Tolong Awek Aku Pontianak ! Trailer Dan Sinopsis

salam bahagia šŸ™‚

erm …sekarang nih banyak bebenor cerita hantu nya ,sekarang dah keluar pula cerita berunsur seram bertajuk tolong awek aku pontianak yang akan di tayangkan pada 7 julai , bee suka tapi kena tengok curi-curi sebab anak-anak kecil tak sesuai untuk tengok cerita berunsur seram , nanti diorang jadi penakut sapa nak tanggung ? ibu jugak yang susahnya hehee…kalau dulu bee agak susah nak follow filem2 nih , tapi sekarang dah senang kan ada astro first boleh je langgan lambat sikit dari orang lain tapi tak per…

Sinopsis Filem Tolong Awek Aku Pontianak

Percintaan dua dunia berbezaā€¦ Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti mereka terbongkar.

Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran pontianak dipejabatnya.

Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah pontianak. Benarkah Maya dan Liyana pontianak? Dan apa pula hubungan Nadia dengan dua beradik itu? Semuanya akan terjawab dalam filem `Tolong! Awek Aku Pontianak!ā€™.

Senarai Pelakon

Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Sufian Mohamed, Rashidi Ishak, Yus Waisar, Nurul Wahab, Syanie, Ameerul, Datuk Jalaludin Hassan, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Ruminah Sidek, Jehan Miskin, Bell Ngasri. kebanyakkan pelakon nih bee suka …lagi-lagi bell ngasri dan sazzy falak

Pengarah

James Lee

Tarikh Tayangan

7 Julai 2011

Leave a Comment

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.