ULANGTAYANG DRAMA TEMAN LELAKI UPAHAN DI TV9

Share

Drama adaptasi novel Teman lelaki upahan yang pernah meraih jutaan penonton semasa di tayangkan di slot Akasia tidak lama dulu kini di ulang tayang episodnya di TV9 di setiap selasa hingga Ahad pada pukul 8.30 malam..

Ni antara drama yang saya suka.. Lakonan Ungku Ismail Aziz & Siti Elizad. Drama ni sangat enjoy untuk kita follow. Bagi mereka yang sebelum ni memang tak layan drama pukul 7 kat TV3 mungkin terlepas menonton drama ni boleh la menonton nanti di TV9.

Drama ni mengisahkan tentang seorang perempuan yang mengupah seorang lelaki untuk menjadi teman lelaki & seterusnya akan berkahwin dengan dia secara kontrak untuk mewarisi harta ayah dia…

Teman Lelaki Upahan mengisahkan EL (Ungku Ismail Aziz), pemilik restoran The Spices yang diupah menjadi teman lelaki Kyra Lydia (Elizad Sharifuddin). Disebabkan satu insiden kecil yang berlaku di restoran itu, EL terjebak dalam rancangan gila Kyra Lydia. Tanpa pengetahuan keluarga EL, hubungan cinta palsu itu terjalin sehingga mereka bersetuju disatukan.

Bagi Lydia, EL lelaki yang sederhana, tapi bagi EL Kyra Lydia adalah gadis yang sombong, berhati batu dan penuh dendam. Dalam tidak sedar,cinta berbunga mekar antara mereka. EL berjaya mengubah perangai buruk Lydia. Pada saat EL ingin meluahkan rasa hati,ujian datang dan menjadikan dia seorang pendendam

Kyra Lydia berdendam pada ayahnya kerana baginya ayahnya punca ibu meninggalkannya. EL pula kecewa bila kekasih hatinya Zarra (Izara Aishah) berkahwin dengan abang longnya sendiri. Hubungan Lydia dan keluarga tirinya semakin baik,namun sebaliknya bagi EL. Kemalangan yang menimpa ayah dan abang longnya membuatkan dia berjanji menjaga Zarra yang mengandung.

Lydia tahu,dia terpaksa melupakan EL kerana Zarra cinta pertama pada EL.Apabila rahsia tentang ibu kandungnya curang dan penyakit ayahnya diketahui, Lydia mengambil keputusan memutuskan perkahwinannya dengan EL. Perkahwinan dibatalkan. Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Tapi akhirnya macam biasa la Happy ending..

Antara pelakon yang membintangi drama ni

  • Ungku Ismail Aziz sebagai Ezwan Lufti
  • Elizad Sharifuddin sebagai Kyra Lydia
  • Izara Aishah sebagai Zarra Aulia
  • Wan Raja sebagai Ezwan Yazeed
  • Siti Nur Zakiah sebagai Najwa Atikah
  • Shah Iskandar sebagai Fareez
  • Fikhree Bakar sebagai Iqbal Haidar
  • Efazira Sabri sebagai Elena
  • Sharifah Alesha sebagai Ezwani Sofea
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Azlina
  • Rahim Omar sebagai Dato Azham
  • Zaryn Min sebagai Datin Izzati
  • Mahmud Ali Basha sebagai Tan Sri Omar Wang
  • Dian P.Ramlee sebagai Puan Sri Sanisah
  • Azhan Rani sebagai Malik

Sorry kalau spoil sebab dah bagitau ending kan.. nama pun drama ulangan. Apapun walaupun dah tahu ending percayalah drama ni sangat best untuk di tontot. Boleh tengok gelagat El watak yang di lakonkan Ungku Aziz yang sangat santai.

Drama ni sebenarnya mereka melakonkan dengan sangat santai.. bermakna tak ikut sangat skrip. Dorang banyak bercakap apa yang terlintas di fikiran sebab tu nampak sangat real lakonan kedua dua watak hero & heroin.

Apapun selamat menonton buat semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *