Tefal FV1245 – Iron steam murah

Spread the love

Assalamualaikum dan hai , kali ni nak share lah review iron steam murah ni. Murah tak murah RM100 tu tinggi juga la untuk rakyat marhaen ni kan kan. Saya tak beli lah jenama amway , philips atau harvey norman yang rata-rata di review sangat best tu. Iron tu lagi best kan. Tapi dapat yang ini pun syukur allhamdulillah. Dan ini hasil menjahit .. tolong cikgu jahit baju 4 pasang dapat upah saya beli lah iron , iron lama tu kalau silap sikit berlubang baju , ni nak jahit baju raya orang banyak ni. Takut juga ter hangit. Tu sebab lah cari iron steam juga.

Semasa search lazada memang baca spec iron steam bawah RM150 sahaja. Target banyak tu je ada modal nak beli iron pun. Jadi setelah di ambil kira pelbagai sudut. Saya pilih tefal ni sebab di situ tulis ceramic technology di mana jarang dengar , biasa guna soleplate je. Pernah beli jenis soleplate ni melekat juga lama-lama. So nak cuba lah ceramic techology ni. Ok juga la buat masa sekarang.

Iron tak berat sangat , tak ringan sangat . Sedang – sedang sahaja. Nak iron pun senang .. boleh juga tembus ke bahagian bawah baju. Cuma di bahagian tebal sikit tak lepas lah. Tapi tak ada lah susah nak hilangkan kedut , kuasa nya tinggi juga 1900w . Iron mahal lagi dari ni range RM300-RM400 pun dalam 2200w je. Sikit je bezanya. Yang penting senang dapat tajam kain tu je lah di bandingkan iron biasa. Dulu beli iron biasa philip RM65 juga. Tetapi ya ampun susah nak iron , kena buka kuat tapi jika terlebih pula terus hangit kain tu , berlubang beb . Ni senang sikit nak iron.

Pertama kali beli barang di lazada dapat whatsapp dari seller. Terkejut den. Memang tak menjangka seller dari lazada yang akan whatsapp. Tu lah pasai ayat saya. Saya beli apa. Sebab banyak sangat beli barang online. Sekarang dah duduk hujung bandar memang payah nak jumpa kedai. Lagi pun lazada buat sale kan itu hari. Saya suka beli barang online sebab boleh survey harga dan ciri ciri barang tu. Kalau pergi kedai seller buat muka kelat je nyampah pula. Ada tokey pula orang tanya lain , lain di jawabnya. Huhu ..

Ciri-ciri Tefal Inicio Ceramic Steam Iron FV1245 2000W

1 Year Local Supplier Warranty
• Color: Lime green
• Power: 2000W – ( seller letak di lazada 2000w , di kotak 1900w je .. )
• Anti-drip
• Vertical steam
• Water Tank: 200ml
• Soleplate: Easy Gliding Ceramic
• Self Clean
• Spray

Jadi tepuk dada tanya lah selera. Yang sesuai dengan kita.

Amaran : bukan entri berbayar ye .. ihlas nak share .. hashtag : #belisendiri

4 thoughts on “Tefal FV1245 – Iron steam murah”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *