbb nis xde adik… yg lain2 pun xleh nk harap…

    xpe, demi kesihatan sang suami, berkorban sikit pisah dgn anak2 kejap yer…

    alhmdllh nis dan suami pun dah ambil insurans… dgn adik ipar sndiri. so, mmg digalakkanlah ambil utk langkah berjaga2. mak nis pun masuk spital berbayar, mmg melambungle juge bilnyer bee, xde insurans… mujurle ayah ada simpanan

  9. terkejut jugak akak dengar berita tentang suami bee ni… tak jauh dari rumah akak tapi akak tak dapat ziarah sebab demam dan batuk, bila dah ambik ubat jadi lalok tak leh nak drive…. alhamdulillah suami bee dah beransur pulih, moga kembali sihat seperti biasa….

  10. semoga suami puan bee cepat sembuh ye.. amin.. kalau sembuh awal.. boleh la berehat kat rumah awal. 😀

  11. Insya-allah, segalanya akan selamat… biarlah berehat dan mendapat kepastian serta pengesahan doc. Sebagai panduan dalam mencari perubatan alternatif (jika diperlukan) selepas ini – terutamanya dalam memulihkan semangat seperti dilakukan orang tua kita… selagi kudarat ada, tidak salah untuk berusaha demi kesejahteraan famili..

  12. Da lama tak tanya khabar Puan Bee,

    Moga Puan Bee da keluarga diberi kesihatan yang baik, murah rezeki dan tabah dlm menjali ujian Nya.

  13. Semoga Bee kuat dan tabah dengan ujian ye..

    Dan semoga your hubby cepat sembuh.

  14. kuatkan semangat ye bee..harap segalanya kembali kepada keadaan asal..

  15. Banyakkan bersabar dan berdoa .. InsyaAllah .. semua ok .. Kena bagi semangat kat suami tu ..

  16. Nanti kongsikan cerita pasal insuran tue boleh tak Kak..

    Saya nie risau la jugak, insuran xde lagi nie 🙂

  17. Tabahkan diri menghadapi dugaan ini. Semoga suami cepat sembuh. Amin.

  18. Moga allah sentiasa bersama puan sekeluarga. insyallah semua akan kembali normal.

  19. semoga suami akak akan cepat sihat seperti dulu..kena jaga pemakanan dan rajin bersenam selepas ini..ubat pun kena makan ikut aturan yang betul…

  20. Aku pernah alami kes seperti suami puan,pening kepala dan terasa bepusing,muntah2 macam mabuk laut,anak aku drive ke klinik,doktor hairan tekanan darah normal dia cuma bagi pil pening,esok pagi masih terasa bepusing,jumpa doktor yg sama,dia terkejut tekanan melambung 200/100,nasib baik strok tidak menjadi,skarang sdah ok,kena ikut arahan doktor makan ubat dan buat senanam sikit2,semoga suami puan cepat sembuh.

  21. banyak2 bersabar….

  22. Harap puan Bee bersabar. Suami perlu dipantau kerana telah mengalami mild strok.

  23. sabar banyak2 puanbee ..Allah sentiasa berada di samping PuanBee dan keluarga :]

  24. Alhamdulillah..tak lama dah tu suami puanbee nak keluar wad..emm memang kalau tak ada yang sudi menolong agak celaru jugak rutin harian puanbee kan..emm semoga puanbee kuiat menghadapi semua ni..aminnn..

  25. bila baca pasal ni saya pon jadi risau dengan diri sendiri

  26. Syukurlah masih boleh memandu walaupun sesat.Semoga suami cepat sembuh.

  27. banyak bersabar puan bee. semoga suami puan bee cepat sembuh. Semuanya itu adalah ujian dari allah kepada hamba-hamba yang dikasihinya.

  28. semoga suaminya lekas sembuh dan menjalani kehidupan seperti sediakala semua, amiinnnn

  29. Banyakkn bristifar n brdoa ye Bee….moga xde yg serius n suami Bee cpt sembuh….InsyaAllah….

  30. Moga abangnya cepat sembuh. Ameen. Kagum dengan ketabahan puan.

  31. semoga cepat sembuh dan tabah

  32. mudah-mudahan cepat sembuh …

  33. semoga puanbee tabah menghadapi dugaan ini. semoga husband cepat sembuh seperti sediakala.

  34. Moga cepat sembuh.. Penyakit strok darah beku dalam otak
    jgn dibuat main.. Gembirakan hati dia + banyakkan doa darah tinggi.
    Ada dalam senarai doa2 aku.. Mudah2an insyaAllah

  35. banyak banyak bersabar puan, saya juga mengidap vertigo dah hampir 2 tahun.
    masih ada ruang dan peluang untuk suami puan sembuh… vertigo mengambil masa untuk pulih, banyak banyak berdoa… jangan putus asa.. Dia perlukan puan untuk melawan segala kesakitannya..

    Kuatkan semangat.. InsyaALLAH.. Setiap penyakit itu ada ubatnya,

  36. salam..
    semoga tabah..
    harapan semuanya kembali
    okey nanti 🙂

  37. Semoga suami bee lekas sembuh.. Ujian itu juga satu hikmah bee…sabar ya.

  38. Alhamdulillah Bee,hubby da semakin sembuh..pas ni kne jg bebaik..pantau pemakanan&kesihatan dia..sapa x sayang laki no…da jd mcm ni mst risau kan..takut berulang lg..ape-ape pun harap bee tabah selalu..

  39. mudahan en. kay cepat sembuh sepenuhnya. mula dengar berita memang suspen juga. satu ujian dariNya.
    tak guna gps masa cari jalan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *