Top blogger di Alexa.com 2012 (kategori peribadi )

Spread the love

Dah lama sangat tak nampak mana-mana blogger membuat senarai Top blogger di Alexa.com ini , dulu rajin la buat senarai ni di keluarkan setiap bulan oleh blogger INI . Perbezaan paling ketara yang saya nampak , dulu ranking alexa.com ini di monopoli oleh blogger / penulis blog amatur.

Sekarang ni kemain banyak website perbankan , website kerajaan , blog/web artis , blog/web politik , web/blog surat khabar , web/blog peniagaan dan tidak ketinggalan blog/web lucah pun dah tersenarai di alexa.com untuk negara Malaysia .. dulu takde la ..  Apa yang dapat saya rumuskan ranking Alexa.com kini semakin di ambil kira dan di beri perhatian , berbanding dahulu.

top blogger alexa

Di bawah adalah ranking blog peribadi terkini yang tesenarai di dalam carta Alexa.com. Sebanyak 500 blog/website yang tesenarai .. hanya blog di bawah sahaja yang ada ? kemana blog yang tersenarai suatu ketika dulu ? Saya sendiri pun nyaris je tidak tersenarai 🙂

  1. Denaihati.com : 20,720 Global Rank / 111 Rank in MY
  2. Benashaari.com : 67,290 Global Rank / 380 Rank in MY
  3. Ciktom.com : 89,696 Global Rank / 388 Rank in MY
  4. eyriqazz.com : 78,293 Global Rank / 465 Rank in MY
  5. akubiomed  : 82,952 Global Rank / 472 Rank in MY
  6. Kujie2.com : 75,785 Global Rank / 474 Rank in MY
  7. Broframestone.com : 75,482 Global Rank / 487 Rank in MY
  8. Puanbee.com   : 67,101 Global Rank / 488 Rank in MY

Pada tarikh 04/07/2011 saya pernah buat satu entri Top Blog Melayu Mengikut Carta Alexa – Top Alexa Malaysia . Disini boleh tengok senarai blog sehingga 40 blog tersenarai. Tetapi di dalam ini kategori blog tidak di asingkan.

Pada tarikh 23/07/2012 saya buat lagi senarai

TOP 12 Ranking Blog Malaysia 2012 ( Mengikut Alexa) . Di sini boleh tengok ada blog yang tidak tersenarai di atas masih ada di dalam carta . Hanya dalam masa kurang dari 6 bulan je carta ini telah berubah.

Ranking website/blog yang memang ada nama  besar-besar tak perlu lah tesenarai disini.

Berkenaan Alexa ni ramai yang beri pendapat masing-masing , ada yang cakap tak kisah , ada yang kisah dan ada juga yang masih ingin melihat prestasi blog masing-masing kan ? Bagi saya ..saya suka 🙂 sebab pernah 2-3 pengiklan mengaku mencari saya setelah membaca entri blogger tentang top blogger di Alexa.com untuk beriklan. Bermakna ada kepercayaan dari pengiklan jika kita tersenarai itu je ..

Tapi tak kisah lah benda ni …

Suka2 je ..jangan sampai stress pulak  .. rezeki Allah yang bagi ..

Jika saya ada terlepas pandang mana2 blog sila tinggal kan komen di bawah yek .. Terima kasih ..

ALEXA

  1. CARA MASUKKAN TAG ALEXA DALAM BLOG
  2. CARA DAFTAR ALEXA
  3. APA ITU ALEXA RANKING

45 thoughts on “Top blogger di Alexa.com 2012 (kategori peribadi )”

  1. mereka yg tersenarai memang telah berusaha dan bertungkus lumus untuk menaikkan blog mereka sedaya upaya. semoga mereka boleh dijadikan contoh kepada mereka yg masih merangkak2 dlm blogging

  2. Pingback: Pencapaian Berblogging 2012 | Eyriqazz.com

  3. Nama tersenarai kembali.

    2 bulan terkeluar dari senarai top 500. Insya’lah jika tiada apa2 halangan, bro akan buat senarai penuh bagi penutup tahun 2012 ini

  4. Ntahlah Puan Bee saya sudah merasai fame Alexa Rank, PR, Page Speed tetapi tidak setara dengan jumlah trafik. Secara logik kalau blog ringan dan menepati format sepatutnya trafik melimpah. Tidak bagi saya ia ada sesuatu yang ganjil.

    Apa pun terima kasih kepada Puan Bee menyenaraikan blog saya yang tidak seberapa ini. Cuma tinggal tinggal passion untuk menulis nukilan rasa pahit dan manis kalau tidak sudah lama blog berkubur buat kali ke 2.

  5. tak sangka plk blog ciktom turut tersenarai..tp cek arini dah jatuh ranking dlm malaysia wlpn still bwh 500…hee

    mohon share dlm blog ciktom ye..nanti ciktom backlink kan ke blog akak..tq 🙂

  6. Kedudukan saya dlm Mly rank 200,000 lebih sikit, nak dpt puluhan ribu perlukan masa jugak tu. Semenjak tukar domain .blogspot.com kepada .com terpaksa bermula di bawah semua. Sama lah spt bang dadan yg dulu blogspot bertukar ke wordpress. Dia juga begitu situasinya.

  7. Yalah, kadang-kadang kesuntukan masa akan membataskan masa, lebih2 lagi akhir tahun. Anak2 perlukan baju sekolah, beg, kasut, seluar dll. Apa yg diracang ada yh tergendala, kena pula bisnes makin berkembang. Apa pu taahniah buat Puanbee ada juga masa nak review alexa rank, takut2 nama puanbee terkeluar drp carta. Alhamdulillah, masih lagi berada di carta, nyaris terkeluar. Ini memerlukan usaha yg lebih kali ini, supaya tidak ketinggalan jauh drp yg ada tu.

  8. tu semua blogger2 otai tu.. termasuk puan bee. insya Allah kalau diberi peluang saya juga ada berada di situ suata masa nanti. 😉

  9. Ni semua nama2 besar dalam gelanggang blogging…terbaik dan tahniah utk puanbee jugak =)

    alexa kdg2 rasa seronok tgk, kadang2 tak seronok…hahaha

  10. bila laa nis nak tersenarai ni…. tp sehari dua ni hepi sikit tgk angka alexa meningkat laju sikit. hopefully sebelum 2013 sempat masuk bawah 1k… aminnn

    tahniah utk bee dan 7 blog lain

  11. wahhh….yg senarai kt atas tu top2 semua… rajin updated blog…. kalau mcm zie ni, makan tahun kot baru tersenarai… itupun kalau ada… tahniahyer…

    **dh join segmen Bee tu, x tahu Bee perasan ke tak zie tinggal link kt sana..

  12. blog kak sha ntah ke berapa lah pulak kan.. hahahaa dulu pernah juga check blog kak sha punya is 7696 di malaysia.. hahahaha

  13. Tahniah sahabat bee masuk senarai top blogger di alexa com untuk situs pribadi..
    Tahniah juga buat sahabat-sahabat blogger lainnya yang ikut tersenarai..
    Sukses selalu..kongsikan pula tips dan kiatnya sahabat bee…

  14. Semua yg tersenarai tu rajin2..hanya yg rajin dan mempunyai trafik yg konsisten jer yg mampu kekal di carta Alexa..thumbs up! 😉

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *