Tips Diet | Amalkan Memakan Epal Hijau

Tips diet kali ini membawakan satu cara amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari dan ia amatlah digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana epal hijau bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.Continue reading

7 + 1 = 8 Manfaat Air

Cuaca tak menentu , minumlah banyak-banyak air kosong .. jangan pandang rendah walaupun air itu kosong tapi khasiat atau manfaat untuk tubuh badan kita memang sangat banyak.

manfaat air kosong

  1.   Mengambil air kosong dalam kuantiti yang cukup akan melancarkan sistem pencernaan manusia dan mengelakkan masaalah seperti sembelit.
  2. Air kosong melambatkan pertumbuhan zat-zat yang mengakibatkan kanser.Mencegah penyakit batu karang dan ginjal.
  3. Perawatan kecantikkan – tubuh akan menyerap air daripada kulit sehingga menyebabkan kulit kering.Air dapat melindungi ,melembab dan menyihatkan kulit.
  4. Kesuburan – Meningkatkan produktiviti hormon kaum lelaki dan wanita.
  5. Menyihatkan jantung –  Ubat strok kemampuan air melancarkan peredaran darah dan sistem penafasan membuatkan ia betindak untuk menguatkan otot-otot dan ligamen.
  6. Menenangkan – Air hangat dapat melebarkan pembuluh darah dan mencegah kekakuan otot,menghilangkan rasa nyeri,serta menenangkan fikiran.
  7. Menguruskan badan. – Minum air sebelum makan akan membuatkan anda kurang makan.
  8. Memberi kesegaran pada tubuh

Related :

  1. Lakukan Terapi Air Untuk Menguatkan Sistem Petahanan Tubuh Melawan Penyakit.
  2. Khasiat yang penuh walaupun sekadar air kosong

 

Kevin Zahri : Tips Diet Yang Romantik Yang Lelaki Kacak Boleh Amalkan

Tips diet yang sangat romantik saya kira.. Kalau makan berdua cuba kongsi air manis , jimat duit dan jimat kalori … hahaha biasanya kita makan berdua pun kita buat cam mana ? ok .. saya memang kongsi minuman dengan anak-anak …. tapi si lelaki kacak saya tu .. siap order “teh tarik gelas besar 1 , dan jus tembikai laici” berapa banyak kalori daaaa… tapi tak pe ..lelaki kacak walau cam mana pun saya tetap sayang. Orang kata kalau dah sayang kita kena terima seadanya kan kan ..

kevin zahri program

Twitter @kevinzahri

Bila baca tips Kevin Zahri ni , satu saya terbayang senario di atas lah .. Kedua saya terbayangkan senario di bawah ni. Romantiknya lelaki kacak tu kalau buat benda di bawah ni .

Bila si lelaki kacak  kekurangan duit , boleh guna cara Kevin Zahri jugak. Makwe pun tak terasa hati ye tidak.Continue reading