Urusan pertukaran sekolah Selangor ke Kuala Lumpur

Spread the love

Ini cerita pengalaman menukar sekolah dari kawasan Selangor ke kawasan Kuala Lumpur. Ya ampun .. teruk sangat rasanya untuk orang yang tak tahu jalan. Selalu sesat di kawasan tengah Kuala Lumpur.

Kalau boleh elak  , memang tak mahu langsung masuk ke kawasan KL dengan memandu sendiri. Nak saja harapkan suami buat semua. Tapi terpaksa lah suami bekerja kan.

urusan pertukaran sekolah selangor ke kuala lumpur

Saya tukar sekolah anak dari tahun 3 di sekolah selangor ke tahun 4 sekolah kuala lumpur. Bukan ada beza apa sangat pun , cuma tempat tinggal saya ni tengah-tengah antara selagor dan kuala lumpur.

Sekolah selangor 2 sesi , sekolah KL 1 sesi , cuma sebab itu je … kalau boleh nak anak saya yang berdua tu sekolah sama sesi , jimat sikit masa dan minyak untuk menghantar mereka nanti.

Ini lah perancangan keluarga dalam menjimatkan duit perbelanjaan sehari-hari , terpaksa buat memandangkan harga minyak , harga barangan dapur dah naik.

Saya orang biasa , kalau kaya raya .. tak ada soal minyak , sekolah mana-mana , hantar je swasta .. tak gitu ?

Sedikit perkongsian pengalaman bagi ibu bapa yang hendak melakukan petukaran sekolah.

  1. Ambil borang di sekolah lama .
  2. Lengkapkan dan hantar semula ke sekolah lama untuk emendapatkan tandangan guru besar. Pilih sekolah mana hendak di hantar.
  3. Borang yang sama akan di fotostat menjadi 3 keping , bawa ke PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH. Boleh tanya alamat pada kerani sekolah lama.
  4. Dan .. pekerja PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH akan menyemak sama ada anak kita boleh di masukkan ke sekolah pilihan atau tidak. Kadang-kadang jumlah pelajar ramai , maka tak boleh lah . Jadi elok pergi awal sikit semasa dalam cuti sekolah.
  5. Jika tak ada masaalah , pekerja Pejabat pendidikan akan beri cop.
  6. Hantar borang pengesahan semula ke sekolah lama  dan sekolah baru. Ambil rekod anak di sekolah lama , bawa ke sekolah baru.

Itu je ..

Yang saya nak cerita .. kenapa lah alamat PEJABAT PENDIDIKAN BANGSAR PUDU tak ada dalam waze ? ya ampun … asal masukkan alamat atau buat carian di peta  , Waze akan bawa ke Pejabat Pedidikan Jalan Duta ..

Untuk orang yang tak tahu jalan memang akan bergantung pada waze .. saya le …maka saya sesat berkali-kali …  Macam-macam sungguh … pengalaman di tahun 2013 , tahun 2014  lain pula ye ..

Ada ke yang pasang azam tahun baru ?

Bagi saya .. ermmm … biarlah rahsia .. cehwahh .. Selamat meguruskan persekolahan anak-anak buat ibu bapa di luar sana. 🙂

pejabat pendidikan daerah pudu bangsarPejabat pendidikan daerah bagi wilayah Kuala Lumpur terletak di jalan hang jebat , berdekatan stesen LRT hang tuah , belakang masjid al-bukhari. Alamat jalan hang jebat tak ada dalam waze .. pengsan.

18 thoughts on “Urusan pertukaran sekolah Selangor ke Kuala Lumpur”

  1. Pingback: Hari Pertama Husna & Buku Teks | Puanbee.com

  2. Tapi kalau taip KWC laju je keluarkan…ahahhaa…

    Aina kalau nak gi mana2 selalu pastikan guna google map dulu, study sikit kawasan tu. Tetiba emergency tak le huru hara sangat sebab boleh agak kawasan mana nak pergi.

  3. MDHAFiZ.NET

    mesti best tukat sekolah dpt kwn baru. tp ada pro dan kontra bila rindu dgn suasana lama. hehe

    lama x menjenguk blog puanbee. sihat ke.. semoga terus sukses dlm penulisan blog 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *