Tarikh berpuasa mengikut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Gambar di bawah adalah tarikh berpuasa , jatuh pada 10 julai 2013 mengikut kalendar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia , walaubagaimana pun , ianya tertaluk kepada keputusan selepas tengok anak bulan pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah. Kenyataan ini di keluarkan oleh  Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab. Sudah bersedia ke menyambut bulan ramadan akan datang ni ? tinggal lagi beberapa hari , cepatnya masa berlalu .. masa ni la nak hafal semula doa-doa untuk lafaz niat berpuasa dan berbuka puasa. Insyallah boleh puasa penuh bulan ni … yeaayy ….

link rujukan ( klik untuk baca ):

  1. Lafaz niat berpuasa untuk sebulan di bulan Ramadhan ( Dalam Bahasa Jawi & Maknanya )
  2. Lafaz niat puasa harian di bulan Ramadhan dan makna
  3. Doa berbuka puasa dan doa sesudah berbuka puasa
  4. Niat Puasa , Niat Berbuka Puasa , Niat Puasa Sebulan , Niat Sesudah berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan
tarikh-tarikh penting dalam islam
* tertakluk kepada perubahan

( Klik kiri dan klik save as image untuk menyimpan jadual di atas .)

Sumber :
Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Tempat untuk melihat anak bulan puasa : 

  1. Pontian Kecil, Johor;
  2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka;
  3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;
  4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor;
  5.  Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor;
  6.  Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor;

Lokasi lain ialah:

  1. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak;
  2. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang;
  3. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah;
  4. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah;
  5. Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah;
  6. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu;
  7. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu;
  8. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu;
  9. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu;
  10. Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan;
  11. Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai,Kelantan;
  12. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan;
  13. Tanjung Lubang, Miri, Sarawak
  14. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak;
  15. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak;
  16. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah;
  17. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang;
  18. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang;
  19. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang;
  20. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan;
  21. Menara Kuala Lumpur;
  22. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan
  23. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

Hurmm .. nampak nya.. selain dari persiapan menyabut hari raya dan puasa , kena juga ingat zakat fitrah  kan ..   peringatan buat diri saya juga. Nanti kelam kabut nak menbayarnya .. harap nya … sidia ada … huu ~

Info :  Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5

  • Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
  • Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
  • Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
  • Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

 

7 thoughts on “Tarikh berpuasa mengikut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia”

  1. Alhamdulillah. Bulan ramadhan bulan yang mulia, bulan yang paling banyak diturunkan rezeki pada saya. Alhamdulillah. Rezeki cari tu cari juga tapi ibadat tu jangan lupa hehe

  2. dah makin dekat… rasa tak sabar nak menunaikan amalan puasa Ramadan ni… puasa bulan ramadan tak sama mcm puasa yang diganti kan…. letih tu lain sikit….

  3. Pingback: Resepi bubur barli mudah & Khasiat barli | ~ Ini lah FaMiLi @ Puanbee.com ~

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *