Hai ini nak berkongsi satu tips untuk kurus dengan cepat , kalau di amalkan boleh kurus dijamin punya , saya pernah cuma ok! sehari 10,000 langkah untuk kurus dengan cepat , cakap senang buat susah lagi-lagi kalau orang jenis kerjanya dirumah saja seperti saya , dulu semasa saya berkerja saya memang berjalan kaki di waktu pagi berjalan ke tempat kerja melalui jalan pintas , sehari 45 minit berjalan , berat saya dari 80+ turuh ke 62 saja , kemudian saya berhenti kerja , duduk dirumah berat saya naik semula , so sekarang bila berat dah makin naik dan naik saya kena bersenam semula , jadi saya nak ajak korang mengamalkan senaman atau cara untuk kurus paling cepat iaitu sehari 1000 langkah.

Siapa cakap nak bersenam tu perlukan modal yang mahal ? dengan berjalan kaki duit pun jimat , ianya adalah senaman yang mudah, murah dan selamat untuk dilakukan. Ia merupakan satu kaedah senaman yang sesuai bagi semua lapisan peringkat umur. Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja sama ada di rumah, di pejabat, di kompleks membeli-belah dan lain-lain lagi.
tips kurus : DUA CARA TERBAIK TURUNKAN BERAT BADAN
Faedah berjalan kaki
- Mengamalkan senaman berjalan kaki memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti:
- Menyihatkan jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol.
- Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok.
- Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.
- Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.
- Mengurangkan stres. Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat.
- Mengekalkan kekuatan otot.
- Mengurangkan risiko osteoporosis
- Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh terutama kepada golongan warga emas.
- Mampu meningkatkan keyakinan diri.
- Tetapkan matlamat. Sekiranya kita tidak pernah melakukan apa-apa jenis senaman dalam jangka masa yang lama, mulakan dengan perlahan-lahan dan jarak yang pendek.
- Cari tempat yang sesuai untuk berjalan. Seeloknya-eloknya permukaan haruslah rata dan tidak membahayakan.
- Tetapkan tempoh masa. Pastikan tempoh masa yang ditetapkan mengikut keupayaan tubuh badan kita.
- Tambah kelajuan dan tahap kesukaran. Sekiranya kita telah berjaya mencapai matlamat di atas, kita mungkin boleh memikirkan untuk menambah kelajuan berjalan dan cuba untuk berjalan di kawasan-kawasan seperti di taman rekreasi.
- Berjalan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Sekiranya kita berasa tidak yakin dan kurang keseronokan berjalan seorang diri, kita boleh mengajak ahli keluarga atau rakan-rakan untuk bersama-sama menjalankan senaman ini. Berjalan bersama teman yang mengiringi anda akan menjadikan aktiviti yang dilakukan lebih menyeronokkan dan tidak mudah berasa bosan.
nak kurus!nak kurus!nak kurus!
nak sihat!nak sihat!nak sihat!
Teknik-teknik berjalan dengan betul
- Dengan menggunakan teknik berjalan dengan betul, kita akan dapat meningkatkan tahap kesihatan kita dengan lebih optimum lagi.
- Pastikan bahagian tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yang lain. Peringkat permulaan, langkah yang pendek sudah memadai.
- Hayunkan tangan. Dengan menghayunkan tangan akan memberi lebih banyak impak seperti membantu membakar lebih banyak kalori dan menguatkan otot-otot di bahagian atas badan kita. Ini menunjukkan bahawa senaman berjalan bukan saja memberi faedah yang lebih kepada otot-otot bahagian bawah namun turut melibatkan otot-otot di bahagian atas badan kita.
- Luruskan bahagian belakang badan kita. Untuk memastikan kita berada dalam postur yang baik. Luruskan bahagian belakang badan kita dan pandang ke hadapan.
- Kawal pernafasan. Semasa berjalan pastikan pernafasan kita sentiasa teratur. Sekiranya kita berasa nafas kita semakin tercungap-cungap, kita perlu mengurangkan kelajuan dan sekiranya tidak mampu kita haruslah berhenti.
- Untuk menambahkan lagi variasi sewaktu berjalan kita boleh menetapkan sasaran pada tempoh-tempoh tertentu untuk meningkatkan kelajuan dan menurunkan kelajuan.
- Sekiranya mampu, kita boleh menggunakan pedometer, iaitu alat untuk mengukur langkah kaki kita. Alat ini diletakkan di bahagian pinggang kita dan ia akan mengira berapa langkah kaki yang telah kita lakukan pada setiap hari.
- Cuba untuk melakukan senaman berjalan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali dalam seminggu.
