Tutorial mendaftar iklan ADSense bagi blog wordpress

Tutorial mendaftar iklan ADSense bagi blog wordpress

Assalamualaikum dan hai , tutorial mendaftar iklan ADSense bagi pengguna blog wordpress ini di minta oleh seorang rakan blogger iaitu ciktom. Saya sebenarnya agak malu nak berkongsi , ye lah blog saya tidaklah hebat mana , tapi allhamdulillah dengan tidak menghadiri mana-mana event atau menerima banyak iklan dari adsvertiser Malaysia ni , blog saya masih mampu menjana duit. Duit ini lah yang akan di gunakan untuk membayar kos hosting dan domain serta bil internet saya. Jadi lah tu. Hobi menulis di masa lapang masih boleh di teruskan tanpa perlu modal dari poket suami. Saya surirumah tetapi bukan jenis suka meminta minta dengan suami. Saya seorang yang .. jika saya mahu saya akan dapatkan sendiri. Sebab tu lah saya buat bisnes emas kerana saya nak simpan emas sendiri. Termelalut pula.

adsense

Allhamdulillah , bulan ni merasa lagi cashout ADSense , harap berkekalan lah hendaknya dengan ADSense ni. Seperti yang semua blogger dah tahu , ADSense membayar blogger dengan matawang USD . Jadi agak lumayan lah juga.. Ciktom meminta saya buat tutorial bagaimana saya memohon ADSense dengan menggunakan blog wordpress berbahasa melayu. Sebenarnya saya pun ingat-ingat lupa. Saya mohon dulu diam-diam semasa ramai blogger mula memohon setelah ADSense menerima blog bahasa melayu. Malu lah nak kecoh – kecoh takut tak lulus.

Kemudian setelah membuat pemohonan kali pertama , ADSense reject blog saya. Atas nasihat blogger kak yanmie , beliau meminta saya buang semua banner iklan lain dan mula memakai theme blog yang simple , kemudian cuba mohon lagi kali ke dua. Mana tahu ADSense telah menerima pemohonan saya.

Cara mendaftar 

adsense 2

Cara saya senang je 

  1. Pastikan ada gmail. Lagi bagus gmail yang kita gunakan sama untuk webmastertool ( blog wordpress pun ada mendaftar dengan webmastertool , gunakan je email yang sama )
  2. klik link ini  https://www.google.com/adsense/start/
  3. Terus klik butang hijau ” sign up now ” seperti di dalam gambar di atas.

Isi borang dan ikut step yang di berikan , saya mohon maaf tak dapat nak sertakan gambar , sebab saya dah daftar tahun lepas , lupa pula nak print skrin waktu tu.

Sign in jika dah ada akaun , create akaun untuk pertama kali nak mohon. 

adsense 3

Setelah isi semua borang , submit dan tunggu 2-3 hari untuk dapatkan code , setelah dapat code iklan terus lah letak 3 banner utama di blog dan tunggu untuk ADSense review blog anda buat kali terakhir . Jika berjaya , google akan menghantar email ke gmail yang telah kita daftarkan tadi. Jika tak berjaya pun dapat email. Semasa dalam proses google nak review tu , edit sikit blog dengan latar beakang putih , tak semak sangat. Dan turunkan banner iklan yang menggunakan skrip. Lagi senang tak ada iklan lain lah. Contoh innty , nufang dan lain-lain tu  tanggalkan sekejaap . Setelah pemohonan di terima boleh pasang balik.

Atas nasihat blogger yanmie , google amat pentingkan kualiti penulisan dalam blog . Kurangkan penggunaaan singkatan perkataan dan copy paste. Kadang-kadang kandungan blog yang ada download-download filem pun tak di terima. Dulu saya ada buat sikit. Tapi saya dah delete semasa proses untuk memohon google ADSense dulu. Almaklumlah dah insaf sikit. Jadi blogger matang katanya.

Saya harap entri ni dapat membantu , serba sedikit , saya pun dah lupa . Maklumlah sejak dah tua sikit ni anak pulak ramai ,  selalu lupa . Kalau ada apa nak tanya komen je lah ye. Ciktom boleh whatsapp akak seperti biasa. Ciktom juga minta saya ceritakan bagaimana saya surirumah menambah pendapatan. Heheh malu la nak cerita , tapi Insya- Allah lah kalau rajin nak karang ayat tu mai.

Sekian Terima Kasih kerana membaca

Puanbee

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

6 Comments

  1. xtau laptop sy ke apa yg prob..gambar tak kuar…
    saya dah check aritu lepas sembang dgn akak tue..
    mmg dah register gmail utk apply adsense..
    yg lain sy pm kat whatsApp..hehe
    tenkiu akak!

  2. alah sekarang blog BM dah diterima, cumanya buatlah blog cantik skit, ada trafik, ada keyword bagus, maintain post artikel pastu barulah mohon adsense, insyaallah lepas

  3. Tu yang best bila ada blog ni..tak update blog pun tetap ada sikit pendapatan .. saya dah lama tak pi blog cik tom tu..bw pun dah tak rajin..tu la sebab nya..

    1. diana bee pergi juga blog siapa yg komen sini , kalu ada masa .. nk bw gila2 mcm dulu memang susah dah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *