Tips Diet | Amalkan Memakan Epal Hijau

Tips diet kali ini membawakan satu cara amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari dan ia amatlah digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana epal hijau bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

khasiat epal hijau

Epal hijau boleh membantu mencegah:

  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman

  • kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.
  • Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah.
  • Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Artikle ini disumbangkan oleh Sajionline untuk Koleksi Tips Kurus & Diet di puanbee.com.

An apple a day keeps the doctor away – Ummieross

21 Comments

  1. Malaysia Sentral 22 November 2016 Reply
  2. Suriaamanda 7 November 2016 Reply
  3. Jue 1 November 2016 Reply
  4. akubiomed 7 December 2011 Reply
  5. puan kutu 3 December 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 3 December 2011 Reply
  6. Juan 2 December 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 2 December 2011 Reply
  7. Fazreen 2 December 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 3 December 2011 Reply
  8. nza 2 December 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 2 December 2011 Reply
  9. suarapeople 2 December 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 2 December 2011 Reply
  10. chii 2 December 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 2 December 2011 Reply
  11. ~azatie~ 2 December 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 2 December 2011 Reply
  12. ummiross 2 December 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 2 December 2011 Reply
  13. Hans 2 December 2011 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.