Terbeli Good Virtues Co Sebab Comel

Assalamualaikum dan Hai. Saya terbeli produk dari Good Virtues Co. ni sebab kotak nya cantik dan comel. Kebetulan sabun pencuci muka dah pun seminggu habis. Nak beli dari sehari ke sehari tak pergi beli. Muka pun dah tumboh pori pori hitam tu. Lepas tu rasa malas nak sambung guna produk pencuci muka yang lama tu. Saya terus ke farmasi Healthlane Family untuk pilih produk. Farmasi kesukaan sebab ada member kad dapat less lagi. Pusing punya pusing , banyak produk dan banyak juga produk yang dah pernah guna. Jadi sebab nak tukar produk baru kena lah pilih produk yang belum pernah cuba. Dan ternampak pula produk comel ni. Jadi tengok harga pun okay dengan bajet beli je lah. Nak review tak boleh sebab belum guna semua lagi. Saya baru lepas cuci muka dan guna pelembab siang aje.. malam nanti kita cuba dulu.

good virtues co 1

Selain dari pakej menarik saya baca bahagian bahan – bahan nya ianya menggunakan bahan organik ini juga antara ciri-ciri produk yang saya cari. Kemudian balik rumah saya search di google tentang produk Good Virtues Co. baru lah tahu sebenarnya produk ini buatan anak Malaysia.

All our products are infused with the purifying goodness of Organic Habbatus Sauda Oil (Organic Black Seed Oil) which is recognised for its rich, natural nutrients, minerals and antioxidants that repair, restore and rejuvenate. They are also free from Mineral Oil, SLES, ALES, Parabens, synthetic colourants, and are not tested on animals. We only use 100% non-animal derived ingredients in our products. COPY DARI WEBSITE.
good virtues co

Tips Kecantikan : Kenali Jenis Kulit Muka Sebelum Membeli Produk Penjagaan Muka

Nak tahu harga ? Saya share harga produk yang saya beli je lah ye. Yang lain boleh tengok website  Good Virtues Co. sendiri. Semasa saya beli tu produk lain habis. Toner pun tak ada stok. Saya pun akan sambung beli online je lah nanti.

Saya beli dan dapat harga member di farmasi tersebut. Boleh beli online DISINI juga

  1. Facial Cleaner RM 11.30 / NON MEMBER RM12.30
  2. Day Cream RM19.80 / NON MEMBER RM21.90
  3. Night Cream RM19.90 / NON MEMBER RM21.90

Saya dah cuba pencuci dan krim siang. Bau sangat sangat wangi , tekstur lembut. Baru sekali guna. Kalau ok kita sambung beli produk lain pula. Kalau boleh nak semua .. produk dengan pakej yang comel dan wangi. Dan harga mampu milik. I like …

Nak beli online KLIK SINI 

 

Comments

  1. macam mana rase bile pkai cleanser tu ? ade efek yg kebaboom tak ? XD

  2. kalau presentation barang tu menarik pun akan membuatkan orang nak beli kan.

  3. akak..ciktom pun penah tgk kat farmasi good virtues co ni..tgok trus tertarik sbb botol comel sangat..tapi ciktom xbeli la..sbb setia dengan sebamed lagi setakat ni..hee

Speak Your Mind

*