Teknologi Perkomputeran Hijau Solusi Business Anda

Pernahkah anda dengar tentang Green Computing/ Pengkomputeran Hijau?
Pengkomputeran Hijau adalah istilah yang digunakan oleh pakar IT untuk teknik pengurusan sumber pengkomputeran dan teknologi maklumat dengan lebih cekap sambil mengekalkan atau meningkatkan prestasi secara keseluruhan. Pengkomputeran hijau membolehkan organisasi meningkatkan kecekapan tenaga, pengurusan maklumat dan menyediakan keupayaan analisis yang sesuai dalam industri teknologi maklumat.

Menyedari betapa pentingnya memaksimumkan kecekapan dengan sumber daya yang minimal, KNetwork Tech Solution, sebuah syarikat yang berpusat di Kuala Lumpur menawarkan solusi teknologi yang akan membantu pemilik perniagaan mencapai kecekapan pengurusan data maksimum dengan kos minimum dan mengurangkan infrastruktur fizikal, selaras dengan falsafah Pengkomputeran Hijau.

KNetwork Tech Solution memberi tumpuan kepada teknologi Sumber Terbuka (Open Source) yang mematuhi falsafah dan kaedah Pengkomputeran Hijau.

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh KNetwork Tech Solution termasuk memberi support untuk pengguna-pengguna distro Linux, Virtualization serta Cloud Management, serta migrasi pangkalan data dari Unix kepada Linux untuk semua peringkat organisasi dan perniagaan, termasuk SME, Korporat dan juga Telcos.

Dengan mengaplikasikan teknologi perkomputeran hijau, kita bukan sahaja dapat mengurangkan pembaziran eletrik dan kos operasi sesebuah perniagaan, tetapi dapat memaksimakan keuntungan dengan modal yang rendah.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian Pengkomputeran Hijau untuk pertubuhan perniagaan anda, sila rujuk informasi di bawah;

Website: http://knetwork.tech
Email: contact@knetwork.tech
Phone/Whatapps: +6010-7851337
Facebook: https://www.facebook.com/knetworktech

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.