Teknologi dalam rumahtangga

Kita buka puasa makan nugget , dia buka puasa dengan asam pedas melaka..  Ini tidak adil , ini tidak adil oh bagi ku.. lepas nampak dia update facebook , saya buat lah muka kesian , mesej ..

bang sayang makan nugget je , kesian tak ? orang tak tanya pun haaaa…

facebook

Tapi itu lah kegunaan teknologi , boleh usik mengusik dan bermanja manjaan di kala suami berada di kejauhan , kalau zaman tak ada teknologi , bayangkan … boleh tahu time dia pergi je .. balik bila ? makan apa ? tinggal mana ? semua kita tak tahu ..

Banyangkan berada di tempat isteri dulu-dulu ..

“kekanda , bilakah kekanda mahu pulang ”
“kekanda rasa , selepas sepurnama pulanglah kekanda ”
“adinda jaga diri baik-baik ya”
“baik lah kanda”
“nanti andinda hantar utusan ya , jika adinda sudah beranak kan kandungan adinda ni”
“berat rasa hati adinda ni kanda “

waaaa … sedih lak adengan tu kan .. syukur..

About puanbee

Seorang anak , isteri dan ibu. Mempunyai 4 orang cahaya mata. Berumur 30-an , Suri rumah sepenuh masa tetapi mempunyai perniagaan online. Segala terguran dan komen boleh terus hubungi admin melalui EMAIL.

Comments

  1. Comey…memang best orang dah kahwin..Mode jeles @_@

  2. Sekarang mudah. Boleh lihat wajah orang yang disayangi dengan mengunakan teknologi. Kalau dahulu melalui bacaan surat sudah dapat membayangkan kegembiraan amat sangat ini lagi lah boleh mendengar suara dan melihat video orang yang tersayang.

  3. Adehhh kak… tak tahan ayat las… teringat zaman mudo2 duluuuu

  4. zaman la pun dah canggih, agak2 macam mana teknologi lg 10tahun?

  5. tu gunanya teknologi.mengeratkan hubungan dikejauhan..teknologi juga bawak bahana klu tak digunakan dengan betul..hihi

  6. bergantung. pada pasangan. kekadang, ada yang melebih-lebih plak..

  7. kalo digunakan dengan betul mmg membawa kebaikkan.. :)

  8. teknologi penghubung kasih sayang suami isteri

  9. Hahahahaha..ingtkan apa la teknologi dalam rumah tangga ni..macam2..sedap asam pedas..kat mana tu cik abang puanbee makan??

  10. Baru saja call cik abang…hari ni ulangtahun kelahiran dia
    malu nak wish kat wall facebook…

    message kt facebook tu dah berderet :p

  11. siap dialog tu…hehehe..
    Tu la Alhamdulillah ade teknologi, kalau tak, tinggal 2 hari pun saye dah meroyan, x payah tunggu 1 purnama..hoho

  12. Assalammualikum wbt.

    Wah tu dia kemudahan teknologi. Instagram bulan puasa ni pun banyak gambar makanan juadah berbuka puasa ajer. Ngehee.

    Bahasa melayu dulu tuu best, nasib baik tak jawab, lagi sepurnama lagi kanda pulang lah dinda.

  13. Gempak dialog filem lam tu… :)

  14. ayat tu dah macam cerita melayu dulu-dulu je..heh..

  15. Kalau berjauhan tentunya teknologi amat membantu. Jangan bila dah ada bawah satu bumbung, tapi masih lagi ber FB! 😀

  16. teknologi memang memudahkan,kalau salah guna mmg menyusahkan hehehe…

  17. kalau ada yg guna ayat berbunga2 tuh kak skrg mmg habis dok gelak je. kalau bergduh pun serupa takde apa2 je.

  18. hehe…nsb kita x guna ayat org zaman dulu kan..kalau x lambat la nak abih cakap..berbunga2.

  19. teringat dgn skrip filem macam tu, kesian n kelako pulak utk zaman sekarang.

  20. Hihihihi… Sama lah kita bee. Weekdays, mama dgn adam shj. Weekend baru la bertiga.
    Nasib baik la mak pun duduk x jauh mana. Agak2 bosan, masih boleh menumpang kasih. Hihihi

  21. ahakss… ade2 je karangan bee ni…

    kalo nis pun jelezz gak tgk suami mkn sedap2, kita yg tinggal kt umah ni mkn xsemenggah… hihi… tp apapun syukur hidup dlm zaman teknologi canggih ni… 😉

Speak Your Mind

*