Tolong renew roadtax kereta pemilik lain [ Tak perlu geran asal ]

Assalamualaikum , nak cerita sedih sikit lah tak dapat balik kampung , maklum lah over bajet dah. Kena renew roadtax kereta daa~ . 9/9/2016 tarikh tamat cukai jalan dan insuran kereta kami. Satu – satunya harta yang ada. Tak mengapa la , raya di KL best juga. Kurang orang kan raya-raya ni biasanya.

Terdapat banyak soalan yang saya baca-baca di media social.

  1. BOLEH KE RENEW ROADTAX KALAU TAK ADA GERAN ASAL ?
  2. BOLEH KE RENEW ROADTAX KALAU PEMILIK NYA PERGI OVERSEAS ?

Jawapan di bawah :

road-tax

Untuk makluman , kedua dua perkara di atas jawapan nya boleh. Jika susah nak ke pejabat pos boleh renew melalui MYEG secara online sahaja. Jika rajin sikit boleh lah ke pejabat pos berdekan.

Ada cara baru renew roadtax kereta.

1. Penggunaan Geran lama akan ditukar kepada Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) mulai 1 Jun 2016
2. Bermula 1 September 2016, Renew Roatax dan Insuran tidak lagi perlu geran kereta di JPJ. Dengan sijil VOC ini, tiada lagi cetakan belakang pada geran selepas renew roadtax di JPJ
3. Hanya perlu hadir ke JPJ dan buat pengesahan cap jari pemilik kenderaan yang sah sahaja.

Di atas ni info yang saya baca di internet , tetapi sebaliknya ye .. Sijil pemilikan kenderaan (VOC) tu tak ada pun tak apa. Pegawai akan tanya je kereta siapa dan minta nombor kad pengenalan kita untuk rekod. Contoh saya renew kereta tu nama suami. Saya hanya beri tahu hubungan apa dan berikan no kad pengenalan.

Saya pergi renew di pejabat Pos Malaysia. Saya tak pergi JPJ , mungkin cara renew di JPJ tak sama ya. Di pejabat pos pegawai itu memberitahu , tak perlu bawa geran hanya bawa dokumen insuran tersebut sudah mencukupi. Ada dalam gambar. Tiap tahun pun dapat dokumen tu.

Itu sahaja la nak kongsi kalau ada yang masih lagi blur-blur tentang renew roadtax ni ye. Saya pun pertama kali pergi renew kan roadtax ni. Kalau husband ada dia lah pergi. Road tax dan insuran penting , maklum la hari-hari merempit dengan kereta itu. Buat part time lagi guna kereta tu. Sangat sangat penting. Tak sanggup den di saman, di saman dengan DBKL pun menyesal seumur hidup.

Show 3 Comments

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.