Upin dan ipin jeng jeng jeng

Assalamualaikum dan hai. Ini entri bayar hutang . Saya ada hutang tak tulis pun pasal pergi tengok filem UPIN DAN IPIN JENG JENG JENG. Kami rakan blogger di jemput menonton beramai-ramai. Best tak upin dan ipin. Ermm dah lama malas nak review. Yang pasti anak suka la dapat jumpa maskot dan pemilik suara upin dan ipin itu.
Apa pun tetap nak ucapkan TERIMA KASIH kepada pihak Les Copaque kerana memberi peluang kami sekeluarga menonton wayang.


Maafkan kami tak sempat update entri sejurus selepas tengok filem. Agak sibuk dengan pindah rumah dan sekolah baru masa tu. Ni baru lah tenang sikit kan gitu.
 

Saya nak ucapkan tahniah buat LES COPAQUE kerana menerima  “Gold Play Button”  dari Youtube. Tahniah.
“YOUTUBE GOLD & SILVER PLAY BUTTON UNTUK LES’ COPAQUE”

19 Januari 2017
Les’ Copaque Production Studio, Shah Alam, Malaysia – Syarikat Les’ Copaque
Production dikejutkan dengan kiriman “Gold Play Button” dari YouTube bagi meraikan kejayaan
Channel Les’ Copaque di platform itu mencecah 1 juta pengikut. Ini merupakan kejutan berganda
kerana pada pagi hari yang sama “Silver Play Button” sebagai penghargaan mencecah 100, 000
pengikut baru sahaja tiba. Hadiah ini dianggap satu penanda aras baru bagi Les’ Copaque Production
yang baru sahaja meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya.
Dengan 1, 000, 000 pengikut itu sekaligus menjadikannya “Most Subscribed YouTube Channel” di
Malaysia. Antara lain, video yang dimuat naik di saluran ini yang bertajuk “New Toys” telah
memenangi anugerah video paling popular kategori Malaysia di Anugerah Web TV Asia yang
diadakan di Seoul, Korea baru-baru ini. Video itu telah dimuat naik di saluran YouTube Les’ Copaque
Production dan mendapat lebih 27 juta tontonan. Penyampaian anugerah tersebut boleh disaksikan
dalam video “Top 16: Les’ Copaque Highlight Moments of 2016” yang dimuatnaik pada 13 Januari
2017.
YouTube Channel Les’ Copaque diwujudkan pada 2009 bertujuan berkongsi perkembangan terbaru
syarikat tersebut dengan peminat. Les’ Copaque telah menjadi rakan kerjasama YouTube sejak 2012.
Ia mula bergiat aktif dalam penghasilan karya baru termasuklah siri animasi pendek DaDuDiDo yang
hanya ditayangkan di platform Youtube.
Kini, Les’ Copaque Production mensasarkan “Diamond Play Button” yang memerlukan 10 juta
pengikut. Dengan kerjasama daripada peminat hasil karya syarikat ini seperti Upin & Ipin, Pada
Zaman Dahulu, Puteri, DaDuDiDo dan banyak lagi, adalah tidak mustahil satu hari nanti ia akan dapat
dikecapi

Show 2 Comments

2 Comments

  1. semoga les copaques terus maju dalam menghasilkan video animasi upin ipin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.