TERBONGKAR! DAUN SEMAMBU BUKAN UNTUK RAWAT DEMAM CAMPAK SAHAJA

Sekarang nampak ramai yang update anak anak kena demam campak @ chicken pox. Antara cara untuk merawat chicken pox ni adalah dengan menggunakan pokok herba trandisional iatu daun pokok semambu. Memang terkena sejak dulu lagi daun semambu untuk merawat demam campak @ chicken pox ni. Sebab daun ni boleh mengurangkan rasa gatal yang di alami pengidap demam campak ni.

Mungkin selama ni kita hanya tahu daun semambu hanya untuk merawat demam campak tapi tidak tahu sebenarnya daun semambu ni mempunyai banyak khasiat lain untuk merawat penyakit kulit yang lain juga.

Antara penyakit kulit yang boleh di rawat menggunakan daun semambu ni adalah Kurap,  panau, kudis, bengkak kelenjar & luka. Caranya mungkin sama macam kita rawat demam campak juga kot. Tumbuk & campurkan dengan bedak sejuk & sapu di bahagian kulit yang terkena jangkitan atau di gunakan sebagai mandian dengan meramas daun semambu dalam air mandian.

Selain merawat jangkitan pada kulit, daun semambu juga boleh menyelesaikan masalah kutu pada rambut. Insya Allah kutu tidak suka pada daun semambu & ia akan lari meninggalkan daerah kepala anda. hehehehe

Selain tu ia juga di gunakan untuk menghalau binatang berbisa untuk memasuki kawasan rumah. Jadi elok juga pokok ni di tanam berdekatan dengan rumah anda.

Daun semambu juga di gunakan untuk rawatan ibu sebelum bersalin. dapat membantu mengwujudkan kontraksi normal pada rahim dan dapat menggelakkan kemungkinan keradangan. Ia juga membetulkan pergerakkan perut dan mengawal demam dan dengan itu membantu bersalin secara normal. 

Boleh juga di gunakan untuk di jadikan air membersih bahagian intim wanita selepas bersalin. kerana mampu menyembuhkan luka & mengelakkan berlaku jangkitan kuman.

Masalah ibu ibu selepas bersalin ni adalah masalah rambut gugur. Boleh juga menggunakan air rebusan daun semambu untuk merawat masalah rambut gugur & membantu pertumbuhan rambut baru.

Jadi pada anda yang menghadapi masalah yang di sebut tu boleh la cuba ikhtiar dengan daun semambu ni. Insya Allah dengan izin Allah mampu menyelesaikan masalah yang kita hadapi.

Bagi yang mempunyai halaman rumah tak salah kalau tanam sepohon pokok semambu ni. Banyak khasiat & kegunaanya.

Comments

  1. Memang bagus. Maznee pun dah tanam kat belakang rumah mak

    daun dia boleh juga untuk ubat penyakit kulit seperti kulat dan panau

    kutu pun takut

  2. Banyaj juga khasiat daun semambu ni rupanya terutamanya untuk ibu bersalin.

Speak Your Mind

*