Taski Abim Untuk Una

Setiap ibu bapa nak kan terbaik untuk anak-anak kan , mana ada ibu bapa yang fikir ala-ala je untuk keperluan anak-anak , cuma tu lah beri setakat yang mampu , pelajaran , makan pakai , tempat tinggal disediakan setakat yang mampu , ibu bapa boleh berusaha lebih tapi tetap juga kena pilih ikut “saiz tapak kasut kita”.

Jiran-jiran saya tiba-tiba diorang rasa pelik , Kebanyakkannya tegur tindakan saya hantar una ke tadika yang jauh dari saya hantar anak ke tadika yang hanya beberapa langkah dari rumah.

Entah lah kan , saya pernah hantar si kakak ke tadika yang sama dekat rumah tu , tapi masaalahnya cikgu nya , Si kakak pernah bersekolah di tadika tu 2 tahun , tahun pertama cikgu lain , masuk tahun ke dua tadika tu tukar cikgu ,bukan nak ngate apa lah , saya cuma tak berkenan dengan cara cikgu tu .. pernah bergaduh dengan ayah budak2 situ dek kerana ayah tu tegur cara cikgu tu .. pagi-pagi sebelum masuk mengajar si cikgu akan berborak dengan ibu-ibu yang hantar anak , dah rugi masa 30 minit disitu .. Udah lah gaduh di mengadu domba pulak ke orang lain.

dulu masa kakak , tak de pun homework , saya tanya cikgu..”kenapa tak de homework ?? cikgu lama ada bagi homework ” cikgu baru boleh jawab “alaaaa , bagi homework pun bukan diorang nak buat “

Entah lah bagi saya .. jika ada homework , budak-budak akan belajar untuk lebih bertanggungjawab , tanggungjawab untuk selesaikan arahan dan belajar , tak de lah di ingat main aje ..

Dek kerana zaman si kakak tu saya berkerja dan tak ada pulak orang nak hantar ke sekolah tadika jauh-jauh , so saya terpaksa habiskan tadika kakak disitu .. Baca , mengira semua boleh la .. lain-lain kurenggg …

Bila hujung tahun kan ada hari anugerah dan ada sekolah tadika lain buat pelbagai persembahan , ada anak-anak yang berumur 5-6 tahun menyanyi koir , dikir barat , pidato , bercerita dan sebagainya , Tapi tak ada sorang pun yang mewakili sekolah tadika kakak , saya tanya juga cikgu ,” kenapa tak ade budak-budak dari tadika kakak “…cikgu jawab “tak sempat nak buat semua tu”

Perghhh so macam mana ?? sekolah lain , Cawangan yang sama tapi cikgu lain ada je aktiviti .. kesian .. bila cikgu pelbagai peel .. budak-budak jadi mangsa ..tu sikit aje lah saya cerita untuk di jadikan sebab kenapa saya pilih tadika lain.

Punya lah jauh perjalanan mencari tadika untuk una , pusing-pusing 2-3 round kat ampang ni , maklum ler saya bukan orang ampang , jalan pun tak tahu hukss.. survey sana , survey sini , dari surau ke surau .. masaalahnya jalan di kl ni walaupun dekat je tapi berbelit , untuk orang kampung macam saya ni dugaan betul … lain lah kalau orang yang memang membesar di KL kan .

Akhirnya jumpa .. dan bercakap dengan cikgu-cikgu disitu .. apa aktiviti diorang ? apa kelebihan diorang selain mahal sikit dari tadika si kakak .

So bagusnya cikgunya semua ustazah itu satu , senyum jerk .. tak de mengata orang , tak de sambil lewa. Cikgu cakap mereka ambil masa 2 bulan untuk suai kenal kemudian cikgunya tunjuk buku-buku yang akan di beri pada anak-anak , ok saya puas hati tengok buku latihan tu ,dan ada juga lagi syarat yang mesti di buat hari-hari setiap budak akan di beri buku bestari dan qiraati yang memerlukan anak-anak ulangkaji di rumah , bagus lah itu yang saya nak . Dua bulan untuk suai kenal kemudian dapat buku dah , Tadika kakak pula ambil masa 6 bulan untuk suai kenal.. tak agak-agak punya lama ..

Tapi dari segi yuran dan bayaran pun jauh bezanya. Saya tak nak tulis nama tadika kakak tu kalau nk tahu kena email saya lah hikss… hal sensitif kan. Tapi saya boleh lah bercerita tadika untuk una ni hehehe ..

Kurikulum untuk Taski Abim

1- Berpandukan kurikulum Taski Abim dan gunapakai kurikulum kebangsaan Pra Sekolah:

Pendidikan Islam

a-Fardu ain (Akhlak , ibadah , aqidah , sirah)
A-quran (Kaedah Qiraati dan hafalan surah)
Amali(Solat & Wuduk)
Asas mengenal tulisan dan bacaan jawi

Semua di atas tak ada di tadika kakak dulu tapi ada di Abim , ada banyak lagi perbezaan tadika kakak dengan tadika Abim. Pastu saya macam ! eh una 5 tahun dengan pelatnya boleh ke nak belajar banyak-banyak ? huiii …

Kesilapan saya pilih tadika kakak tu dulu kerana saya berkerja , tak usaha mencari dan survey tadika lain , tapi bila dengan una ni saya pilih sikit , saya tengok dah anak jiran saya ada yang ke Taski Abim memang nampak ok .. hukss…

Mengikut pengalaman saya survey keliling kampung ni ada 3 jenis je tadika

KEMAS – Kerajaan sepenuhnya.
Taski Abim- Separuh kerjaan separuh swasta.
Pasti – orang PAS.

dan ada lagi kot swasta punya ler..

Yang paling murah KEMAS lah hehehehhehehehehh … gelak panjang sikit .. ok lah korang buat wordless kan , saya wordlebih…

sekian

44 Comments

  1. Umi Reen 7 July 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 7 July 2013 Reply
  2. sara 17 January 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 18 January 2013 Reply
  3. sara 17 January 2013 Reply
  4. nurin2u 11 November 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 11 November 2011 Reply
  5. Ummi Hanie 6 October 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 6 October 2011 Reply
  6. muse 6 October 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 6 October 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 5 October 2011 Reply
      • nazimah aziz 1 October 2013 Reply
  7. puan kutu 5 October 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 5 October 2011 Reply
  8. Kujie 5 October 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 5 October 2011 Reply
  9. IntaNBerliaN 5 October 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 5 October 2011 Reply
  10. Huzaifah 5 October 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 5 October 2011 Reply
  11. CMRatu 5 October 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 5 October 2011 Reply
  12. kpah k-poh 5 October 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 5 October 2011 Reply
  13. madammondoq 5 October 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 5 October 2011 Reply
  14. diana 5 October 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 5 October 2011 Reply
      • diana 23 October 2013 Reply
  15. ummiross 5 October 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 5 October 2011 Reply
  16. Lizz 5 October 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 5 October 2011 Reply
  17. anastasyea 5 October 2011 Reply
  18. hafizal 5 October 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 5 October 2011 Reply
      • hafizal 5 October 2011 Reply
        • puanbeeAuthor 5 October 2011 Reply
          • hafizal 6 October 2011 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.