Umur 4 Tahun Nak Pergi Sekolah Dah

Share

Laila hari-hari sebut nak pergi sekolah , hari-hari nak tidur awal sebab nak pergi sekolah. Anak-anak saya semuanya jenis tak takut nak ke sekolah. Tak ada yang menangis di hari pertama sekolah pada tadika mahupun tahun 1 , siap ada yang suruh ibu balik. Allhamdulillah la .. Laila baru 4 tahun tapi saya dah kelam kabut mendaftar Laila untuk ke tahun 1 pada tahun 2016 nanti , cadang kalau tak ada apa-apa aral melintang tahun depan Laila akan di masukkan ke tadika , belum buat keputusan sama ada nak hantar ke PRA Sekolah Kebangsaan ataupun ABIM je . Kakak-kakak nya di hantar ke ABIM pada usia 5 tahun.

laila , aliya husna

Cerita ni seolah-olah berulang , bermula dari Aliya , Husna ( gambar husna dulu semasa nak ambil gambar 5 tahun ) dan Sekarang Laila. Memang semua saya selitkan di blog ni. Mengikut pengalaman saya , anak di hantar ke tadika mana pun , balik rumah kita sendiri kena ajar dia supaya dapat membaca dan mengira. Hantar ke sekolah / tadika hanya untuk mengasah teknik anak-anak berkomunikasi dengan kawan-kawan dan cikgu. Itu saya la .

laila

Dengan gambar yang di ambil semalam , maka lengkaplah borang – borang untuk Laila ke sekolah tahun 1 dan ke PRA. Walaupun status nak duduk mana tahun depan tak tahu lagi  ( sebab kawasan ni selalu sangat tak ada air , nasib baik penyewa je disini ), tapi saya buat siap-siap sebab nya esok ni ada baby pula. Dah lahir lagi seorang takut tak ada masa atau megalami kesusahan tertentu. Al – maklum la anak kecik kan. Susah nak tafsir. Anak-anak lain – lain perangainya.

Walaupun miyak naik , tak pe .. Insyallah ibu ayah boleh berusaha lebih lagi dapatkan dan cukupkan makan minum anak-anak. Insyallah …

Oh Husna dah daftar 2 tahun lepas juga . 🙂  KAFA takpe .. hari pertama buka sekolah boleh daftar atau boleh juga daftar semasa bulan 12 di setiap hujung tahun.

P:S : Anak yang hendak ke sekolah tahun 1 pada tahun 2014 dah boleh mula daftar dah. Rujuk SINI —  >  Pendaftaran Kemasukkan Murid Tahun 1 – Negeri Selangor 2014/2015 Kini Di Buka

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

15 Comments:

  1. kanak2 mmg nak bersekolah
    mereka nampak byk yg positif di sekolah
    bagus dan galakkan 🙂

  2. Baguslah bersemangat hendak masuk sekolah. Selepas ini sunyi lah emaknya apabila anak dara pergi ke sekolah.

  3. Selamat menempuh alam persekolahan yer dik..

  4. Alya pun tahun tahun depan nak hantar masuk tadika… Excited gile dia. Hari betul masuk tadika nanti x tahu la mcmana.

    InsyaAllah Bee, rezeki anak2 tu sentiasa ada….

  5. Mesti adik teruja nak gi sekolah sbb tgk kakak2nya kan?

    baguslah suka gi sekolah…takdelah drama di pagi hari =)

  6. seronok tengok budak2 yg bersemangat nak pergi sekolah

  7. Elok sgt hantar anak ke kelas KAFA tu…

  8. nak sekolah dah laila…. geng Zaid ni. Zaid masuk tadika macam kakak dia kot.. kakak dia pula masuk tahun 1 tahun depan… di rumah ni sentiasa ada bby 😉

  9. Budak2 skrg dh mkin berani ke sk. Susah nk tgk yg melalak pd hr prtama. Xmcm budak2 dulu. Maklumlh seawal 5 thn mrk dh ke sk. Gud luck utk laila
    Moga jadi seorg murid yg bijak n cemerlang , insyaallah.

  10. awalnya daftar..heheh

  11. mesti sebab selalu kakak2 sembang pasal sekolah..seronok kot tengok kakak2 balik dan pergi sekolah tiap hari tu..Bee bawak dia kan tiap kali ambik kakak2 dia??agaknya hari2 tengok ramai kawan kat sekolah jadi seronok la..

  12. Baguslah Kak Bee ni… Kalau rumah Kak Bee dekat dengan rumah saya, saya pun nak hantar anak saya “tuisyen” dekat rumah Kak Bee

  13. SA suka nama Laila…veru the classic gitu…berangan if next kahwin lagi sekali dan ada anak lagi if perempuan nak letak nama Laila Helena…peluk cium untuk Laila ye…

  14. Alhamdulillah laila semangat nak sekolah, dah mula bawak beg dalam rumah agaknya…

  15. Sekarang giliran Laila yang masuk sekolah. Sekarang biaya pendidikan anak rasanya meningkat setiap tahunnya..
    Semoga rejeki Puan makin bertambah 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *