THROWBACK : Resepi Kek Biskut Cheese

Entry throwback aje la mampu , saya suka ambil gambar , banyak gambar aktiviti harian tertanam dalam memori telefon , nak update blog tu saja yang kadang-kadang malas , eh .. selalu malas .. Ini dah lama dah buat .. cheese biskut , guna biskut meryy coklat .. letak pulak kacang nips di atas nya .. sedap .. simple … dan paling suka sekali senang nak buat.

Resepi kek biksut cheese  memang ambil di facebook saja .. sekarang senang dah .. ada internet semua jadi .. nama kek ni sebenar memang tak tahu la , saya letak sendiri je la .. memandangkan semua pun ingat-ingat lupa dah sekarang ni , jadi resepi ni kena tulis untuk jadi panduan saya sendiri esok ni.

IMG_7437

Resepi kek biskut cheese  : ( Pertama kali nak ucap terima kasih kepada empunya resepi , saya dah lupa nak bagi kredit pun , ambik di facebook ) 

Bahan A

  1. 2 bungkus biskut marie coklat , agak dlm 600g
  2. 500 ml susu segar di panaskan ( tak habis pun guna )

Bahan B

  1. 500g cheese cream ( philadepia/tartura) saya guna tartura
  2. 10ml susu segar
  3. 1/2 cawan gula ( kurangkan kalau tk suka manis )

Cara buat ;

  1. Satukan chese dan gula ( bahan B ) dan pukul sebati , masukkan susu 10ml secara perlahan2 ( saya tambah lebih , agak2 cheese tak pekat sgt , tak cair sgt . )
  2. Pukul lagi sehingga kembang sebati dan ketepikan.
  3. Kemudian panaskan susu 500ml tu suam2 je .
  4. Ambil sekeping biskut , celupkan kedalam susu , terus susun dalam bekas
    pastu sapukan adunan cheese di atasnya dan ratakan , ulang beberapa kali sehingga habis biskut dan cream cheese
  5. Biarkan bahagian chese atas sekali ,
  6. Hancurkan baki biskut , dan tabut di atasnya .. hias ikut suka
    tekan2 sikit dan masukkan dalam peti sejuk [ ikut rsepi selama 6 jam sebelum di potong , saya buat tak smpai 3 jam ]
    IMG_7438

Bila dah siap ngap ngap je lah .. … di bawah  ni tengok la .. betapa bertuah anak bujang ada kakak yang sangat penyang … makan pun di suap sambil baring , ibarat ada bidadari menjaganya tuh ..

IMG_7209

 

Nota kaki , jangan amalkan cara makan ank bertuah ni .. =.=

Comments

  1. sedapnya…saya memang suka cheese… bole try yang nie plak…

  2. enak sekali., buah hati pasti suka makan kue itu.. 🙂

  3. sedapnyaaa.. bile lahnak buat kek biskut mcm ni

  4. enak tu kuenya…

  5. bagi ja apa2 makanan berasaskan cheese… gerenti licin cheq makan :p

  6. Thanks share resipi Puan Bee. Boleh lah try lepas ni kalau rajin. Hehe. Panas-panas makan no bake dessert cenggini memang best! 😀

  7. Pergh terliur tengok. Saya memang penggemar kek dan biskut.Mesti sedap nih.

  8. Sedapnyer cheese,,, suka sngat…

Speak Your Mind

*