Ubat Ulser Mulut Paling Mujarab

Share

Banyak nya petua dan kaedah untuk ubat kan ulser mulut. Tetapi yang paling mujarab ada satu. Ni pun sebab lama dulu kawan ada berkongsi petua. Ulser mulut sangat memedihkan dan membuatkan kita kelesuan , hilang mood dan terasa macam nak marah selalu. Baru kena ni 2-3 hari. Ingatkan sikit. Rupanya banyak. Jadi kenalah cari petua yang paling mujarab untuk singkirkan ulser mulut ni.

Ada yang kata punca ulser ni sebab cuaca panas dan kekurangan vitamin c. Banyak lagi la. Tetapi mengikut kejadian yang saya alami, Ya mungkin kerana panas. Maklum la .. mak supir ni ke hulu ke hilir tengah panas jemput anak-anak balik sekolah.

ulser mulut

Petua untuk hilangkan ulser serta merta dan mujarab adalah menggunakan Asam keping.

  • Basuh dahulu asam keping
  • Ambil sedikit asam keping agak-agak boleh tutup semua kawasan yang terken user
  • Letakkan di tempat jangkitan ulser mulut tu selama 2-3 minit.
  • Jangan lebih nanti pedih tak tahu.

AsamKeping

Rasanya semasa letakkan asam ni , masam masam dan pedih pedih sikit. Huwaaaa .. sakit .. dah sembuh satu tempat ada satu lagi belum sembuh ni. Kita ulang step yang sama je lah ye.

Selamat mencuba ya.

Jom baca :   Petua : Khasiat Bawang Putih Dan Cara Pilih Bawang Putih Berkualiti

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

6 Comments:

  1. Akak biasa guna ubat cina yg serbuk warna hijau tu…watermelon frost. Pi kedai ubat tanya je ubat ulser. Cepat sangat lega…

  2. saya biasa guna garam. haa pedih amik kau… huhuh

  3. Selalunya kalau kena ulcer cari ubat Bonjella. Ada alternatif seperti ini boleh cari asam keping.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *