Terima Kasih Yanmieonline & Rafinamimi

Share

Pagi tadi lepas hantar kakak ke sekolah agama , dan sebelum hantar una pulak ke sekolah agama , sempat le jenguk blog , baca komen-komen blog ni ha , masih lagi duk fikir plugin apa yang buat hal ni , lepas tu tengok header macam tak sesuai jek tukar lah untuk ke berapa ratus kali pun tak tahu lah. Lepas tu kejap je masa berlalu dah tiba masa hantar una , ambik kakak , lepas tu petang hantar kakak , ambik una pula. Memang lah masa sekejap jer berlalu , blog tak update pun lagi .. fuh fuh .. mencabar nak bahagikan masa tu.

Petang boleh le on laptop kejap , lepas tu kakyanmie dah gtalk , ingat nak borak-borak aje , macam biasa lah kami .. rupanya .. dia buatkan header ni .. ai terharu sangat tau .. memang plan nak tempah tapi belum masa lagi , dah tanya-tanya dah ..tapi dah dapat header ni dari kakyan , memandangkan dah comel sangat ..tak jadi lah nak nempah tu ..

Ok blog pun dah cantik , terima kasih kakyanmie , dan kak rafina mimi sebab bagi theme ni .. kalau tak .. saya masih murung mengenangkan nasib blog yang tak sudah-sudah meragam , sakit hati rasa malas nak layan dah pun ada.

Sebenarnya tak de idea nak update blog sebab mengantuk dan letih ..semalam kami laki bini repair radio sampai kul 2 pagi. Pagi ni dua2 blur jek .. layan..Jom makan bubur kacang hijau lak. Baru jek buat tadi ..

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

50 Comments:

  1. cantik header baru ni..

  2. apasal radio tu leh rosak??

    • budak2 ni masukkan mcm2 kat tmpt cd tu , ada pensel , kaler , kayu2 .. entah apa2 lagi ada dalam tu , sebab tu tmpt cd tk boleh guna

  3. Ibu Mifzal Arsyad

    mmg cool la header ni..kreatif jgk yan ni…hehe..ok la tuh dpt header free.. kalau beli pun bila boring sure tukar jugak kan..rugi je duit byr kan..

  4. time kasih atas entri ni..sungguh terharu..hihihi..theme ni tolong le jangan tukar2 lagi ye..khas untuk bee..cewah! 🙂

  5. suka ayat yg last tu..laki bini repair radio…hehehe…lps ni boleh la cikgu nak hntr alat2 elektrik kat umah PB ek?..huhu… 🙂

    • boleh2 tk dek hal hahaha

      • hahaha….wahh..best2…banyak barang2 tersadai jer…xtahu nak baiki…kang, lagi dahsyat rosaknya.. 🙂

        • lepas tu tk dapat balik kat cikgu dah ek.. haha .. repair pun bukan bahagian elektronik tu , tempat nak masukkan cd tu jek yg rosak , patah benda alah kat dalam , tu pun sbb tersumbat , anak2 masukkan mcm2 dalam tu ..

          • hahaha..tudiaa…biasa la budak2..huhu..ingat tabung la tu..sumbat barang2…ekeke..nasib baik tak disumbatnya segala jenis mkanan dlm tu..huhu..

  6. memang cool header baru ni dgn warna biru.
    laki bini boleh repair radio…hebat2…

  7. baru nak tanya pasal header..rupanya kakyan yg buatkan..comel2! theme ni pun lawa gak kak…kemas je…jangan duk ubah2 lagi dah..hehe..

    • memang dah malas nak ubah2 theme ni bard , kalau tk meragam kelmarin akk tk nak ubah dah ..tp nak wat cam mana , kena penting apa yang penting dulu ..

  8. Nampak cantik header yang baru dan agak comel puan Bee. 🙂

  9. boleh mintak lagi ke theme ni? hehe..
    blog saya sebulan lebih meragam..merana.merana..

  10. kutu suka header nie.kiut!

  11. Comel je header…. Blog saya je yg xde pape

  12. Blog ada problem ye bee. Ummi pun rindu lama tak nampak jejak bee kat blog ummi.
    Tengok header tu rasa cool je bee, sejuk air dan sejuk warna biru tu,sejuk juga tengok senyuman tuanpunya blog

    • tu lah ummie , lama tk de kat blog ummie bukan atas sebab blog problem jek .. sebab tahun ni saya sgt sibuk jd dirver , letih banyak jalan2 kerja rumah lagi .. ahaks.. tp lepas ni insyallah susun balik jadual elok2 kan ..

  13. amboi, biru mata hitam ku tgk blog mu skrg ni hehehe..cantikk2..

  14. sesuai la header dengan theme nih. sweet je nampaknya.

  15. bestnya dapat free…hehe

  16. Salam,

    Heeee tangan tak berapa nak berseni, boleh lah kot guna sementara dapat header lagi cun kan bee 😀

    • boleh sangat guna ni kak.. tengok lah kalau rajin nak tempah tu , rasa malas ler pulaknak tukar header lg hehehe tu pun cantik dah kak

  17. wah header baru..siap ada starbuck lagi…bestnye dapat header baru..

  18. header walaupun simple tp comel…. 🙂

  19. blog ada masalah apa bee?? maklum la, masih belajar.. kadang blog problem pun nmpk ok…

    • bermula dengan error 404 , 505 , 508 pun ade
      lepas tu ada yg tk boleh masuk blog bee , tanya bardboo tu , kebanyakan yang duk luar negara le..

      trafic menurun di tahap yg tk boleh percaya , tp sekarang dah ok sikit , sebelum ni rupanya google tk boleh index blog bee. bila tk de traffic , income pun tk de hehehe ..

      sekarang ni suka naik code c data tu pulak .. tunggu jek lah sampai bila nak meragam ni.

  20. blog wat hal lg ke bee… adoi sabo je le… ni pun woo themes jugak kan. maybe ade le mana2 plugin yg problem tu mcm blog nis dulu

    • yup rasanya plugin tu duk tengok satu2 buang ni .. pelik betul ..tk leh pakai theme lain dah nis .. heheh

      • jgn rajin tukar theme lagi yea..yg ni dh ok sgt dah…kan blog wat hal pulak…cian bee nanti…kitaorg pun cian jugak..sbb tk boleh baca entry baru bee…huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *