Ibu Hamil Di Trimester Kedua Lebih Kuat Berpuasa ?

Disebabkan saya hamil sekarang ni , saya pun saja la membaca info lebih banyak tentang ibu hamil berpuasa. Mana tahu ada tip menarik yang boleh di amalkan. Saya sekarang berada di dalam trimester kedua. Allhamdulillah masih cergas dan sihat. Kadang-kadang je la lenguh kaki dan pinggang sedikit. Masih boleh menguruskan anak-anak dan aktif macam biasa.

Kalkulator Waktu Subur & Kalkulator Tarikh Bersalin

perkembangan-janin

6 Bulan 🙂

Mengira Waktu subur Wanita

Di bulan puasa ni saya rasa lebih cergas pula , walaupun berpuasa. Ada fakta menyatakan ibu hamil di trimester kedua lebih kuat berpuasa. Mengikut pengalaman macam betul je , dulu pernah berpuasa di trimester ke tiga. Asyik muntah buih je , perut sakit sampai rasa nak pitam. Jadi sampai setengah hari je kena buka. Pernah juga berpuasa di trimester pertama , tak tahan rasanya lembik. Tetapi kali ni boleh. Allhamdulillah walaupun makan sahur kadang-kadang air sahaja , kadang-kadang sepotong kek , jadi la .. memang kurang makan sejak mengandung kali ni.

Rahsia Mudah Hamil – Tips Kesuburan Untuk Wanita

Tetapi eloklah ibu-ibu rujuk kepada doktor terlebih dahulu kan. Kesihatan ibu mengandung tak sama semunya , ada macam-macam masaalah yang tak pernah dengar pun wujud semasa mengandung ni. Makan kurma lebih sempena bulan puasa ni. Kalau tanya vitamin apa yang saya ambil , tak ada vitamin selain dari vitamin klinik dan vco.

Saya kira bernasib baik di beri kesihatan yang baik.

Allhamdulillah .. selamat berpuasa 🙂

Jom baca sini — > Berpuasa semasa hamil