Tahajjud Cinta Drama Terbaru TV3 Sinopsis

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ermm hot nih .. saya rasa tergoda untuk menonton drama terbaru arahan Erma Fatima yang juga berlakon dalam drama ini .. memang hot nampaknya .. ala-ala mcm cerita indon dulu..apa ke tajuknya lupa pulak .. cerita cinta memang best.. kenapa yek kita suka cerita cinta ? jawab sendiri .. sekarang meh layan perjalan cerita drama tahajjud cinta yang akan di tayangkan di tv3 1/7/2011 slot zehra TV3 .. Saya sangat sukakan Erma Fatima dan kagum dengan beliau .. sebagai wanita yang berkerja keras dan membunyai pendirian yang teguh .. itu pandangan saya lah …

Dan saya pasti drama ini memang sangat-sangat berkualiti dan hot .. sebab … pelakonnya pun bukan main lagi semuanya terdiri dari pelakon yang hebat-hebat belaka…Menurut Erma , drama ni dihasilkan untuk memaparkan perjuangan wanita dan meyemarakkan semangat kaum wanita. Erma kata banyak kes penganiyaan wanita berlaku sekarang ni, dan dia nak memyedarkan kaum wanita akan hak wanita tu sendiri.

Sinopsis Tahajud Cinta ,

Cerita bermula dengan kisah mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fauziah Ghous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang.

Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak kpd Citra )ada masalah dengan teman lelakinya dan dia sangat lemah untuk mengahadapi masalah dalam percintaan.

Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepda dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki.

Citra nak membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak nak memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.

Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada seorang ustaz ,Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy).
Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri ( Fauziah Ghous) dari menjadi isteri keempat.

Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.

Drama: Tahajjud Cinta
Genre Tahajjud Cinta : Semi Islamik
Terbitan Tahajjud Cinta : Rumah Karya Citra
Pengarah Tahajjud Cinta: Erma Fatima
Penolong Pengarah Tahajjud Cinta: Amalina Asmidah
Jurukamera Tahajjud Cinta: Asrar Lukmanal Hakim
Penolong Jurukamera: Ahmad Muhamin, Noor Syaifully Rahmat
Konti: Noor Azura Norman
Pengarah Seni Tahajjud Cinta: Ahmad Fadhli Asmi
Wardrobe: Rohaya Abdullah, Noor Hidayah Murni, Siti Noraisyah Rahman, Azwan Shah Ariffin, Noorrelia Laileyazhar, Muhammad Hazami
Peralatan: Asama Supramaniam, Azura Ahmad
Pencahayaan: Norhisyam Awang, Razdi Mohammad Sarip
Pengurus Produksi: Aziah Azmi
Penolong Pengurus Produksi: Sarif Huddin Abdul
Pekerja Seni: Denny Justin, Mark Ronnald Malajim
Pereka Set: Yaya Ma’embong
Grip: Rsharin Irwan

Pelakon Tahajjud Cinta : Remy Ishak (Solahudin), Fazura (Citra), Fouziah Gous (Seri), Shahz Jaszle (Azihan), Tan Sri Jins Shamsuddin (ayah Citra), Eman Manan (UstazSyauki), Norish Karman (Nora), Tiz Zaqyah (Emelda), Aaron Aziz (suami Nora), Melisa Saila (isteri ketiga), Ziela Jalil (isteri kedua), Erma Fatima (isteripertama), Dira Abu Zahar (isteri keempat), Ahmad Tarmimi Siregar (ayah Seri), Fadilah Mansor Kak Chik (ibu Seri), Haryanto (Tengku Irfan), Neelofa (Armani), Azizah Mahzan (ibu Citra)

Menurut pengarah drama Tahajjud Cinta Erma Fatima “ramai wanita teraniaya di luar sana. Saya tengok dalam akhbar banyak kes mengenai wanita sebegini dipaparkan. Pada masa sama, saya tengok golongan lelaki pula selalu guna agama untuk menindas wanita jadi” Jadi drama dihasilkan untuk memaparkan perjuangan kaum wanita serta menyemarakkan semangat diri mereka dengan matlamat memberitahu wanita mengenai hak mereka.

Drama 13 episode ini hasil terbitan dari syarikat produksi Rumah Karya Citra akan mula ditayangkan pada 8 Julai depan pada setiap Jumaat pukul 9 malamSuka tak sabar nak tengok ..sesaja suka nk serabutkan kepala yang tk berapa serabut ni .. hot tau !

sekian
Puanbee

Trackbacks

  1. […] Lain-lain Artikle Tahjjud cinta Lagu tema Tahajjud Cinta dan lirik Sinopsis tahajjud cinta […]

Speak Your Mind

*