Tidur dan Kesihatan? Kurang tidur antara penyebab obesiti ?

Assalamualaikum semua. saya muncul lagi dengan entry baru. Kali ini ingin kongsikan bersama dengan anda semua tentang TIDUR. Nampak macam tak relevan je nak sentuh pasal tidur sebab semua orang pun tidur kan? Tapi sedar kah anda semua, yang kita semua akan mendapat pelbagai masalah bila kita kekurangan waktu tidur?

Mengikut kajian yang pernah dijalankan oleh banyak pengkaji-pengkaji di luar sana, sama ada di Malaysia mahupun Luar Negara, kurangnya waktu tidur adalah merupakan salah satu faktor risiko kepada banyak jenis penyakit.

baby sleep

Antara penyakit yang boleh anda dapat jika anda tidak mendapat tidur yang cukup adalah masalah penyakit jantung dan juga tekanan darah tinggi. Selain itu, individu yang tidak mendapat tidur yang cukup juga berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kencing manis, atau pun dikenali sebagai diabetes, dan juga berisiko untuk mendapat masalah obesiti. Masalah obesiti dan kekurangan tidur adalah berkait antara satu sama lain.

Selain tu, bila kita kurang tidur, mesti kita punya mood akan terganggu kan? Ada kajian yang dilakukan keatas individu yang hanya tidur 4 jam sehari mendapati bahawa, diorang akan mudah marah, mudah letih, tertekan dan tidak fokus semasa melakukan tugas mereka pada keesokan harinya.Kan ke kalau mood terganggu semua orang pun takut nak dekat.

Huh, dan ada kajian juga mendapati bahawa, risiko kematian semakin bertambah sebanyak 15% apabila kita tidur kurang dari 5 jam sehari. Ha, tahu ajal maut di tangan Allah kan, tapi apa salahnya kalau kita halang sesuatu yang buruk dari berlaku. Bukan untung orang lain, tapi diri sendiri juga kan?

Jadi apa lagi, selepas ni , jangan lupa tidur yang cukup macam baby yang kat bawah ni;p Tidur cukup, badan pun sihat! Ingat badan anda bukan mesin!

Nama Pena: Niknormashitah
Nama Blog: Hatisamronkin.com
———————–
Seperti biasa , ingin sumbangkan artikel original anda sila email Puanbeedotcom@gmail.com 🙂

Comments

  1. Terima kasih puanbee kerana sharing menda ni..hehe..dulu memang sy kurang tidur..sekarang bila malam2 dah tak leh nak online, tidur awal aje..kadang2 terlebih tidur pun ada..ohh bahaya jugak kalau tidur cukup ekk..hehe

  2. sekarang dah tau kenapa orang kerja kapal ni semua sensitif cepat meradang..hahahaha

  3. Obesitas juga salah satu penyebab dari tidur yang mendengkur…harus lebih berhati-hati lagi karena bisa berpengaruh terhadap kesehatan tubuh

  4. Sudah tidak cukup tidur sejak membuka blog. 🙂

  5. alhamdulillah…setakat ni tidur mencukupi…sesekali tu dimaafkan la kan… 🙂

  6. Zarul Umbrella :

    saya paling kurang 6-7 jam tidur sehari

  7. hoho..aku memang selalu kurang tidur. banyak sangat kerjanya..

  8. selalu tidur lewat kerana ghairah berblog. Kadang-kadang banyak idea datang masa waktu lewat malam ini.

    Memang antara satu hal yang sangat saya ingin selesaikan masalah ini.

  9. Saya tidur sehari 5 jam lebih..bahaya ni..haishh..

  10. semalam saya kurang tidur. bila pergi lab asyik menguap jek. nsb mood baik cuma letih dan nak tido

  11. biasa memang kurang waktu tidur, nampaknya kali nih kena ubah lah…

  12. betul tu, tidur kena cukup baru badan segar…

  13. Dalam usia yang sudah melebihi 50 tahun,masa tidur pun sudah berubah bukan lagi seperti dua puluhan tahun,saya akan rasa mengantuk sekitar 8.30mlm biasanya waktu menghadap komputer atau membaca surat kabar,tapi bila pergi tidur mata tdk pula mau tutup dan secara automatik akan bangun pada jam 4.00pagi,so inilah rutin saya tiap malam….he..he..kadang terbangun jam 3.00pagi juga….!!!

  14. Seram pulak baca kesan kurang tidur ni.

    Kalau terlebih dos tidurpun kita boleh jadi lemau..jadi tidurlah yg sedang2 aje..hehe

  15. Memamg dampak dari kurang tidur ini dalam jangka waktu yang lama akan buruk buat kesehatan diri kita.
    Harus lebih pandai dalam mengatur jadwal untuk istirahat tidur

  16. secara purata saya tidur 3-4 jam saja sehari. Makan kuat cemanapun, masih kekal ‘slim’. Oh!

  17. alamak, bab kurang tidur ni, biasa sangat dah.

  18. ooohhh tidaaak! sy punya hobi ialah tido lewat. sbb masa tu la sy nak menelaah, masa tu la sy nak update blog dan mcm2 lagi perlu dibuat masa tu… aduuusss!!! gi mana bisa ku ubah tabiat ini???

  19. Bila tak cukup tidur mmg badan akan mudah letih, tak bermaya.. rasanya kalo mcm tu otk pun x cergas

  20. Terima kasih di atas perkobngsian info… Lepas ni saya kena tidur awallah nampak gayanya… tak dapatlah nak update blog macam selalu.. 😉

Trackbacks

  1. Isteri Suka Tidur Awal? Apa Komen Anda? - Pondok Kecil says:

    […] yang bergelar isteri memang suka tidur awal. Itu memang hakikatnya. Tidak dinafikan. Dan itu adalah normal. Kadang-kadang kita sebagai […]

Speak Your Mind

*