Ubah tabiat minum susu dan sertai kempen ” Nikmati susu dalam 21 hari “

Share

Sticky post 48 jam !

Banyak kebaikkan jika satu keluarga minum susu ni , banyak dah puanbee tulis pasal susu di blog ni , harap korang tak jemu lah. Sebagai ibu bapa , mestilah hendakkan yang tebaikkan untuk anak-anak masing-masing kan ?

Purata untuk orang dewasa dan kanak – kanak memerlukan dua gelas susu sebagai sebahagian daripada diet harian yang sihat. Susu adalah sejenis makanan yang amat kaya dengan nutrien. Susu juga merupakan sumber vitamin dan mineral yang baik.

Selain itu, susu turut membekalkan protein yang diperlukan untuk pembinaan tisu serta karbohidrat dan lemak yang berfungsi sebagai pembekal tenaga.

Kaji selidik menunjukkan purata penduduk Malaysia mengambil cuma 0.14 sajian susu sehari. Sikitnyaaa…Oleh itu mari lah kita semua mengubah tabiat pemakanan kita seharian. Perbanyakkan mengambil susu untuk kehidupan yang lebih sihat dan ceria. Untuk mengubah tabiat pemakanan ianya memerlukan 21 hari untuk mengubah tabiat pemakanan yang baru.

dutch lady
Menonton televisyen sambil minum susu – snek terbaik !!

Tetapi ada juga sesetengah anak-anak yang sangat tidak menggemari susu. Lain ye anak saya semua suka susu. Ini lah cabaran untuk ibu bapa menerapkan cara pemakannan yang sihat buat anak-anak anda. Kini di kedai ada banyak perisa susu di keluarkan. Ibu bapa boleh memilih dan cuba untuk memberi kepada anak-anak.

Jika anak tak suka susu putih biasa , boleh pula cuba memberi susu berperisa strawberry atau coklat. Dutch lady ada menyediakan pelbagai perisa untuk di cuba oleh anak-anak kita. Tak cuba memang tak tahu kan ?

Selain memberi minum susu , kita boleh juga menyediakan sajian lain menggunakan susu , masak lah apa-apa makanan yang memerlukan susu , anak akan makan tidak kira apa pun sajian yang di sediakan . Taktik ini adalah taktik paling berjaya untuk ibu bapa memberi anak-anak susu secukupnya.

Hantar kan idea menikmati susu dalam 21 hari dan anda berpeluang menang wang tunai RM200. Untuk maklumat lanjut dan penyertaan sila ke :

Applikasi Facebook Nikmati susu dalam 21 hari – LINK

Susu bukan hanya untuk kanak-kanak tetapi juga untuk orang dewasa , susu merupakan keperluan untuk semua orang untuk hidup sihat , membekalkan tenaga serta membina tulang , kerana susu mengandungi kalsium yang sangat-sangat di perlukan untuk tubuh badan manusia

Kebaikkan susu lain nya , mengelakkan osteoporosis , hipertensi dan kanser kolon kita tidak akan mendapat kalsium dan vitamin tambahan jika kita tidak meminum susu secukupnya. Meminum susu juga dapat mengelakkan masaalah kaviti dan pereputan gigi.

Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari keradangan.

Minum susu secara tetap akan mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain. Susu boleh menjadi pembuka selera yang baik untuk perut terutama jika lewat makan. Meminum susu juga boleh bertindak sebagai perangsang yang awal.

kempen nimati susu dalam 21 hari
Stok susu dirumah

Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot-otot tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat. Cara ini dapat membantu selepas seharian penat bekerja.

Minum susu boleh menyejukkan badan dan mengekalkan tahap air atau cecair dalam badan kita. Penggunaan susu selepas latihan berat badan boleh mengisi sistem dengan cecair badan yang hilang semasa senaman.

Susu tepung sesuai untuk kegunaan satu keluarga , tinggi kalsium dan sedap jugaaa

Susu tepung untuk keluarga. Sekarang semakin mudah hendak dapatkan susu , hanya pergi ke kedai , dan pilih .. susu kotak segera mahupun susu tepung yang mudah untuk di bawa kemana-mana dan mendapatkan susu segera.

Ya … dulu emak saya tak sukakan susu , sekali emak saya mengalami kemalangan di tempat kerja , emak saya mula mengamalkan meminum susu atas nasihat doctor , kerana di dalam kemalangan tersebut tulang leher retak , menandakan kalsium nya semakin berkurangan.

Oleh itu .. susu menjadi sajian penting untuk emak saya … tetapi emak saya jenis orang yang suka minum dan makan makanan manis , emak saya tidak sukakan susu segar lagi-lagi susu yang tawar rasanya .. sebab tu lah emak saya menggunakan susu tepung di dalam bungkusan kerana ianya boleh di tambah perisa sesuka hati ….

susu tepung untuk orang tua
Mak minum susu dulu mak , jadi – jadi lah bebel kat saya di hari raya ni …. (amacam ?minum susu leh sejukkan hati mak tau …. )

Susu tepung bukan untuk kanak-kanak saja tau ! emak-emak dan bapak-bapak , tak ketinggalan opahnyeeee … pun boleh mengamalkan susu dirumah . Susu di campur dengan serbuk badam menjadi kegemaran emak saya .. yakni opah kepada anak-anak saya.. selain itu susu juga boleh di tambah madu …… tambah lagi kebaikkan dan kelazatan susu……
Minum susu juga dapat mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat dan juga meningkatkan tahap tenaga dalam kita.

