Tips Kecantikan : Kenali Jenis Kulit Muka Sebelum Membeli Produk Penjagaan Muka

Sebagai wanita atau gadis-gadis mesti pernah mencuba pelbagai jenis produk penjagaan wajah bukan ? Mesti sangat ambil berat akan penjagaan kulit muka kan ? sebelum korang beli produk penjagaan wajah seperti pencuci muka , pelembab , penyegar , masker dan .sebaginya barulah tahu jenis kulit muka dahulu sebelum membeli produk tersebut , ini penting untuk menjamin kita beli barang dan berbaloi

Biasa golongan remaja adik-adik saya lah , ada 4 orang adik , 3 perempuan sorang lelaki , walaupun lelaki kemain suka benda-benda gini entah nak nampak macho lagi kacak katanya. Mereka selalu mengadu sukar untuk menentukan jenis kulit mereka. Ini kerana setiap kali mereka ke kaunter membeli-belah, ada sahaja jurujual yang memperkenalkan produk baru yang kononya memberi kesan mujarab , Lebih-lebih lagi apabila komen seorang jurujual terhadap jenis kulit yang dimiliki berbeza dengan jurujual yang lain. Sebenarnya, kebanyakan daripada petugas produk kecantikan hanya menitikberatkan jualan barangan daripada meluangkan masa untuk menganalisis dan meneliti tekstur kulit.

Sudahnya muka mereka berjerawat dan berparut tambah memburukan keadaan , adik saya seorang tu memang ada jeragat , kesian dia jeragat yang timbul dari lahir memang susah nak hilang , bila berjumpa dia akan tanya , “kak pakai produk apa ? “saya biasa lah jawab pakai apa , muka saya paling senang nak jaga asalkan cuci bersih , pakai pelembab dah ok.

set mary kay
set mary kay

Jenis kulit muka dikenalpasti dengan merujuk kepada jumlah sebum yang dihasilkan dari liang roma.Kulit muka boleh dikelaskan kepada empat jenis iaitu, kulit normal, berminyak, kering dan kombinasi. Justeru, perlu diingat bahawa jenis kulit kita boleh berubah mengikut keadaan dan masa. Ia bergantung kepada tempat tinggal, perubahan cuaca, umur, perubahan hormon dan jenis produk kecantikan yang digunakan.

Oleh itu, haruslah ingat bahawa jenis kulit anda pada masa sekarang tidak semestinya sama lima tahun lalu atau lima tahun yang akan datang. Anda perlu melakukan pemeriksaan kulit dari semasa ke semasa.

Tips untuk lelaki kacak : lelaki kacak nak lagi kacak

Cara buat pemeriksaan sendiri terhadap muka mengikut jenis kulit

Kulit normal

Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Kulit jenis ini juga mempunyai kandungan air yang cukup.

Bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan ini, lihat sama ada liang roma muka anda masih kecil. Kulit jenis ini tampil berseri dari bawah permukaan kulit yang nipis.

Pada sebelah tengah hari atau petang, zon T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit berminyak dan berkilau. Hanya sesekali anda mendapat jerawat dan bintik hitam atau jeragat. Pipinya juga tidak selalu kering.

  • Rejimen penjagaan kulit wajah bagi jenis kulit ini hanya memerlukan pencucian yang lembut. Urut sehingga kedua-dua belah pipi anda berubah kemerahan. Kemudian, gunakan penyegar untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma. Akhiri dengan krim atau cecair pelembap sambil mengurut dengan jari-jemari menghala ke atas.

Kulit kering

Ia menghasilkan kurang sebum lalu muka kita tidak kelihatan berkilat. Pada kebanyakan masa, mereka yang berkulit kering mempunyai raut wajah yang kusam dan mempunyai liang roma yang kecil atau langsung tidak kelihatan.

Kulit jenis ini juga menggelupas sesekali dan kadangkala memberi efek rasa kurang selesa.

Anda juga harus memberi lebih perhatian terhadap garis-garis halus yang timbul ketika dimamah usia terutamanya di bahagian tepi mata, garisan senyuman dan dahi.

  • Tahap kelembapan dan sebumnya rendah. Satu-satunya cara untuk menangani masalah ini ialah menggunakan pencuci muka yang berbuih. Biarkan ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.

Kulit berminyak

Ia seringkali dibenci oleh ramai remaja, termasuk orang lelaki. Kulit ini mengeluarkan banyak sebum dan membuatkan seseorang nampak seperti tidak menjaga kecantikan diri.

Liang romanya juga besar. Sebab itulah seseorang mudah mendapat jerawat.

  • Bahagian hidung adalah yang paling aktif. Jenis kulit ini memerlukan penjagaan khas. Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, gunakan losen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air yang rendah.

Kulit kombinasi

Ia menggabungkan ketiga-tiga jenis kulit muka iaitu normal, kering dan berminyak. Secara amnya, kulit ini kelihatan normal tetapi mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang terasa kering dan berminyak.

Tempat yang biasanya kering ialah di bahagian pipi dan berminyak di zon T.

  • Meskipun tidak berkilat pada keseluruhan bahagian muka, namun ia mempunyai liang roma yang besar di zon T dan cepat mendedahkan seseorang kepada masalah jerawat. Gunakan jenis pencuci muka di waktu pagi dan krim pembersih di sebelah petang untuk melembapkan bahagian muka yang kering.
  • Gunakan losen penegang kulit untuk bahagian muka yang berminyak dan krim penyegar di bahagian yang kering. Bagaimanapun, akhiri dengan krim pelembap pada keseluruhan muka dan di bahagian yang kering.

Oleh itu jika ingin mengetahui cara penjagaan wajah , urutan muka dan cuba produk Mary Kay yang mungkin sesuai dengan korang boleh jenguk entri saya yang bertajuk : Percuma Facial & MakeOver Wajah Di Seluruh Negara Ada tawaran Hebat menanti korang ๐Ÿ™‚

Sumber: Berita harian online | Koleksi Petua Cantik & Sihat Puanbee.com

56 Comments

  1. Ires 1 May 2016 Reply
    • Lin Malyn 12 December 2016 Reply
  2. ida 20 August 2015 Reply
  3. Aju 26 July 2015 Reply
  4. Cik Tak Faham 17 February 2015 Reply
  5. aisyah 8 February 2015 Reply
  6. wahyu 19 January 2015 Reply
  7. Shaima 14 January 2015 Reply
  8. NOREHAN SAAD 17 December 2014 Reply
  9. eyka :) 13 December 2014 Reply
  10. nur 26 November 2014 Reply
  11. rika 11 October 2014 Reply
  12. Niza Yusof 5 September 2014 Reply
  13. Shi Ne 8 May 2013 Reply
  14. wardah 16 November 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 17 November 2012 Reply
  15. Hakeem 8 August 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 17 November 2012 Reply
  16. masalifah 2 August 2012 Reply
  17. buble 24 March 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 17 November 2012 Reply
  18. nabila 15 January 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 15 January 2012 Reply
  19. akubiomed 12 November 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 12 November 2011 Reply
  20. ummiross 12 November 2011 Reply
  21. maya_mustwany 12 November 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 12 November 2011 Reply
  22. puan kutu 12 November 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 12 November 2011 Reply
  23. Shah Blogger 12 November 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 12 November 2011 Reply
  24. rohaya 12 November 2011 Reply
  25. izan ishak 12 November 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 12 November 2011 Reply
  26. pharmalif 12 November 2011 Reply
  27. nza 12 November 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 12 November 2011 Reply
  28. aween 12 November 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 12 November 2011 Reply
      • aween 14 November 2011 Reply
        • puanbeeAuthor 15 November 2011 Reply
  29. manmala 12 November 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 12 November 2011 Reply
  30. Qma 12 November 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 12 November 2011 Reply
      • Qma 12 November 2011 Reply
        • puanbeeAuthor 12 November 2011 Reply
        • juanita 13 November 2011 Reply
      • juanita 13 November 2011 Reply
        • puanbeeAuthor 13 November 2011 Reply
  31. kakngah 12 November 2011 Reply
  32. syamila 12 November 2011 Reply
  33. tips-kurus 12 November 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 12 November 2011 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.