Cara Mudah Untuk Berjalan
- Terdapat banyak cara untuk kita melakukan senaman berjalan ini. Apa yang penting ialah kita harus pandai mencari peluang dan menjadikan senaman itu sesuatu yang menyeronokkan.
- Sekiranya kita tinggal di kondominium atau pangsapuri, cuba minimakan penggunaan lif. Sebaliknya lebihkan dengan menggunakan tangga. Sekiranya tidak mampu kita boleh menaiki lif separuh jalan sahaja dan seterusnya menggunakan tangga untuk sampai ke tempat yang ingin dituju.
- Letakkan kereta di tempat yang agak jauh dari tempat yang ingin ditujui. Sebagai contoh, jika kita ke kompleks membeli belah atau ke pejabat, kita boleh meletakkan kereta sedikit jauh dari pintu masuk. Ini bergantung kepada keadaan sekiranya tidak sesak dan tidak mendatangkan kesulitan yang ketara kepada kita.
- Jangan hanya duduk sepanjang masa di pejabat. Kita boleh berjalan di sekeliling bangunan tempat kerja.
- Bagi yang berkeluarga, bawalah mereka untuk bersiar-siar di taman rekreasi. Ketika berada di umah pula, bermainlah sepuas-puasnya dengan anak anda. Ini juga merupakan salah satu cara untuk membakar kalori dan merangsang otot untuk bergerak.
- Maksimumkan berjalan kaki sekiranya kita ingin ke satu-satu tempat. Sebagai contoh kita boleh berjalan untuk ke masjid, ke kedai runcit, ke rumah jiran dan sebagainya.










Salam,
Saya dah dapat turun berat badan and hilang dengkur dalam masa 2 bulan. Alhamdullilah, dengan exercise and amalan diet, memang boleh buat.
Saya ada kongsi pengalaman di blog saya:
http://www.coachfahmi.blogspot.com
Insyallah, Kita boleh kongsi
tak percaya sbb Puan Bee mkan banyak dan gemuk…
apa yg tak percaya tu ? sy memang gemuk tp bab makan biasa lah ..
puanbee recently posted..Resepi CupCake – Strawbery Cupcake
nice one. datang sini untuk mengadili contest
Tips yg bagus..jom kongsi rahsia senang kurus @ http://azaideris.blogspot.com/
have a nice day..:)
salam,
just nak share ngan you all semua:
saya dah letih ngan produk mengurangkan berat badan..sebut je apa yang saya tak cuba, antaranya:
1.jusmate 5
2.koko colagen
3. Dlitchin (ala yg penyanyi aishah tu)
4. herbal life (bagus sebenarnya tapi mahal sikit dan resultnya lambat)
5. dr. nordin darus formula
6. SD 2 (bagus untuk kulit- nampak gayanya- sebab really kolegen)
7.lasmi (ubat tapi tak de kkm punya cop)…
8. slimming center??????????? ada cuba jugak kat kajang ..tapi tak lah sampai beribu cuma ambik pakej yg paling murah…itupun tak habis pakej tu……..
9. pakai premium beautiful..ok jugak..tanpa lambat
bak kata orang asal ada iklan kurangkan berat badan semua saya akan cuba….
HUBBY??????tengok je……dia malas nak cakap….tapi dia bagussss sangat sebab bagi support dari banyak aspek especially RM le…(terima kasih abang sayang)…( nakkan.. bini LAGI cantik ….)
nak di jadikan cerita… saya tertengok kawan saya di FB …saya jarang tengok FB..ya allah……kurus (berat badn dah kurang…) dan cantik…saya ambik telefon terus call dia, dan tanya pasal dirinya yang totally dah berubah..dia pun menceritakan…
tak puas hati lagi tu..sebab takut kamera ‘trik’..so esok janji nak jumpa sebab nak tengok dia in ‘real life’….mlm2 buta g jugak dalam kul 11mlm..(biasalah hubby temankan)
memang betul2 kurus…dia turun berat badan dalam 10 kilo..tapi tak nampak ‘ha-get’ (tak rupa orang sakit pun)..
untuk pengetahuan u all, kawan saya ni sama condition ngan saya suka mencuba produk untuk kurangkan berat badan…
saya??? terus cuba produk ni…..produk ni dijamin dan ianya di luluskan oleh KKM (tu yang bagus)..
harga??? nanti cerita, tapi BERBALOI tau!
perlu berdiet ke???? tak jugak sebab saya makan je apa yg saya suka cuma saya kurangkan kuantitinya sahaja…
perlu minum air ke?????? ye…tulah petua nya….sebab air dapat membantu tuk membuang semua toksin yg ada kat badan kita (lemak yang dah tepu)…saya minum air dalam 3- 4 liter (yang wajib), kalau rajin sikit lebih lagi saya minum 4-5 liter…
so kesimpulannya, saya dah turun berat badan lebih kurang 6 kilo daripada 65kg SEKARANG 59 kilo, dan badan saya nampak kecil…semua baju2 saya yg cantek2, dan tak muat nak pakai especially di pinggang, sekarang dah boleh pakai…..
alhamdulillah……sekarang saya share produk ni ngan kawan2 yang seangkatan ngan saya untuk menurunkan berat badan….
kalau nak tahu lebih lanjut..call saya ye..boleh cerita lebih lanjut..
lupa nak kenalkan diri saya:
INA- 016-2885776
shasha0376@gmail.com
Nak kongsi sama apa produk nyer
I pun sama ambik macam2 tapi sekarang ni dah obesiti.
dulu pernah keja kilang.. bahagian lojistic
berjalan jer keja 12jam hantar material ke department lain
Mus recently posted..Sassi-Brix Organic Tea Untuk Raja Komen
haa saama juga dulu pernah kerja kilang berdiri 12 jam , berjalan apatah lagi .. duduk sikit je , tp sekarang dah terbalik hehehe
bukan 10 000 langkah ke?hehehe..berjalan kaki merupakan salah satu senaman yang baik. Kalau joging, kalau orang tu tak pernah joging dan tiba-tiba terus nak joging, adalah tidak digalakkan kerana akan meninggalkan kesan pada lutut dan pinggang (terutamanya orang gemuk), yang terbaik ialah naik basikal.
blackrosehunter recently posted..RazakSAT bernilai RM142 juta Mengalami Kegagalan
1000 cukup lebih pun ok heheh .. kayuh basikal seronok tp tengok kawasan juga
boleh kira steps dengan pedometer tu nanti

pharmalif recently posted..Fanta?? anyone?
yup tengah kumpul point tuk pedometer tu , memang entri ni ade kaitan dgn pedometer tu hehe ..
Bee, mmg padat dengan info! Sekarang nak cari masa yang sesuai untuk praktikkan. Untuk yg mmg dah slim tu, elok juga tau untuk fitness…
Qaseh Gifts recently posted..List of Exclusive Gifts For Friends
dah slim pun kena buat senaman sebenarnya .. bunag kolesterol ..
cabaran mysuperkids dah mule balik yer … ketinggalan dah ni
insyaAllah lps bersalin azam nk kurus slim balek mcm ank dara ..buleh ? ;p
Ummi Hanie recently posted..Makan-makan @ Pizza Hut
buleh buleh .. selalunya lepas bersalin senang sikit nak slim ..
Syukur saya tidak ada masalah berat badan dari bujang hinggalah berumah tangga kerana mempunyai kadar metabolisma yang tinggi jadi makanan mencernakan dengan pantas
bertuah lah siapa yang metabolisma badanya tinggi huks.. saya dr dulu metabolisma rendah
nak panjat tangga ke tingkat 4 pn dh mengeluh Bee…abis longgar sendi lutut ni rasanya…hu.hu.hu…..
nza recently posted..Jom Cuti-cuti….
bee hari2 panjat tangga tingakat 4 , ulang sampai 5 kali naik 5 kali turun hukss..
tu pun ntah berapa langkah dah..
Mus recently posted..Memori Tahanan Perang Di Quailey’s Hill, Ranau
wah teknik yg menarik.. nk hayun kuat2 tangan tu nanti
mama pipie recently posted..Nak bagi no jackpot baru -> 13,333
a’ah hayun lah mama kompom tk nyesal
Nak yang cepat gmuk punya ada.. Cepat kurus byk sangat..he3
Jai recently posted..Kod SMS Undian Peserta Maharaja Lawak Mega
cepat gemuk ? makan tidur je hahah..
Kalu blogwalking leh kurus x? skrg nih ramai yg lebih blowalking ngadap komputer / lappy dri kuar jln2..kurus pun sbb kurg mkn dek kerana online 24 jam..kehkehkeh
UpProfits recently posted..Comment on Manchester City jadi Mimpi Ngeri United | EPL 2011/2012 by Fauzie Jasmani @ eiz1004
tak boleh ye encik eiz wakaka.. amboi mcm peerli ai je ..wekk
Perli? hahaha..terasa plak dia..bkn PB ler..ramai lg di luar sana yg cenggitu..ramai yg dh ketagih internet tanpa disedari..huhu
UpProfits recently posted..Comment on Diskaun Tunai dan Rebat Tol 25 Lebuhraya sempena Deepavali by Fattah
heh terasa lah sbb memang pun , ni dah berniat nak kurangkan sikit .. nak pergi cr guru nak belajar agama time petang2 mintak2 lupa sikit kat internet ni ..