Susu penuh dengan nutrien. Badan kita memerlukan nutiren untuk beroperasi dengan betul. Ia mengandungi vitamin (untuk sel-sel darah merah), kalsium (untuk tulang yang kuat) , karbohidrat (tenaga) , magnesium (untuk lentur otot) , fosforus (untuk mengambil kesempatan tenaga) , kalium (baik untuk sistem saraf) , protein (untuk proses pertumbuhan dan penyembuhan) , riboflavin (untuk kulit sihat dan berseri) dan zink (untuk meningkatkan sistem imun).

model susu
Lepak minum susu dulu ………. selamat tak kena bebel bila mak dah minum susu .. hahaha

Lepak minum dulu … tak perlu ke kedai mamak untuk mendapatkan minuman yang sedap lemak berkrim .. haaa .. terus saja simpan stok susu di rumah , bila-bila masa korang boleh minum susu .. ingat sehari 2 gelas susu sudah memadai .. untuk saya dan famili kami meminum setiap pagi dan malam … ketika sebelum tidur … boleh berikan susu + badam untuk anak-anak untuk anak cergas dan bijak. Juga boleh tambah susu + madu untuk kaum lelaki / ayah / atuk / emak untuk kesihatan yang lebih optima , tambah tenaga untuk berkerja ke esokkan harinya …….

Ketika sarapan , boleh mulakan hari anda dengan sarapan segelas susu atau semangkuk susu di tambah dengan bijirin yang enak dan lazat…. Tak ada lagi alasan susah untuk sediakan sarapan anda di rumah .. ubahlah tabiat dari “tak suka susu kepada suka-suka suka suka susu ” macam keluarga saya ……

Kini Dutch lady Malaysia membuat satu  kempen nikmati susu dalam 21 hari dan anda berpeluang memenagi wang tunai RM200 . Di dalam kempen tersebut Dutch Lady Malaysia memaparkan idea bagi menyediakan sajian berasaskan susu selama 21 hari.

Pihak Dutch Lady Malaysia memaparkan idea menikmati susu untuk 7 hari pertama. Dan selebih nya Dutch Lady memerlukan penyertaan ibu bapa menyediakan sajian berasaskan susu tersebut. Dengan hanya menhantar resepi / idea / cara menikmati susu dalam 21 hari anda berpeluang memenagi RM200.

Kenapa ubah tabiat minum susu perlukan 21 hari ?

Kerana setiap kali kita ingin membina tabiat baru , kita memerlukan 21 hari untuk mengubah tabiat , mulakan hari pertama anda sekarang dan teruskan dengan 21 hari. Nescaya anda akan mengalami perubahan.

Hantar kan idea menikmati susu dalam 21 hari dan anda berpeluang menang wang tunai RM200. Untuk maklumat lanjut dan penyertaan sila ke :

Applikasi Facebook Nikmati susu dalam 21 hari – LINK

Ramai yang suka memasak , suka susu dan suka cabaran dan paling akhir suka wang tunai kan ? Jom beramai – ramai sertai kempen ini …

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

30 Comments:

  1. nak minum susu pun kena pilih gak..tengok kandungan lemak trans…cari yang paling rendah sebab lemak trans ni sangat bahaya untuk kesihatan dalam jangka panjang

  2. Pingback: Mendapatkan Ilham & Idea Menikmati Susu Setiap Hari ? | Puanbee.Com

  3. mmg bgus minum susu ni..tp berhati2 juga dgn kandungan gulanya.. 🙂

  4. suka minum susu coklat je.hehe

  5. Pingback: Cara Merangsang Anak Untuk Minum Susu | Hidup Biar Sedap

  6. tak suka susu. tak suka susuuu..

  7. Oh… Dulu suka minum susu.. tapi sekarang… bila minum susu… Cirit pulak jadinya.. Huhuhu… tak tahu lah kenapa.. adoii

  8. Saya seorang penggemar susu Dutchlady jugak. Minum susu coklat atau stroberi dutchlady memang sedappppp! Hihihi. Anak saya pon saya bagi minum susu ni.

    Thank for the info…baru tahu tabiat minum susu perlukan masa 21 hari sebab dah takde tabiat tu…minum bila suka-suka je.

  9. Pingback: Ubah tabiat minum susu dan sertai kempen ” Nikmati susu dalam 21 hari “ » Oh Gitu Ke!

  10. susu ni saya masuk jer, yang pekat manis, yang rendah lemak, yang susu tepung semua saya ok ja, tp skrg jarang plak minum susu, yang minum pon hanyalah teh ais yg dibubuh susu

  11. Kak Jie dah hantar…doakan menang ye…dapatlah anak2 minum susu puas-puas.

  12. saya yang bayi ni hanya menggunakan susu pekat manis Nestle..
    haha…

  13. susu ialah bestt…. budak2 nis ni kalau susu putih tu kureng sikit kalau ada pilihan susu perisa coklat ke, stoberi ke… takpelahh janji susu jugak kan…. 😉

    haha lawak bee kena bebel dgn mak yer…

  14. Anak saya baby Aslah mengunakan susu tepun jenama Dutch Lady. 🙂

    Minum susu tulang akan menjadi kuat.

  15. mmg nak ubah, pegi mini market lupa jer nak beli…
    mana tahu 21 hari minum penuh disiplin, boleh putih gebu mcm susu 😀

  16. wow wee..byknya susu dutch lady kat umah..kt umah akak pun mmg stock susu tepung dutch lady je (anak minum susu ni), yg kotak plak x sempat jd stock…abih licin tiap kali beli, bukan anak je..ibu n abah pun suka minum..hehe

  17. Wahhh Bee.. Manyaknyer stock susu kat umah..
    nak satu susu cekelat + stobelly.. weeee….

  18. Tips yang bagus ni – “Kerana setiap kali kita ingin membina tabiat baru , kita memerlukan 21 hari untuk mengubah tabiat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *