Wallpaper DIY – Aktiviti cuti hari buruh

Selamat bercuti buat semua pekerja di Malaysia ni. Surirumah tak cuti , kerja macam biasa yek … Cuti sekolah mula lah bosan. Tak tahu nak buat apa melainkan betengkar anak beranak. Bila dah mula bosan mula lah nak shopping. Duit pun tak banyak. Konon-konon nak pergi lah ke jualan gudang baby kiko RM1 sehelai tu. Tapi kakak ku dah pergi dan katanya baju RM1 tak cantik. Baju RM18-RM30 baru cantik. Maka tak jadi lah mak ke jualan gudang tersebut. Baik beli baju di tesco saja. Sah sah dapat yang baru dengan harga tersebut.

Lepas tu keluar rumah beli barang dapur sikit. Terus singgah di DIY dah lama geram tengok wallpaper tu , tetapi selalunya malas nak beli dan pasang sebab masa macam tak cukup je! Sekarang cuti boleh lah buat projek sikit.

wallpaper

Saya beli 5 gulung wallpaper ni corak purple warna sweet sweet aje. RM8.90 segulung. Saya pasang dengan anak-anak je lah. Saya cuma pakai 4 gulung. Satu gulung lagi lebih tak tahu lagi nak buat apa.. plan nak letak di pintu peti ais.