Ubat Ulser Mulut Paling Mujarab

Banyak nya petua dan kaedah untuk ubat kan ulser mulut. Tetapi yang paling mujarab ada satu. Ni pun sebab lama dulu kawan ada berkongsi petua. Ulser mulut sangat memedihkan dan membuatkan kita kelesuan , hilang mood dan terasa macam nak marah selalu. Baru kena ni 2-3 hari. Ingatkan sikit. Rupanya banyak. Jadi kenalah cari petua yang paling mujarab untuk singkirkan ulser mulut ni.

Ada yang kata punca ulser ni sebab cuaca panas dan kekurangan vitamin c. Banyak lagi la. Tetapi mengikut kejadian yang saya alami, Ya mungkin kerana panas. Maklum la .. mak supir ni ke hulu ke hilir tengah panas jemput anak-anak balik sekolah.

ulser mulut

Petua untuk hilangkan ulser serta merta dan mujarab adalah menggunakan Asam keping.

  • Basuh dahulu asam keping
  • Ambil sedikit asam keping agak-agak boleh tutup semua kawasan yang terken user
  • Letakkan di tempat jangkitan ulser mulut tu selama 2-3 minit.
  • Jangan lebih nanti pedih tak tahu.

AsamKeping

Rasanya semasa letakkan asam ni , masam masam dan pedih pedih sikit. Huwaaaa .. sakit .. dah sembuh satu tempat ada satu lagi belum sembuh ni. Kita ulang step yang sama je lah ye.

Selamat mencuba ya.

Jom baca :   Petua : Khasiat Bawang Putih Dan Cara Pilih Bawang Putih Berkualiti

Show 6 Comments

6 Comments

  1. Selalunya kalau kena ulcer cari ubat Bonjella. Ada alternatif seperti ini boleh cari asam keping.

    • agak malas nak cari di kedai .. asam senang. dah tentu ada di dapur

    • tapi garam mcm tk serta merta baik , asam ni pedih juga tp terus terasa lega ..macam bengkak tu cepat surut

  2. JunAina

    Akak biasa guna ubat cina yg serbuk warna hijau tu…watermelon frost. Pi kedai ubat tanya je ubat ulser. Cepat sangat lega…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.