Tarikh bayaran bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M )Akan Di Bayar Ahad Ini melalui pemberian baucer tunai kepada yang layak , mengikut sumber dinyatakan Menteri Kewangan 11 Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, menyatakan pembayaran secara berperingkat itu dijangka mengambil masa dua bulan sehingga 15 Mac depan.

Borang bantuan RM500

Info bagaimana penyerahan baucer di buat , baucer di tunaikan dan semak status pemohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia

  1. Baucar itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara.
  2. Setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman secara berperingkat dengan disertakan tarikh dan tempat penyerahan baucar tunai
  3. Pemohon boleh menghubungi talian hotline BR1M 1800-22-2500 atau 1300-88-3010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan.
  4. kaunter bergerak khas turut disediakan di ketiga-tiga bank berkenaan pada majlis penyerahan baucar di kawasan luar bandar untuk kemudahan orang ramai di pedalaman menunaikan baucar.
  5. Sebanyak 4.12 juta borang BR1M diterima dari seluruh negara dan daripada jumlah itu, 3.1 juta diluluskan.
Info tentang borang Bantuan rakyat BR1M , akan di lanjutkan
  • Baki permohonan sedang diproses dan dijangka selesai esok (hari ini 13/01/2012 )
  • Tempoh penyerahan borang BR1M itu dilanjutkan selama satu bulan lagi sehingga 10 Februari depan.
  • Orang ramai boleh terus menghantarnya ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta agensi kerajaan berkaitan sehingga tarikh itu.
Info bagaimana membuat rayuan bagi pemohon yang gagal menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia
  • Bagi pemohon yang gagal, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my.
Please follow and like us:
follow subscribe - Tarikh bayaran bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1 Malaysia0

24 Comments

  • nor kahariza muhammad

    26/01/2012 at 11:22 PM Reply

    semak status permohonan BR1M

  • kimmie

    15/01/2012 at 9:41 PM Reply

    alhamdulilah..rezeki utk mereka2 yg memerlukan. Semoga dimanfaatkan duit bantuan ini

  • Ummi Hanie

    15/01/2012 at 10:07 AM Reply

    grup pertama dah dpt kan bee … legalah sikit depa … syukur

    • puanbee

      15/01/2012 at 11:14 AM Reply

      oh ada yg dah dapat yek , bee baru tau je

  • puan kutu

    14/01/2012 at 9:07 PM Reply

    wah klu ada rezeki terus tukar tayar kereta..dah teruk taya eden.hoho..

    • puanbee

      15/01/2012 at 11:15 AM Reply

      ahaa eloklah bee lak bayar road tax keta , tk cukup pun tp tambah2 ler ..

  • Tarikh Bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 (BR1M) | yanmieonline.com

    14/01/2012 at 10:38 AM Reply

    […] Tarikh bayaran bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1 Malaysia […]

  • maya_mustwany

    13/01/2012 at 11:03 PM Reply

    hihihihi mas de tengok gambar kat metro on9 fb,gambar orang berpusu hantar borang melalui pagar ..hihihi tuh la malaysia,dah saat-saat akhir,baru kelam kabut

    • puanbee

      15/01/2012 at 11:16 AM Reply

      itu lah dia .. apa nak buat diri sendiri nak susah

  • akubiomed

    13/01/2012 at 4:15 PM Reply

    Eloklah dipanjangkan tempoh BR1M dan boleh buat rayuan.

    • puanbee

      15/01/2012 at 11:17 AM Reply

      a’ah sapa2 nak buat rayuan tu boleh lah , tp kalau sy tk buat dah kot jika tk dapat

  • Denaihati

    13/01/2012 at 3:38 PM Reply

    bagus jugak boleh buat rayuan bagi yg gagal. ade peluang kedua.

    • puanbee

      13/01/2012 at 5:19 PM Reply

      a’ah .. nak kena usaha lebih sikit

  • shraqs

    13/01/2012 at 1:18 PM Reply

    Kepada semua yang layak tu, janganla salah guna plak duit ni, buat untuk hal2 penting je. Kesianla kitorang yang tak dapat ni 🙁

    • puanbee

      13/01/2012 at 5:19 PM Reply

      ye lah banyak benda penting nak dibuat tau ..

  • yanmie

    13/01/2012 at 12:58 PM Reply

    Salam,

    Suami tak layak untuk BR1M ni, tengok jelah orang lain hehee

    • puanbee

      13/01/2012 at 5:13 PM Reply

      wasalam , hehe bagus lah kak kalau tk layak ..

      • puanbee

        13/01/2012 at 5:14 PM Reply

        bg peluang kat saya hehehee

  • afasz

    13/01/2012 at 11:29 AM Reply

    oh dah dilanjutkan ke? sy masih tk layak wpon gaji bwh rm3k 🙁

    • puanbee

      13/01/2012 at 5:12 PM Reply

      a’ah bujang kan , sabor je lah

  • Ibu Mifzal Arsyad

    13/01/2012 at 10:55 AM Reply

    ooo..dilanjutkan eh tarikh hantarnya..baguslah kot2 ada yg tercicir..

    • puanbee

      13/01/2012 at 5:12 PM Reply

      ye lah ada yg tk sempat isi borang hikss

  • juanita

    13/01/2012 at 10:10 AM Reply

    Bee..kat mana ek nak dapatkan form ni.
    mak ju nak try

    • puanbee

      13/01/2012 at 10:20 AM Reply

      Ambik kat LHDN , download pun ade , leh search kat blog bee ni hehehe ..

Post a Comment