Upin dan ipin jeng jeng jeng

Assalamualaikum dan hai. Ini entri bayar hutang . Saya ada hutang tak tulis pun pasal pergi tengok filem UPIN DAN IPIN JENG JENG JENG. Kami rakan blogger di jemput menonton beramai-ramai. Best tak upin dan ipin. Ermm dah lama malas nak review. Yang pasti anak suka la dapat jumpa maskot dan pemilik suara upin dan ipin itu.

Apa pun tetap nak ucapkan TERIMA KASIH kepada pihak Les Copaque kerana memberi peluang kami sekeluarga menonton wayang.

Maafkan kami tak sempat update entri sejurus selepas tengok filem. Agak sibuk dengan pindah rumah dan sekolah baru masa tu. Ni baru lah tenang sikit kan gitu.

 

Saya nak ucapkan tahniah buat LES COPAQUE kerana menerima  “Gold Play Button”  dari Youtube. Tahniah.

“YOUTUBE GOLD & SILVER PLAY BUTTON UNTUK LES’ COPAQUE”

19 Januari 2017

Les’ Copaque Production Studio, Shah Alam, Malaysia – Syarikat Les’ Copaque
Production dikejutkan dengan kiriman “Gold Play Button” dari YouTube bagi meraikan kejayaan
Channel Les’ Copaque di platform itu mencecah 1 juta pengikut. Ini merupakan kejutan berganda
kerana pada pagi hari yang sama “Silver Play Button” sebagai penghargaan mencecah 100, 000
pengikut baru sahaja tiba. Hadiah ini dianggap satu penanda aras baru bagi Les’ Copaque Production
yang baru sahaja meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya.
Dengan 1, 000, 000 pengikut itu sekaligus menjadikannya “Most Subscribed YouTube Channel” di
Malaysia. Antara lain, video yang dimuat naik di saluran ini yang bertajuk “New Toys” telah
memenangi anugerah video paling popular kategori Malaysia di Anugerah Web TV Asia yang
diadakan di Seoul, Korea baru-baru ini. Video itu telah dimuat naik di saluran YouTube Les’ Copaque
Production dan mendapat lebih 27 juta tontonan. Penyampaian anugerah tersebut boleh disaksikan
dalam video “Top 16: Les’ Copaque Highlight Moments of 2016” yang dimuatnaik pada 13 Januari
2017.
YouTube Channel Les’ Copaque diwujudkan pada 2009 bertujuan berkongsi perkembangan terbaru
syarikat tersebut dengan peminat. Les’ Copaque telah menjadi rakan kerjasama YouTube sejak 2012.
Ia mula bergiat aktif dalam penghasilan karya baru termasuklah siri animasi pendek DaDuDiDo yang
hanya ditayangkan di platform Youtube.
Kini, Les’ Copaque Production mensasarkan “Diamond Play Button” yang memerlukan 10 juta
pengikut. Dengan kerjasama daripada peminat hasil karya syarikat ini seperti Upin & Ipin, Pada
Zaman Dahulu, Puteri, DaDuDiDo dan banyak lagi, adalah tidak mustahil satu hari nanti ia akan dapat
dikecapi

Jumpa Upin Dan Ipin Kali Kedua

Rekod untuk anak-anak ni , dulu jumpa upin dan ipin kali pertama di stesyen TV3 , bukan main meriah lagi bebudak , seronok tengok budak-budak happy jumpa Upin Dan Ipin , tapi kali ni memang kurang happy , anak-anak tak selincah biasa , maklumlah una sakit perut plus muntah-muntah , dia memang pantang kena panas berlebihan , penat mula lah meragam ..

Tak tahu nak buat cam mana , makan ubat pun keluar balik .. ni nasib cuaca sejuk mendung je hari ni kurang sikit alah dia .. adoyai una , tapi konfius lak si kakak pun kadang-kadang duk muntah , ke saja buat perangai sebab tengok una muntah best je ibu layan .. hahah .. tak baik ibu ni …

upin dan ipin booth

Masa kelam kabut nak ambil gambar perasmian ni , sempat juga bertempek kat gerai tepi-tepi tu , nak – nak ada upin dan ipin , wahaha memang lah mata macam terpaku je , tapi anak-anak tak de waktu ni , diorang pergi tidur dalam keta , tak lama lepas tu .. maskot upin dan ipin pun keluar , cepat2 sms ayah depa suruh bawak anak-anak tengok upin dan ipin , anak semua tak bermaya je , nampaknya ibu sorang je lah syok sendiri ek ..

upin dan ipin booth

Adik baju oren ni nampak tag saya , terus tanya nama blog , dan yang sadisnya , saya lupa nak tanya nama dan nama blog baliau .. diikk nanti komen sini ek .. siap dia tanya berapa kali update blog puanbee ni .. ahakss .. dikkk akak kalau rajin 5-6 kali pun boleh , tapi kalau kemalasan tahap gaban tu 2 kali cukup lah .. tak leh tak update nanti huru hara peminat ahaksss 🙂 wink~

bersama upin dan ipin

Ok tetiba si ipin tu tangkap laila dukung , nasib dia tk menjerit , sebab kali pertama kelmarin laila memang takut tengok maskot , agaknya kali ni dia dah rasa menyesal sebab tak nak bergambar dengan maskot tu .. hahaha .. tengok kakak dengan una cengkung je ..alahai …

lepas tu tanya baby ,

“seronok tak ipin dukung baby ?” ..

” seyonokkkk “ .. jawabnya ..

Lepas ambil gambar bagai si ipin tu bawak lari laila ke dalam mart , pucat muka una n kakak , kot kot le maskot tu nak bawak lari adik depa , lawak lak mengenangkan situasi “ cuak ” memasing tu..