Drama Teduhan Kasih yang telah di adaptasi dari novel akan menyusul di kaca tv anda iaitu TV3 pada setiap isnin hingga khamis jam 7.00 malam bagi menggantikan drama Sedetik Cinta.

( Sinopsis Novel ) Teduhan Kasihdrama Teduhan_Kasih adaptasi novel

Iffa mendirikan rumahtangga bersama Ryzal, namun rumahtangganya dilanda badai. Kehadiran Ayu, yang juga merupakan sahabat baik Iffa telah menjadi punca Ryzal menceraikan Iffa yang sedang berbadan dua.Kehidupan Iffa dikusutkan lagi dengan karenah ibu tirinya. Iffa merupakan anak hasil perkahwinan kedua ayahnya.

Setelah diceraikan oleh Ryzal, Iffa telah tinggal di rumah ibu tirinya. Bermula la pelbagai kejadian dan cerita yang semakin membuatkan Iffa dalam tekanan. Ketika Iffa sedang menahan sakit ketika hendak bersalin telah mempertemukannya dengan Ehsan.

Ehsan, seorang lelaki yang tampan, kaya dan berjawatang tinggi di sebuah syarikat. Seorang lelaki yang sentiasa dikelilingi wanita cantik dan kehidupan yang sangat bebas tetapi jiwanya kosong. Bermula dengan pertemuannya dengan Iffa telah merubah keseluruhan kehidupannya.Read More →

Macam tiba-tiba je ada Drama Serindu Taj Mahal ni.  Wawa Zainal , Shah Jaszle dan Adi Putra antara pelakon yang turut membintagi drama ini. Serindu Taj Mahal mengisahkan tentang cinta tiga segi di antara Adam , Shahrizal dan Aishah. Aishah yang dalam di lema terpaksa membuat keputusan untuk memilih sama ada menerima lamaran Adam , majikannya atau Shahrizal.

serindu taj mahalRead More →

Sinopsis

Ya .. khas untuk peminat drama. Selepas drama setia hingga hujung nyawa ini tamat. Berita datang katanya drama berikutnya adalah Rindu Bertamu di Abu Dhabi dan pelakonnya hebat-hebat belaka. Buat peminat drama lagi-lagi drama di slot akasia tv3 pastinya tidak akan lepas kan peluang menyaksikan drama terbaru ini walau apa pun dugaan mendatang.

Sinopsis

Rindu bertamu di Abu Dhabi akan mula ke udara pada 11 febuari 2013 , minggu ini adalah minggu terakhir drama setia hujung nyawa (eee geram kan .. tengok drama tu ). Drama ini akan di bintangi oleh Fahrin Ahmad , Tasha Shila , Fouziah Gous , Dato’ Rahim Razali , Aiman Hakim Ridza , Lydiawati , Kismah Johar , Ridz Amin , Hairi Safwan , dan Syatilla Melvin.

Lokasi pengambaran adalah bertempat di Abu Dhabi , di katakan negera terkaya dunia. Harus tengok … drama ini mengandungi 28 siri terbitan Zeel Productions.

Ost nya kali ini di nyanyikan sendiri oleh pelakon Fahrin Ahmad ( bagaimana suaranya ek ? sama-sama layan .. )

Sama-sama nantikan kemunculan drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi selepas tamatnya drama Setia hingga hujung nyawa ( yang buat aku geram menanti )

Chaw ~

Sumber foto : Edtv pembekal rasmi segala gambar dan info mengenai drama ini 🙂 . Gambar menarik ada disana..

anak kucing

Sejak ada anak angkat 5 ekor ni , kemain 2 kali ganda riuh … kita nak tengok tv ke nak tengok deme ? habis berselerak rumah … segala lapik2 terpaksa di simpan balik ., dulu masa anak2 kecil memang tak pakai kain lapik , sekarang pun tak boleh pakai ..

anak kucing

Tengok di skrin tv ^^)

@aziewan dah mula boleh ambil si putih ye …Read More →

Drama hanya padamu (sinopsis) dalam slot zehra tv3

Drama hanya padamu (sinopsis) dalam slot zehra tv3Drama hanya padamu merupakan drama terbaru yang akan di paparkan di tv3 bagi menggantikan drama runtun kalbu bermula pada 28 disember ini.

Cinta hadir tanpa di duga ” itulah jalan penceritaan untuk drama ini.

Drama hanya padamu menjanjikan pelakon  hebat di antaranya  Beto Kusyairi, Zahiril Adzim, dan Nazeera Sardi.

Drama hanya padamu berkonsepkan islamik dan mempunyai 13 episod. Drama ini menjanjikan bukan sahaja menghiburkan malahan mempuanyai mesej-mesej menarik sepanjang drama ini berlangsung.

Sinopsis Hanya Padamu 

Drama yang mengisahkan perjalanan seorang gadis bernama Adawiyah (Nazeera Sardi) yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai liku, bakal menambat hati penonton dengan pelbagai babak menarik yang diselitkan menerusi drama tersebut.

Arman watak di lakonkan oleh Beto Kusyairi merupakan seorang lelaki yang memiliki konflik dalaman kerana cabaran hidupnya begitu hebat sehingga dia marah dengan ketentuan dan takdir.

Semuanya berubah setelah Arman mengenali seorang gadis bernama Adawiyah. Manakala Zahiril Adzim memainkan  watak sebagai Bukhari yang merupakan abang saudara kepada Adawiyah .

Bukhari adalah seorang lelaki yang tersepit di antara ibu yang sering membuli dan mendera Adawiyah dan dalam masa yang sama, dia cuba membela nasib adik saudaranya itu.

Walaupun dia tidak bersetuju dengan tindakan ibunya, dia bagaimanapun tetap menghormati ibunya dan mahu menjadi seorang anak yang baik. Namun dalam diam, dia sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Adawiyah dan dari situlah segala konflik bermula .

Jangan lupa saksikan Drama Hanya Padamu slot Zehra bermula 28 Disember ini.