Tarikh Hari Raya Puasa 2016

Tarikh untuk melihat atau mencerap Anak Bulan Syawal bagi menentukan serta menetapkan Tarikh Hari Raya Puasa 2016 (Aidilfitri) tahun ini adalah pada lewat petang hari Isnin, 4 Julai 2016 bersamaan 29 Ramadhan 1437 Hijrah

Sebagai makluman, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang telah ditetapkan, melalui radio dan televisyen Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi)

Tarikh untuk melihat atau mencerap Anak Bulan Syawal bagi menentukan serta menetapkan Tarikh Hari Raya Puasa (Aidilfitri) tahun ini adalah pada lewat petang hari Isnin, 4 Julai 2016 bersamaan 29 Ramadhan 1437 Hijrah4 Julai 2016. Tak lama dah lah ye. Setakat ini persiapan saya sekadar sepasang baju untuk setiap seorang ahli keluarga. Belum ada perancangan nak membeli belah di mana. Atau pun rasa nya tak nak beli apa-apa dah kot. Balik kampung nanti nak fokos beraya dengan saudara mara. Raya pertama pakai baju baru. Raya kedua pakai baju tahun lepas. Raya ke tiga ulang balik baju baru. Hahahaha .. boleh aih baju semua elok lagi.

Orang sibuk nak beraya , saya ter join jadi ejen produk peahqueen. Dah jadi ejen comfirm la banyak stok. Jadi fokos nak clearkan stok untuk dapatkan balik modal tu. Modal tak banyak dik non. Akak meniaga kecil-kecil je lah cari duit lebih sikit untuk tampung kewangan suami. Sambil makan sendiri sambil meniaga lah dik.

Mood nak raya lari kenangkan nak bayar yuran sekolah banyak ni. Heheheh .. terus bila nak belanja lebih sikit je ingat ada benda tak bayar lagi. Terus saya jadi seorang mak yang tangkai jering. Agak nya mak kita dulu macam tu lah kot. Sekarang baru terasa ye bila anak dah ramai ni.

Tapi kasut dan tudung anak dara dah beli dah awal awal lagi. Saya kalau nak  beli lagi pun baju syamim dan laila je kot. Budak kecil banyak salin baju. Biasalah .. makan sikit comot kan.

Ikut hati sabtu ni dah mula cuti nak balik kampung. Tapi apakan daya. Encik ayah masih ada kerja nak buat. Haihh bertabah lah tunggu hari isnin baru balik kampung. Rinduuuu kampung. Eh ada durian ke raya ni di Taiping ye ? Korang dah sampai ke destinasi nak raya ke ?

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *