Wanita tanpa rahim (simptom MRKH) yang jarang berlaku

Drama bersiri Rahimah tanpa rahim lakonan Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi dan Ezzaty Abdullah yang mula ditayangkan pada 21 januari 2021 'diperlekehkan' berikutan judulnya yang dikatakan tidak sesuai. gambar di ambil dari page metro online Jika tidak tahu berkenaan wanita tanpa rahim ini boleh lah mula cari info di google atau youtube , atau tengok video luahan seorang pesakit MRKH di bawah ini. Jadi sebab benda dah kecoh , dan semasa pkp ini boleh lah aku meluangkan masa menonton drama untuk mengurangkan stress aku. https://youtu.be/OvTIHjbdkRk Ada…

Belajar menjahit merupakan impian lama dulu

Assalamualaikum dan hai … Akhirnya .. saya dah beli mesin jahit. Bagaikan mimpi tercapai. Dah lama teringin sangat nak belajar menjahit tapi suka sangat bertangguh tangguh. Dari anak seorang sehinggalah kini anak dah pun empat orang. Bayangkan… Sekarang ni saya mulakan langkah sangat drastik. Perlukan masa tak sampai seminggu saya buat keputusan nak belajar menjahit , terus order mesin jahit. Buat survey di facebook mesin mana ok untuk di beli. Ada banyak pendapat. Terima kasih kawan kawan. Akhirnya saya menghubungi guru untuk saya belajar menjahit. Agak jauh dari tempat tinggal. Itu lah .. macam mimpi. Semua nya di lakukan dengan begitu cepat sekali.

18/7/2016

Saya update status nak beli mesin jahit yang mana bagus. Padahalnya saya dah pun main kutu untuk beli mesin jahit. Dapat bulan 12 nanti. Tapi dek kerana hati ni nak sangat mesin jahit , makanya saya survey dan nak beli dulu. Bayangkannnnn ..

mesin jahit

Nak baca pendapat mesin mana bagus boleh klik sini. Ada banyak sangat pendapat. Malas betul saya nak print skrin sekarang ..akan datang mungkin akan buat entri khas untuk pemilihan mesin jahit. Kalau nak beli mesin jahit brother pink tu , di go shop harga paling mrah. Tempat lain mahal. Di kedai spotlight ni mahal 200 dari go shop. 

Pandora menghantui

Saya sekadar meluahkan rasa .. akhir-akhir ni tak boleh tahan … asyik tengok satu group PANDORA ORIGINAL & PRELOVED di facebook. Tak boleh tahan ………

Dah terbeli satu bangle LIMITED EDITION STAR dan satu charm huruf L. Dan cadang nak minta dana sikit dari suami tambah charm , murano ke apa-apa je la kasi penuh. Tapi dia nak beli lepas dia balik. OMG .. dia sekarang di Johor dan akan belayar ke Kalimantan pertengahan April ni. Agak-agak bila nak balik bang ? lambat …. huhuhu ~

Nak kena cari satu murano untuk hiasan , lepas tu tunggu suami belikan .. masa tu baru best .. boleh paw banyak-banyak .. kalau duit sendiri kedekut kedekut lah sikit ..duit suami takpa … ok falsampah hidup den ..

Eh dia kena belanja saya tau .. bertungkus lumus jaga anak sesorang ..

pandora promotion april

Eh lagi .. PANDORA luar negara buat promotion .. beli apa-apa charm berharga AUD150 dan akan dapat 1 bangle “always in my Heart” PERCUMA. Kalau convert ke duit Malaysia , sekarang ni dalam RM450.00 .. mungkin akan naik turun sikit kan. Adoiiiiii . nak beli promo ni , abang tak balik lagi … sabar je lah wahai hatiku yang suci murni ..

GST takde dalam promotion tu .. ada seller yang memang selalu ke Australia belikan .. tak beli di Malaysia ..

Masaalah Keputihan – Penawar keputihan dengan Buah KK

Isu dan masaalah keputihan ni paling banyak mendapat view di blog saya , Terima kasih kepada awak-awak yang datang membaca , namun di dalam artikel tersebut saya hanya berkongsi info. Maaf sekali lagi , sejak artikel tersebut di tulis di dalam blog ini , ianya telah pun memakan masa bertahun-tahun. Mungkin anda tercari – cari cara terkini untuk merawat keputihan cara tradisional ini..

BUAH KK - UNTUK KEPUTIHAN

 Tetapi saya sendiri telah pun menemui herba yang sangat membantu di dalam merawat / mengurangkan / menghilangkan keputihan , ianya adalah BUAH KK.