TERBONGKAR CARA KURUS SECARA SEMULAJADI TANPA PRODUK

Spread the love

Manusia tak kira lelaki atau perempuan ramai yang mengimpikan tubuh badan yang lansing, cantik, tegap & bergaya. Jarang nak jumpa orang suka berbadan gempal & gelebeh cuma kadang kadang benda macam tu bukan pilihan. Ada orang berbadan gempal di sebabkan keturunan.. Memang boleh kurus cuma perlu komitmen, usaha, sabar & semangat yang kuat. Tapi gemuk bukanlah malapetaka.. Cuma kalau boleh dapatkan berat badan yang ideal tu adalah lebih baik kerana ia melibatkan soal kesihatan.

Banyak lambakkan produk perlansingan badan di pasaran cuma kena berhati hati. Sebab dalam banyak produk yang di jual ada yang mengandungi bahan terlarang. Takut nanti bagi kesan pada kesihatan. Nak lansing lain pula jadinya. Jadi untuk mengurangkan risiko terambil produk yang merbahaya, Jom kita cuba berdiet & kurus secara semulajadi pula..

Ada beberapa cara untuk turunkan berat badan secara semulajadi tanpa perlu pengambilan produk pelansingan badan..

1. Jangan Tahan Lapar

Berdiet tak semestinya harus menahan lapar. Sebab makanan yang beri kita tenaga tapi bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila kita cuba tahan lapar & sampai masa kita tak boleh tahan lagi, kebiasaanya kita akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi. Jadi jangan biar anda kelaparan kerana ingin diet. Ia sesuatu yang tidak baik

2. Pahitkan mulut sebelum ambil makanan

Pahitkan mulut dengan mengambil minuman seperti kopi & selepas tu berkumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini akan membuatkan tekak terasa pahit & akan menghantar isyaray kepada otak bagi mengalakkan rembesan enzim& asid HCL. Sebab kekurangan enzeim & asid HCL dalam perut akan membuatkan ketidakcekapan penghadaman.

3. Banyakkan Minum Air Putih

Dengan cara tu boleh mengurangkan selera makan secara semulajadi & membantu memetabolisma simpanan lemak dalam tubuh. Di galakkan sebelum mengambil makanan berat, minumlah air. Insya Allah anda tidak terlebih makan.

4. Elakkan Minuman Bergas

Kita sedia maklum minuman bergas ni tinggi kandungan gulanya. Biasanya mengandungi 7 – 8 sudu gula. Dan sememangnya tidak baik untuk kesihatan. Jadi elakkan.

5. Kurangkan Garam

Kalau terlebih mengambil garam akan menggalakkan penakungan air jadi bila anda kurangkan garam maka secar tak langsung badan anda kurang menakung air. Jadi dapat mengurangkan berat air dalam badan.

6. Ambil sarapan setiap hari

Mengambil sarapan pagi sebenarnya mampu menurunkan berat badan. Ada satu kajian mengatakan orang yang tidak mengambil sarapan pagi lebih berisiko gemuk berbanding mereka yang mengambil sarapan setiap hari. Sarapan pagi ni mampu menstabilkan hormon dan paras gula dalam darag. Jadi kadar metabolisma juga akan meningkat untuk membakar kalori.

7. Makan & kunyah perlahan lahan

Dalam Islam pun ada ajar. Kita kena kunyah makanan tu sebanyak 40 kali sebelum menelan. Dengan cara makan & kunyah perlahan lahan boleh membantu mengurangkan masalah kegemukkan.  Ia dibuktikan dengan kajian moden tentang kunyahan yang lama boleh membantu dalam menangani masalah kegemukan atau obesiti. kita boleh mengurangkan kalori makanan hanya dengan mengunyah.

9. Makan dengan kerap

Jangan salah sangka. Makan dengan kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit boleh membantu menurunkan berat badan berbanding makan sekali tapi di ambil dalam kuantiti yang banyak


10. Elak Snek / Makanan Ringan

Kita sedia maklum makanan ringan sememangnya tidak baik. Jadi untuk mengelakkan anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, berus gigi atau kunyah gula gula getah. Rasa mint akan membantutkan keinginan anda.

11. Kurangkan Marjerin dan Tepung

Salah satu perkara yang anda kena buat adalah mengurangkan pengambilan makanan yang bermarjerin, mentega. Selain nasi & makanan berasaskan tepung putih.

12. Minum Air Limau Nipis

Minuman masam boleh mengalakkan pembakaran lemak tapi kena kurang gula juga ok!

13. Ambil buah buahan & sayuran

Buah & sayuran ni adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat. Memang agak susah orang nak mengamalkan pengambilan buah & sayuran tapi cubalah.

14. Makanan Berempah

Rempah ratus seperti cili & kari mampu membakar kalori. Begitu juga dengan lada hitam bukan sahaja boleh melancarkan penghadaman ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

15. Bijirin dan Kekacang

Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

16. Kurangkan Pengambilan Gula

Pengambilan gula perlu dikurangkan kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilo kalori.

17. Berjalan

Kalau malas sangat nak bersenam pun banyakkan berjalan & bergerak. Cara ini boleh membuatkan makanan turun. Kebiasannya berjalan jalan selepas makan akan membantu membuang sebahagian kalori dari makanan yang di ambil. Setiap 25 langkah, satu kalori akan di gunakan. Nak lebih berkesan naik tangga. Tak susah kan nak buat.

Jadi yang mana rasa nak kurus secara semulajadi boleh cuba amalkan tips ni. Insya Allah kalau di lakukan secara istiqomah, tiada yang mustahil.

2 thoughts on “TERBONGKAR CARA KURUS SECARA SEMULAJADI TANPA PRODUK”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *