Tebus Rebat Smartphone RM200 SKKM – Pakej Komunikasi Belia

Nak cerita sikit la , saya dah pun tebus rebat smartphone RM200 tu memandangkan memang perlukan sebiji lagi handphone untuk di beri pada anak-anak guna di masa kecemasan . Mula-mula plan nak ambil model Alcatel harga nya RM300 , jadi kena tambah RM100 , tapi stok asyik tak ada je .. alcatel tu guna software android jelly bean jadi best sikit lah dari ninetology pearl mini ni , pada kiraan saya la. Ninetology pearl mini ni  harga RM250 , Jadi cuma tambah RM50.

Tapi fikir punya fikir nak bagi anak pakai je pun , kalau-kalau saya sakit , masuk wad segala .. almaklumlah ayahnya sibuk kan. Nanti diorang boleh belajar untuk telefon sapa-sapa yang boleh tolong , jadi kita ambil telefon murah-murah sudah la.

pakej komunikasi belia

Cara untuk tebus telefon rebat dalam pakej komunikasi belia.

Rujuk pada gambar di atas , pastikan umur korang 18 tahun higga 30 tahun sebelum memohon. Daftar dengan mengisi borang permohonan dalam talian. Boleh pilih bahagian pekerja atau pelajar. Bila dah isi borang dengan lengkap hantar dan tunggu pengesahan. Dalam pengesahan akan di sebut anda berjaya mohon atau tidak. Dan boleh di tebus dari serta sehingga bila.

Pastikan nama ikut sebiji dalam IC (ADA KAWAN SALAH ISI BINTI PUN TAK BOLEH MOHON OK. ) Dan pergi ke kedai untuk membeli telefon rebat dengan membawa DUIT. Kegagalan membawa duit pun tak boleh beli juga .. haha ok lawak je …

Macam mana nak tahu telefon tu ada rebat ke tidak ? 

Ada kawan tanya , ermm .. biasa nya di kedai yang ada ambil pakej jualan smartphone rebat ni , mereka akan  tulis besar-besar  ( telefon rebat ada disini )

tak pun ringankan mulut bertanya.

Taukey ..sini ada telefon rebat tak ?

aa .. ada ar … 

Ok boleh tanya model telefon apa yang di jual pula.

telefon rebat ninetology

ninetology pearl mini 4755

Smartphone ninetology pearl mini tu ok tak ?

Ni pun ramai yang tanya , nak saya review ke ? aishh tak payah la .. haha .. telefon ni okay bagi saya .. saya install applikasi email , line dan 5 jenis game kot  (anak install sendiri ) applikasi facebook dan fanpage manager , kadang-kadang saya guna phone itu untuk tengok semua nya. Boleh la .. laju je loading nya.

Ada MP3 , kamera tak berapa cantik . Harga murah tak kan nak kamera cantik pulak kan …

Muzik kuat juga … ngalahkan tab samsung den. Terus set alarm di telefon ninetology .. samsung tak kuat macam tu. Kira ok la .. RM50 tu berbaloi.

Bila beli telefon rebat kena pakai network tertentu ke ?

Ok .. bab ni .. mula-mula saya nak beli saya survey website semua kata kena guna line tertentu , contohnya jika pergi kedai DIGI maka kena guna DIGI , Jika pergi kedai Maxis kena guna Maxis.

Memang ya .. sesetengah kedai buat begitu. Tapi ada kedai yang tak buat pakej begitu. Saya beli di Taiping kedai yang bukan dealer kepada mana-mana network. Jadi boleh guna nombor telefon sendiri ikut suka hati. Jika pergi kedai dealer  memang diorang lock smartphone tu dan hanya boleh guna network tertentu sahaja.

Kelmarin Tawaran Pakej Komunikasi Belia Daripada SKMM Ditamatkan Secara Rasminya pada bulan ogos tapi sekarang dah buka balik Rebat RM200 Smartphone SKMM Disambung 3 September 2013 .  Cepat-cepat la daftar bila dah masuk 3 september di website SKKM . Yang pastinya mesti website SKKM down je …  :)

(Visited 2 times, 1 visits today)
About puanbee

Seorang anak , isteri dan ibu. Mempunyai 4 orang cahaya mata. Berumur 30-an , Suri rumah sepenuh masa tetapi mempunyai perniagaan online. Segala terguran dan komen boleh terus hubungi admin melalui EMAIL.

Comments

  1. eh bermula 18thun ke 21 thn ni… kompius..

  2. 3 tahun lagi baru anak-anak boleh mohon…huhuhu

  3. saya pun nak beli 9tology jugak nanti huhuhu

  4. alahai….dah terlepas…tp adik2 ada lagi yg belum tebus…

  5. wah boleh suruh wife amik satulah macam ni..

  6. besar rebat ni. rugi tak ambik peluang ni kalau layak…

  7. nis aritu dah apply tp belum dpt emel pengesahan dpt atau tidak ke… sekadar emel notifikasi

  8. Beruntunglah kepada mereka yang dapat Rebat beli Smartphone sebanyak RM200 ni… Sedih sebab tak dapat… huhu… Kepada yang dapat kemudahan ini, eloklah gunakannya dengan sebaiknya…

  9. Ramai kawan dipejabat ambil rebat berkenaan dengan telefon smartphone Alcatel. Boleh tahan juga Smartphone Alcatel ini kerana mengunakan OS Jelly Bean.

  10. alamak…peluang terakhir nak sambar hp baru ni…

    thanks puan bee…ingatkan sampai umur 35 tahun…last year dah ni…huhu

  11. memang takde peluang nak dapat rebat rm200 ni

  12. tgh tgu nak claim gak nie, harap website nya ok nnt.

  13. Phone Ninetology memang okay dengan harga dan fungsi dia.. Saya pakai Ninetology Insight.. Masa beli guna rebat dulu ingat nak beli Ninetology Black Pearl 2 tapi stok takde.

    Wife saya tak guna lagi rebat dia. Boleh la beli phone lagi satu guna rebat dia nanti. Hehe

  14. menarik jugak idea tu

    haritu terfikir nak guna jugak untuk beli HP murah² nak standby kot² HP problem..hehe

Speak Your Mind

*