Tips hias rumah untuk raya

Tips hias rumah untuk raya ini di bawakan oleh puanbee.com. Eceh! Tak ada lah ..saya mendapat pertanyaan dari diana pasal sticker hiasan dinding rumah yang saya gunakan di dalam entri Cat rumahku syurga ku ini . Alang-alang saya buat tips ini , untuk sesiapa yang menyewa rumah dan mempunyai bajet terhad untuk betulkan dinding itu semula. Dinding yang di conteng boleh di cat. Jika dinding berlubang ? apa perlu kita buat ? Jika serah kan pada tukang buat rumah diorang akan gunakan simen penampal tu , namun saya rasa tak berbaloi untuk saya beli setong simen penampal dan gunakan setakat 2 sudu kot. Membazir  aje..

Nak Hias Rumah? Klik Sini!
tips men deco rumah

Lubang yang di maksudkan adalah seperti dalam gambar di atas. Sangat besar dan semakkan mata , walaupun dinding baru sahaja di cat. Untuk sesiapa yang suka kan rumah ada bunga boleh lah cuba dapatkan sticker untuk hias rumah , beli lah sticker yang bersesuaian , gam yang tahan lama , dan juga jenis sticker tersebut. Ada yang di perbuat dari kertas keras biasa , ada juga yang di perbuat dari plastik dan ada juga sticker seperti sticker mainan kanak-kanak.

tips menghias rumah

Sticker yang saya pilih adalah sticker jenis tebal dan gam nya boleh tahan melekat dengan agak kuat , tak perlu gam tambahan lagi.

Kenal pasti kawasan lubang mana yang hendak di tutup , kemudian sapu dahulu kawasan tersebut dengan menggunakan kertas pasir atau apa2 yang lebih kurang kertas pasir tu (saya guna pengosok pinggan jenis kasar , stok banyak dalam rumah ni ), untuk buang habuk , lebihan cat atau kupasan cat yang telah lama. Kemudian susun atur dahulu , tengok sesuai atau tidak. Jika ya dan berpuas hati .. sila buka pelekat dan tampal terus di kawasan yang telah di gosok tadi.

Saya pilih bunga rose kerana saya amat meminati hias rumah ala-ala style english tu [ tengok koleksi english deco disini ], jika dinding warna putih memang sesuai dengan deco jenis ini , namun ianya terpulang pada bajet pula kan .. perhiasan rumah ni , kalau banyak sangat pun susah pula nak menjaga dan agak mahal hendak melabur .. so pilih lah yang mana sesuai dengan diri tuan rumah tu.

tips men deco rumah dengan cara mudah dan senang

Kawasan berlubang telah berjaya disembunyikan , saya harap anak saya tidak gatai tangan nak tarik-tarik sticker tu pula. .. jika ya , masih boleh di ganti dengan sticker lain.. haaa .. murah sahaja..

KOS : RM3.50 untuk 2 kuntum bunga , beli 2 paket

= RM7.00 sahaja .. Jimat… untuk rumah sewa kan , jika rumah sendiri boleh mula fikirkan untuk perbetulkan dinding demi kepuasan jangka masa lama….

32 thoughts on “Tips hias rumah untuk raya”

  1. boleh juga guna filler tapi saya tak ingat berapa ringgit satu tong kecil. hehehe

    tapi idea puan bee pun bagus…

  2. kat ruang tamu saya ,kalau
    orang datang masuk2 je umah kompem
    nampak terus lubang kat dinding sebab dulu
    gantung tv kat situ..lepas tv tu rosak kami pakai
    tv biasa je.sudah nya lubang tu terlopong je la kat situ..
    saya pun ingat nak tamal sticker jugak la..
    kena beli sticker lain la nampaknya sebab sticker lama tu
    sesuai untuk bilik maisara je..

  3. Untuk tutup lubang tu ada simen dipanggil Putty filla(kedai hardware melambak),ada jual tin kecik..harga bawah 10 rm,saya selalu guna kalau nak cat rumah.

    * sticker pun ok juga untuk tutup lubang tu.

  4. teringat zaman dulu2 tampal kad raya dekat dinding bila menjelang hari raya, tapi sekarang dah tak buat lagi pasal kad raya orang dah tak bagi

  5. Hihihih…. Comel. Tapi, sticker ni, kalo dh x suka nanti atau nk cat rumah lg, renyah sikit nk koyak.

    Jadi, sebelum tampal, pastikan cat dan sticker yang di pilih tu mmg mengikut pilihan hati. Hihihi…

    Nk menampal la juga 😉

  6. Hehehe..meanrik ideal puanbee tu…sesuai la rumah berstatus sewa gok..tapi kenapa bunga yang menjadi pilihan?tidak iklan semacam dalam blog puanbee tu??hehehe

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *