Usaha & Ikhtiar Nak Cepat Kahwin ?

Betullah kak Normah, tak sabar rasanya nak kahwin. Kak Normah doakan ya, untuk saya.

Kecil molek orangnya. Manis, comel. Tidak ada yang cacat wajahnya di pandangan mata saya. Dan mengenali dia, saya pasti dia bisa menjadi isteri dan menantu yang solehah, insyaAllah.

Tapi, sayang.

Dalam usianya melepasi tiga puluhan, dia masih belum punya teman untuk dijadikan calon suami. Dan dia memang risau.

Saya faham perasaannya, kerana saya juga wanita. Walau pun saya berkahwin dahulu dalam usia yang sedang molek, iaitu usia 26 tahun, tetapi di waktu itu pun hati saya sudah diragut bimbang dan gundah. Melihat rakan-rakan wanita seawal 20 tahun sudah berumah tangga, rasa cemburu dan sedih mengisi ruang hati bila menghadiri majlis perkahwinan rakan-rakan. Seorang demi seorang melangkah dalam alam perkahwinan yang sering diimpikan.

Tetapi, alam perkahwinan bukan alam yang seindah dalam bayangan. Di mana kasih tidak surut dan sentiasa meningkat seperti graf perkadaran terus. Itu hanya ilusi. Alam perkahwinan tidak dipenuhi dengan pujuk rayu menggila dan rindu dendam tak surut. Itu hanya mimpi khayalan puteri rupawan.

Apa pun dan bagaimana pun nanti perkahwinan itu terlangsung, tetap, sebuah perkahwinan itu menjadi impian kebanyakan wanita yang biasa seperti kita.

Jadi, bagaimana?

Apakah ikhtiar dan usaha yang boleh dibuat agar niat dan keinginan itu tercapai. Agar dapat berkahwin dan dikurniakan suami serta keluarga yang soleh.

Saya bukan pakar kaunseling keluarga, apatah lagi , memang tidak punya pusat menemu jodoh. Cumanya, saya ingin mencadangkan …

Usaha & Ikhtiar untuk cepat kahwin di bawah :

sepasang cincin kawin

1. Minta ibu bapa redha melepaskan anak untuk dikahwini . Kadang-kadang saya kira, ibu bapa menjadi penyebab kenapa anak perempuannya tidak/lambat bertemu jodoh. Diletak pelbagai syarat dan halangan mengelak anaknya berkahwin kerana risau dan sayang amat terhadap anak tersebut. Wallahualam. Nampak macam tak masuk dek akal, tetapi ia memang berlaku. Kerana anak perempuannya punya pelajaran dan kedudukan yang lebih tinggi maka lelaki yang masuk meminang mesti punya syarat minima. Memanglah ibu bapa sentiasa mahu yang terbaik untuk anaknya, tetapi saya kira, perkara sebgini sebenarnya boleh dibawa bincang dan berunding.

2. Mengguna khidmat orang tengah. Minta bantuan dari kenalan, saudara mara dan sahabat handai yang dipercayai dan dihormati untuk mencarikan pasangan untuk kita. Janganlah malu. Perkahwinan adalah sunnah Nabi. Dan ia bukan perkara tidak baik. Sedangkan ibu semua kaum Muslimin pun, Siti Khadijah sendiri menggunakan khidmat orang tengah , apatah lagi kita , wanita kebanyakan ini.

3. Perbetulkan niat. Berkahwin bukan kerana mengikut kebiasaan. Semua orang berkahwin, jadi saya pun nak kahwin juga. Kita belajar dari pengalaman dan jalur hidup manusia lain, dan perkahwinan yang bermula dari niat sedemikian rupa, biasanya tidak ke mana. Percayalah. Niatkan berkahwin, kerana ini sunnah Nabi dan usaha kita menjadikan diri kita Muslimah yang lebih baik. InsyaAllah, niat yang baik akan dimakbulkan Allah.

4. Doa, dan minta orang di sekeliling yang menyayangi kita mendoakan niat kita ini. Doa insan-insan yang ikhlas tidak pernah disia-siakan Allah.

Dan saya juga mendoakan untuk wanita-wanita yang masih belum bertemu jodoh di luar sana tetapi berkeinginan sungguh untuk membina mahligai bahagia, agar Allah memakbulkan niat murni anda.

Percayalah dan tanamkan keyakinan bahawa semua yang berlaku ini adalah yang terbaik untuk kita.

Salam kasih dari saya 🙂

Satu lagi catatan Dari CikguNormah Dari Blog KlCitizen , jom baca entri terbaru Cikgu Normah bertajuk “Dah kata cinta ,kenalah ikut”

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

42 Comments:

  1. hehe..memang kena ikhtiar ni..

