Toshiba Canvio Slim II 1TB , USB 3.0 ( Hard Drive External Portabel Terkini )

Toshiba Canvio Slim II 1TB , USB 3.0 ( Hard Drive External Portabel Terkini )

Toshiba Canvio Slim II 1TB , USB 3.0  dari TOSHIBA MALAYSIA   ….. Saya kan …. rasanya cari Hard Drive External Portable ni dah bertahun dah. Dah 3 kali laptop lama rosak sampai ke tukar ultrabook  baru awal tahun kelmarin. Data dalam laptop lama semua hilang bersama dengan laptop lama , simpan dalam laptop dalam lemari sebab nya tak jumpa pula hard drive external portabel yang berkenan. Sekarang dah dapat sebijik Toshiba Canvio Slim II 1TB  dari TOSHIBA MALAYSIA . Kemain happy … dah tentu tak ada data yang akan hilang lagi. Data dalam laptop lah .. bukan dalam kepala ni.

Nak bagi tau , kasi korang jeles .. hahaha … Toshiba Canvio SLIM II 1TB ni belum di jual di Malaysia. Baru buat pelancaran  di Singapore je.

hard disk : TOSHIBA EXTERNAL HDD CANVIO SLIM II 1TB

Pandangan pertama ..  Toshiba Canvio Slim II 1TB , USB 3.0 mempunyai rekaan aluminium yang slim .. pulak sama dengan Ultrabook yang saya gunakan .. sedondon gitu.. ( sejak akhir-akhir ni nak beli apa pun nak cari yang ringan , solid dan kecil sebab senang .. mak banak 4 kan … )

Walaupun slim dan kecik … ianya di datangkan dengan dengan penyimpanan berkapasiti tinggi dan sangat sesuai untuk kegunaan Ultrabook dan juga Macbook anda. Didatangkan dalam 500GB dan 1TB.

hard disk : TOSHIBA EXTERNAL HDD CANVIO SLIM II 1TB

Hanya bersaiz tapak tangan saya. Ianya sangat mudah di gunakan.

Ciri-ciri terbaik …

  1. Klon atau Backup Laptop / Komputer / Ultrabook / Macbook dengan mudah sekali kerana ia di lengkapi dengan NTI® Backup Now EZ™.  ( Hanya boleh di gunakan oleh window )
  2. Selain dari itu , ianya di datangkan dengan software Pogoplug berharga ( USD$29.95) untuk  PC/Mac,  fungsi nya boleh mengakses hard drive  anda di mana saja dari tablet atau smartphone  ( percuma 10GB Cloud Storage ) Download applikasi Pogoplug di Apple app store atau Google Play Store untuk menggunakan fungsi ini.
  3. Fungsi keselamatan : Boleh letak password di Hard Drive anda.
  4. Boleh mengemaskini backup data anda dengan label folder atau file mengikut kategori. Contoh gambar dan dokumen di asingkan. Senang nak cari semula.
  5. Ada automatik backup. Boleh setting sendiri masa dan hari untuk melakukan backup.
  6. Boleh digunakan oleh window 8 , window 7 dan Mac.

hard disk : TOSHIBA EXTERNAL HDD CANVIO SLIM II 1TB

Tempat sambungan USB untuk transfer data.

hard disk : TOSHIBA EXTERNAL HDD CANVIO SLIM II 1TB

Saya telah selamat meyimpan ke semua data ke dalam Toshiba Canvio Slim II 1TB , USB 3.0 Lega sungguh … tak risau semua dokumen dan gambar hilang lagi.

Berminat  ?? .. boleh lah dapatkan Toshiba Canvio Slim II 1TB , USB 3.0   pada NOVEMBER 2013 nanti dengan Harga RM 279.00 untuk  1TB kapasiti penyimpanan data.

Nak beli ? SILA hubungi Mr How at 012-988 7050  ( ada diskaun hebat untuk pembaca blog puanbee.com ) sebut lah korang pembaca puanbee.com dan akan dapat diskaun hebat. Apa lagi ……. ??

Spesifikasi mengikut PC dan Mac 

Toshiba Canvio® Slim II PC and Mac Portable Hard Drive

P/S : Dah macam blogger mama + gadget ni .. hik3 …. serius HDD TOSHIBA ni sesuai dengan saya.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

15 Comments

  1. Takde keperluan buat masa ni nak beli hard disk.. TAPI bila baca entri ni, dan bila tengok kecomelan dia dengan aluminium casing, terus rasa teruja nak beli.. Hahahaha..

  2. Boleh jadi pengganti untuk external HD yang ada sekarang ni. 😉

  3. keren banget,jadi mau nih.

  4. masa muda muda zaman study dulu memang HD jenis ni saya nak sebab leh simpan banyak, skrg dah keje terus tgk online jer sebab internet laju dan malas nak download ker apa, kalau download pun x banyak, hehe

  5. Kalau harganya di kurs-kan ke rupiah nampaknya cukup murah juga nie tidak terlalu merogoh dalam2 kantong kita …

  6. siyes jeles, ada gak kak yan tunjuk. teruja sgt. nak kena simpan duit ni, kena rembat satu. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *