Tarikh iPhone 5 dilancarkan di Malaysia ( 14/12/2012 )

Terbaca di blog amanz.my tarikh iPhone 5 dilancarkan di Malaysia adalah pada 14 disember 2012 ini. Selain Malaysia ada lebih 50 negara asia lain yang akan menerima iPhone 5 gadjet impian mereka pada bulan disember ini. Pasti ada pengguna yang tidak sabar menanti pelancaran iPhone 5 di Malaysia tidak lama lagi.

harga iPhone 5 malaysia -
iPhone 5 gadjet impian ramai orang ..

iPhone 5 membawakan ciri lebih kecil dan ringan , tersenarai didalam ciri 4G yang terkini. iPhone 5 mempunyai 18 peratus lebih tipis dan 20 peratus lebih ringan berbanding iPhone4s. Skrin nya pula , mempunyai kelebaran sehingga 4 inci berbanding 3.5 inci pada iphone 4s sebelum ini manakala beratnya pula hanya 112gram berbanding dengan produk apple sebelum ini. Ada banyak lagi kelebihan iPhone 5 yang membuatkan ramai peminat gadjet terkini mengidam untuk mendapatkan iPhone 5 secepat mungkin.

Harga iPhone 5 di Malaysia

Harga iPhone 5 di Malaysia adalah RM2,190 untuk 16GB, RM2590  untuk 32GB  dan RM2890 untuk 64GB manakala di Amerika Syarikat (AS), iPhone dijual pada harga AS$199 (16gb ), AS$299  (32gb )dan AS$399 (64gb) .

Di jangka akan datang ada syarikat telco utama negara akan menawarkan pakej pembelian iPhone 5 gadjet impian seperti Digi , Maxis dan juga Celcom.

Nota kaki : iPhone 5 baru je di lancarkan , ada ura-ura menyatakan iPhone 6 akan di lancarkan pada september 2013 dan bewarna merah .. wow!

7 Comments

  1. Hazmin Hamudin 6 December 2012 Reply
  2. titan 6 December 2012 Reply
  3. Norizwan 6 December 2012 Reply
  4. donnyien 6 December 2012 Reply
  5. Denaihati 5 December 2012 Reply
  6. mama3hero punya cerita 5 December 2012 Reply
  7. akubiomed 5 December 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.