Ubat cacing – Bila last makan ubat cacing ?

Bila last makan ubat cacing ? saya teringat nak beli selepas nampak satu posting di facebook yang menjadi viral. Bila dah baca sampai habis , mungkin ada sedikit tanda-tanda anak tu ada cacing terdapat pada laila. Laila 6 tahun , tak mahu makan .. jenuh kita paksa. Perut buncit sikit , muka pucat dan lemah je. Lama tak bagi dia ubat cacing dah setahun lebih rasanya. So terus pergi beli ubat cacing jenama ZENTEL di farmasi. Jenis ni je senang sebab semua cacing boleh mati dengan ZENTEL. Jenis lain tak pasti.

Duluuuuuu … kalau makan ubat cacing , cacing keluar sekor-sekor. Sekarang tak dah .. cacing dah mati dari dalam perut lagi.

zentel

Saya beli 4 botol , cukup untuk 4 anak. Syamim pun dah 2 tahun so boleh lah makan ubat cacing ZENTEL. Kanak-kanak bawah 2 tahun tak boleh , doktor kata sebab tak buat ujian untuk kanak-kanak bawah 2 tahun lagi. Ibu mengandung atau rancang nak mengandung pun tak di galakkan , takut bayi cacat kata doktor . Sebab masa ujian makmal di buat tikus mati. Entah la.. ni info saya kongsikan selepas saya baca blog Doktor Azwan 

Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak… terutama yang selalu keluar rumah tak pakai selipar, makan itu dan ini yang tidak dimasak atau separa masak, terutama di kawasan rumah yang kurang bersih atau seperti kawasan setinggan atau laman yang bertanah.”

Cacing-cacing yang popular di Malaysia :-

  • Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) – besar macam gelang… boleh masuk hati dan paru-paru..
  • Cacing kerawit (Necator Americanus) – ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!… ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah
  • Cacing rambu atau cacing benang – selalu melekat di kawasan dubur, halus
  • Cacing pita – macam pita, pipih tapi panjang… susah nak dibunuh..

Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-

  1.  Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
  2.  Alahan kulit yang teruk – bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
  3. Gatal sekitar lubang najis (dubur)
  4.  Alahan terhadap makanan
  5.  Sakit perut – cirit-birit, kembung, sembelit
  6. Anemia – kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
  7.  Keletihan luar biasa – lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
  8. Tiada selera makan, pucat,
  9. Kurang berat badan walaupun selera makan ada
  10. Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)
  11. Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
  12. Hiperaktif
  13. Sakit kepala
  14. Sensitif terhadap cahaya
  15. Gusi & hidung berdarah
  16. Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)

Anak saya jarang lah main pasir , sekali sekala jika balik kampung rumah opah . Tu pun rumah opah dah kurang tanah , habis letak simen. Tapi anak-anak memang suka makan sushi , ikan salmon mentah tu .. kesukaan tu. Setahun ada 4-5 kali main pasir tepi pantai. Dan selalu juga makan di luar. Jadi adalah risiko nak kena cacing tu.

Jadi pesanan buat ibu bapa , jika anak nampak macam ada tanda-tanda di atas boleh cuba usahakan beri dia ubat cacing. kanak-kanak bawah 2 tahun tak apa. Selalu pergi check up di klinik dapat ubat cacing kan. Kata DR.Azwan tadi tu.. satu keluarga kena ambil ubat cacing . Termasuk mak ayah.

Eh tapi maknye tak boleh ambil .. takut ehem-ehem.

Sekian. Di bawah ni gambar syamim. syamim 1

Comments

  1. kena ikut saranan doktor untuk bagi ubat ni pada anak.

  2. yang bapaknya pun nak cuba makan lah… cepat letih jer nih…. huhu

  3. Bagus juga rekomendasi tu untuk mom yang punya anak…

  4. teringat pulak time kecik2 selalu liat nak makan ubat cacing ni..siap kena kejar pusing keliling rumah semata2 nak paksa makan..hehe

  5. Pernah makan sekali je mase kecik-kecik dulu..

  6. di indonesia oralit jadi yang nomor 1 ternyata dimalaysia ini yah ubat cacing-nya makasih infonya

  7. Kanak-kanak suka meneroka, uabt cacing sangat-sangat diperlukan.

  8. di Indonesia pakai oralit aja lah 🙂

  9. Pernah beri kepada anak dahulu. 🙂

  10. yang kecik memang klinik ingatkan..yang maisara ni je 6 bulan sekali saya bagi..

  11. penting juga ubat cacing ni, lama dah anak2 tak ambil

  12. nak kena cari ubat cacinglah ni

Speak Your Mind

*