  2. sy pula,org kata kawin trlalu awal/muda … apa2pun tetap syukur kerana dpt jodoh yg baik …

    sgt setuju dgn cikgu .. dunia perkahwinan x seindah dunia percintaan … byk pasang surutnya . apa pun,laluilah dgn tabah …

  3. terlalu memilih sangat tak boleh juga….tak semestinya kita memilih pasangan itu sempurna sebelum kahwin…janji niat dia baik hati budi dia ok…apabila sudah berumahtangga ia pasti ia sempurna….:)

  4. hudahassan ^^

    Hda bru 21 , tp ade lah kwn2 yg dah kawen . hda still takde rase ape ag kowt . Mngkn dah kerje nanti kowt bru rase nak kawen . haha . bak kate cikgu normah , kne niat betol2 dlu . 🙂

  5. memang dah menjadi lumrah..bila dah lambat bertemu jodoh, mestilah risau kan..tapi jodoh pertemuan tu di tangan Allah..kita hanya boleh merancang..

  6. saya terasa gak baca entri ni.. Cuma saya seorang lelaki.. masih sedang berusaha keras mencari suri di hati

  7. lelaki kacak takpe..leh kahwin lambat. hehe..

  8. maya mustwany

    ehh mas terbaca..hahahaha

  9. entri terbaru ker?dah lama kot masa mulidur rasul hari tu.kutu dah addict blog cikgu normah plak.haha..

    jodoh pertemuan ditentukan Allah,tp kita kena berusaha…amin juga utk mereka2 yg belum bertemu jdoh..:)

    • ya entri yang kata cinta kena ikut tu antara entri terbarulah untuk minggu ini, hehehe. saya pun bukannya banyak sangat menulis entri puan kutu.

      o ya, terima kasih sebab dah addicted blog saya yang tak semenggah mana tu 🙂

  10. bagus n3 ni, moga menjadi pedoman pada yang berkenaan..

  11. kepada anak2 gadis, amalkan maaf kan semua orang sebelum tidur..

  12. sayangkan anak berpada juga puan bee, kalau dah boleh dilepaskan untuk kahwin redhalah jangan halang

    • betul, tapi yang menjadi masalah tu biasanya kalau anak tak habis lagi pengajiannya dan menyuarakan hasrat berkahwin. ini yang payah sikit. kalau pandangan peribadi saya, kawin kan aja kalau calon menantu terbukti baik dan bertanggungjawab 🙂

  13. ni dah macam masalah utama negara.. bagus artikel ni.. harap membuka mata rakan2 yang masih tak selesai memilih.. tak tahu la sampai bila..
    kesan tak kahwin ni besar juga.. tambah2 kalau jadi bos.. :p

  14. hehe… rakan2 saya dah ramai yang kahwin.. ni yang tercabar gak ni!!

  15. sama pulak gmbr cincin tu dgn entri latest sy..huhu

    em, sbnrnya bukanlah sy nak menggalakkan, tp masa belajar di kolej/univ adalah masa yg paling ideal utk mencari pasangan..di akhir2 tahun pengajian bolehlah cuba2 mencari teman utk mengenal hati budi sbb bila dah kerja nnt tak ada masa nak berkenalan lg..kalau berkenalan pun, mgkin tak seperti yg diharapkan, kdg2 dah berkahwin rupanya dan dsb..

    apapun, setiap perkahwinan haruslah dilandaskan kepada keimanan..

  16. terlalu memilih juga tidak akan menguntungkan diri lagi2 bila
    usia semakin meningkat.. insyaAllah.. jika usaha sudah ada
    dan disertakan dengan doa dan solat maka jodoh itu akan
    dtg dgn sendirinya..

  17. Ramai juga rakan-rakan wanita ditempat kerja saya yang sudah terlajak tetapi yang tidak tahan adalah manjanya mengalahkan anak dara. 🙂

  18. Niat kenalah betul,… apa tujuan berkahwin. Tapi kalau wanita berhati2 memilih pasangan memang patut dengan dunia sekarang ni,… ramai org laki sekarang tak macam dulu,.. nak cari pasangan berkarier tapi diri sendiri tak buat apa… kadang2 malu jugak sebagai lelaki 🙁

  19. ada kawan2 yang alami masalah ni…kebanyakan nya tertekan sebab
    pengaruh sekeliling..
    rasanya kalau tak de yang bagi tekanan depa tak la
    risau sangt..kan??

  20. sebelum berkahwin perlu bersedia mental & emosi..
    jika nak buat majlis meriah dan berhabis duit puluh2 ribu tak mengapa jika berkemampuan..
    seeloknya biarlah bersederhana.. lebih berkat.
    matlamat yang lebih penting adalah kehidupan selepas sah bergelar suami isteri..
    sentiasa berdoa agar dapat suami/isteri yang boleh membahagiakan kta di dunia & akhirat =)

    renung2 kan…

  21. Dilemma wanita sekarang..

    Kadang-kadang susah juga bila status, jawatan dan keluarga meletakkan pelbagai syarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *