TOP 10 Entri Di Blog Puanbee Ogos 2013

Ini adalah kerja suka-suka melihat dan mendedahkan keyword panas di bulan ogos 2013 di blog Puanbee.com hasil cadangan rakan blogger Denaihati.com. Seronok juga tengok apa yang menarik di blog sendiri , tapi ye lah kekangan masa tu tak megizikan nak ambil peduli sangat apa-apa tentang blog , janji update je.

top ten ogos

Apa pun setelah di tilik-tilik nampaknya entri yang menjadi kesukaan pembaca adalah entri yang boleh di kategorikan dalam kategori ” entri berbayar ” berbaloi juga la saya ambil duit dari pengiklan kan. Semoga pengiklan dapat pulangan yang setimpal.

Statistik ini saya dapat melalui google webmastertools , entri yang popular 100% datang nya dari “ search engine ” ya .. bukan share di media social dan sebagainya. Media social saya tak femes sangat .. hehehe ~

Top ten entri di blog puanbee ogos 2013

  1. Website rasmi GMKlang untuk mendapatkan barangan perniagaan secara borong online.   ( entri berbayar )
  2. Drama : Sinopsis Hujan (Slot Azalea TV3)  ( entri suka-suka atas dasar minat )
  3. Servis Pemasangan Grill , Kabinet Rumah & Autogate Di Kawasan Kajang dan Berdekatan Dengan Nya ( entri berbayar )
  4. Pabila di jangkiti kurap petua mengubati dan elakkan di jangkiti. ( entri peribadi , perkongsian biasa-biasa dari seorang ibu )
  5. Cara Pakai Shawl 2 Layer – Adreena Shawl Terbaik Dari Ladang  ( entri berbayar )
  6. Memborong di Plaza GM Kuala Lumpur ( entri suka-suka , jalan-jalan saya update )
  7. Resepi Cendawan Goreng & Tips Goreng Cendawan Agar Ranggup  ( entri perkongsian , saya guna dan update untuk rakan blogger , sebenarnya entri ni tiap-tiap bulan pun ada dalam carta )
  8. Review Samsung Galaxy tab 2 7.0 oleh seorang pengguna instagram tegar ( entri suka-suka )
  9. Senarai Makanan Dan Amalan Ketika Berpantang Bersalin/Beranak ( entri perkongsian pengalaman dari saya )
  10. Tips putihkan kulit Keseluruhannya Dengan Norefal Vitamin E – DERMAFAL dan GLUTAMAX  ( entri berbayar )

Alhamdulillah bulan ogos adalah bulan paling seronok .. total UV adalah sebanyak 103,479 dan Page View 387,485 ( kalau ada job sapa nak traffic ni saya boleh bagi , email yah … sambil menyelam minum air  🙂 )

Syukur ada kawan-kawan yang positif di belakang tabir. Terima kasih semua .. maaf la tak sempat nak blogwalking dan beramah mesra , sungguh mak tak ada masa . Dengan membawa perut dan menguruskan 3 orang anak , tak mungkin saya mampu hendak duduk di depan laptop lama-lama tanpa meperdulikan mereka kan..

Comments

  1. memang powerlah UV tu….

  2. tabik lah dengan Puanbee, UV memang tahap power tuh, saya pon ciput jer, hehhe

  3. hebat PB bnyk dpt trafik dari search enjin tu

  4. Kak Long Mawar Merah :

    Tahniah Beee. Jadi insirasi untuk orang lain juga ni. Semoga sentiasa berjaya.

  5. hebat traffic Nye….keep it up!

  6. Emm mesti lepas ni makin ramai yang guna service puanbee..haha..yer lah kan..datang traffic pulak dari search engine..huhu..terbaiklah PB..

  7. 10 entri ini pasti menyumbang trafik yang cukup besar buat blog Puan nie…

  8. Banyaknya trafik. Cemburu saya. 🙂

  9. Terbaiklah PB….tahniah

  10. Hairul Azni :

    Tahniah..pencapaian yang boleh dijadikan inspirasi ni.. 🙂

  11. Salam puan..

    saya membalas kunjungan disini..

    apa pun, tahniah diucapkan..

    teruja tengok total UV & page views blog puan. 🙂

    stay awesome & all the best!

  12. Wah mpost kat denaihati.com tu menggida jiwa. Tahniah kak Bee. Semoga istiqomah dalam berblogging ewah! Tunjuk ajarku sipu!!

  13. terbaiklah. terima kasih pbee sudi sertai top entry terbaik .

  14. TAHNIAH… HEHE

  15. entri berbayar pun siap dapat sambutan..
    puan bee memang meletop.
    hahahahaha

  16. lemah jantung tengok dia punya UV..memang xterkejar la..hu3

  17. Tahniah kak Bee. . Sambil menyelam dapat minum air. . Income masyuk.. trafik pun banyak. ..

  18. Tahniah PB. Banyak betul UV untuk bulan Ogos tu. Tahniah tahniah.

  19. wah….. boleh la puan bee kongsi teknik dan tips tarik trafik…

  20. Tahniah PB, mantooop 🙂

  21. Wow..saya tak bawak perut pun terkedek2 nak kejar uv 100k tu..heehe

  22. cayalah PB 😉

  23. 100uv? macamana nak kejar ni… hihihi… terbaik la Bee….

Trackbacks

Speak Your Mind

*