nak kurus tapi susah betul nak cari motivasi..huhhuhu
Ila @Mama Faiz recently posted..Bila Faiz Jadi Stuntman..Eh,Ye Ke?
motivasi ade , cuma nak memotivasi diri sendiri susah kan ?
bee bagus tip berjalan dengan betul tu, rasa2nya macam ummi berjalan tak betul je selama ni, hikhik!,
ummiross recently posted..SARAWAK SILK EXOTIC ORANG ULU 2
haha tapi jalan pun bosan , nak ikut lak cr berjalan lagi bosan ye dok ummie
kalo susah sgt nak pk camne nak jln kaki lama2..ajak g window sopping ke..msti senang punya kan..eheh..
selain dpt wat senaman..dpt juga cuci2 mata.ehehe..opss :p
bab ni saya suka chiii, tapi dah 2-3 hari berjalan asyik sumbat makanan manis2 lak ..payah
ihiks..susah gak tu kan. lagi byk jalan..memang akan wat terasa diri lapa. lagi plak wat window shopping..bekalan makanan plak mudah didapati..lagi la bahaya :p
chii recently posted..Kekasih Gelap
tahu tak pe chii.. ice blog lah ice krim lah macam2 ade
yang paling x bleh lupa..aiskrim sundae mekdi..pembuat dahaga kembali :p
chii recently posted..Kekasih Gelap
fuh fuh ..tengah diet ni tau , malam2 dah tak makan , hari ni duk teguk air kosng je jgn sebut itu makanan hukss..
klu sy ikut steps ni..alamat tinggai tulang la sy Puan bee
khairul recently posted..Suspect under custody
hehe kahirul jangan ikut ye ni tuk org gebu mcm saya je ..
“salam bee….nice info tu..akak dah sahut cabaran berjalan kaki ni bee..setiap pagi keluar jam 7.30..jalan2 keliling taman perumahan akk ni dgn sorang kwn..(sbb takut nk pi sorang2..)jam 8.00 atau lebih sampai la kat rumah..baru start sebulan bee…eh,jom ler jalan2!”
pia recently posted..Cerita Kakak yang kelam kabut…
waa tahniah buat akk sbb dpt buat secara konsiten .. ai like .. tapi bee tk dpt lagi nak memotivasikan diri .. tp tang diet tu boleh senaman paling malas..
Bee.. hari minggu hari tuh aku jalan lebih 1000 langkah buat
jungle track.. Naik lenguh kaki sampai hari nih.. hik3
nurmisnan recently posted..Doa paling ringkas untuk penjaga harta dan keluarga sewaktu ketiadaan
wah seronok nya nora , nape tak ajak aku ni kehkeh .. yoooolah .. kalau aku panjat2 nih krem kat situ jugak ..
Tips dan cara paling mudah untuk sihat dan kuruskan badan ni
danish recently posted..Harga Tiket Final Piala Malaysia RM 50
memang mcm mudah tapi susah nak buat secara konsisten sebenarnya .. apa pun usaha tangga kejayaan ..
rasanya semua org tahu bagaimana nak kurus..cuma mujahadah untuk buat je takde huhu..
Huzaifah recently posted..Isu Gaji Guru 2012 Naik Banyak – Apa Kata Doktor?
itu lah masaalah terbesar hukss
hai Bee…. slamat pagi… hum rindu la nk update blog aku… tlg plz… cr follower
<3 peace <3
haha follower kena cari sendiri lalala .. nanti pm aku kat facebook
tips yg bagus ni…nak cuba amalkan lepas ni…
yahaya recently posted..Cara pasang butang share melayang
eh yahya lama tak nampak ..jom cuba sama2
fuh….panjang betul tip nak kurus ni…hehe…amal, jangan tak amal…
Hazmin Hamudin recently posted..Diskaun Tol Lebuh Raya Sempena Perayaan Deepavali 2011
cari kekuatan heheh
haha…patut la..saya tiap hari berlari kejar lrt nak pegi keje…kira ok la tu..haha
ok lah tu haha .. ni kes bangun lambat lah nih …
takda maknanya bangun lambat kak..pukul 620 pagi dah keluar rumah tau…kihkih…
Hazmin Hamudin recently posted..Harga Tiket Final Negeri Sembilan vs Terengganu Kekal RM50
oo awalnya , bagus lah nak kawin katekan ..