tips buang segugut dengan halia

Hilangkan sengugut dengan halia

Siapa yang tak pernah mengalami sengugut ? anda memang bertuah .. sakit sengugut ialah sakit di bahagian peranakkan , perut atau sesetengah orang sakit di bahagian keliling pinggang ketika seseorang wanita di dalam keadaan Haid . Sengugut atau pun Period Pain ini kebiasaannya akan di alami pada beberapa hari semasa awal kedatangan Haid.

Sakit sengugut ni juga ada tahap-tahap tertentu, memang susah nak bayangkan , saya pernah kena yang paling teruk , rasanya seperti mahu beranak semula , Oh orang lelaki tetap tak tahu bagimana rasa sakit sengugut ni kan. Kalau nak di gambarkan sakit sengugut ni untuk orang lelaki , lebih kurang macam sakit perut kena bola yang ditendang dengan kuat. Rasanya lah gitu lah kot.. andaian saya lah..

Saya petua yang saya sendiri amalkan ketika sakit sengugut ni menyerang , Insyallah berkesan bagi saya.

tips buang segugut dengan halia

Hilangkan sengugut dengan Halia

Buat secawan air halia atau teh halia dan minum dalam keadaan air masih suam-suam , kalau sejuk kurang berkesan.
Dipercayai halia mempunyai khasiat yang  dapat mengalirkan darah haid dengan lebih lancar dan kita selesa ketika minum.

Kemudian sapu minyak panas ke perut – cara ni sengugut akan hilang .

selamat mencuba 🙂

Collagen + Vitamin C Forte Dan Mita C Whitening

Sponsor post untuk penaja kontest duit raya puanbee.com 🙂
Salah seorang penaja kontest duit raya anjuran saya menaja 2 produk Injection Vitamin C + Collagen yang bernilai RM250..Dan injection vitamin C Mita C daripada Japan bernilai RM150 ..wow ! produk kecantikan untuk wanita dan jejaka yang inginkan kulit cantik di hari raya nanti ..

Terus terang .. semua detail di bawah adalah dari owner yang menjual produk tersebut ..Puanbee old fashion sikit , tak reti nak pakai semua ni .. jadi .. kalau korang berminat nak membeli boleh lah terus ke blog owner nya

  • Adamhaiqal blog

Kalau nak free haruslah join contest PB haha.. jom selidik apa kah tajaan adam haiqal kali ini .. menarik …

Collagen + Vitamin C Forte

  • Collagen + Vitamin C Forte

Benefits
*Reduce wrinkles
*Fade scar and dark spots
*Moisture skin
*Fades discolourations hyperpigmentations such as liver spots, freckle spots, age spots and skin *pigmentations
*Improves skin complexion
*Replenish lost collagen and increase skin elasticity

Product Description:
This Biocell Collagen Forte + Vitamin C is originally imported from Swiss. Each box contains 10 x1500mg of vitamin c + 500mg plant collagen /5ml.
Read More

Cari Ulam (Petua Awet Muda)

Salam Bahagia Semua 🙂
Hurm pagi-pagi celik mata teringat ulam dah habis so kenalah pergi cari,
kalau tak ada ulam , tak sedap nak makan nasi ,
haruslah pergi cari..
Amalan makan ulam atau sayur-sayuran mentah boleh membuatkan seseorang awet muda kerana ia mengandungi banyak bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas.

kalau dulu-dulu nak cari ulam belakang rumah je , mak jerit “tipahhhh hang pergi cari ulam apa-apa nak makan nasi ni”…tak lama lemudian “tipah ” pun balik bawak secekak ulam , pilih je kangkung , pucuk ubi , pucuk selom , pucuk jagus , pucuk paku haaa macam – macam ulam ..

kalau sekarang pula , bila teringat je ulam kena start kereta , panas kan enjin dulu , pergi lah pasar macam bee tak de pasar kat sini , kena pergi tesco atau hero baru dapat ulam , umtuk ulam jer RM50 ..dulu free ..beza memang berbeza..ish ish..

Sebenarnya makan ulam ni sangat baik untuk kesihatan dan menjaga diri dari dalam , kita membuat pelaburan untuk kesihatan dengan apa yang kita makan , Kesan pelaburan ini bergantung kepada jenis makanan diambil. Jika mengamalkan diet yang banyak lemak, bermakna kita akan mengalami masalah pertambahan berat badan dan paras kolesterol tinggi.

Sebaliknya, individu yang mengamalkan pemakanan seimbang dengan melebihkan pengambilan sayur dan buah biasanya tampil lebih sihat dan menarik serta mampu mengekalkan kelangsingan badan.

Oleh itu perbanyak kan lah atau amalkan lah memakan ulam-ulaman yang di amalkan sejak turun temurun lagi..

tips buang segugut dengan halia

Khasiat Sebenar Halia – tips awet muda

Teh halia untuk kesihtan..jom tengok khasiat halia untuk kesihatan korang dan saya juga..s ebenarnya dulu saya selalu amalkan teh halia nih..entah kenapa sejak akhir-akhir nih saya lebih suka kepada indocafe..sehari tak perkena indocafe tuh ibarat macam tak lengkap lah hidup saya nih..

Tapi.. sekarang badan dah terasa sengal-sengal dan selalu juga kaki terasa kebas , letih-letih…kemudian ada nenek kat rumah nih cakap..darah tak mengalir dengan baik..itu pasal lah kaki tu selalu kebas sejuk-sejuk katanya…nenek tu cadangkan pada saya untuk minum air halia kaw kaw punyer campo daun pandan sikit ..wah saya tak sanggup lah nenek hahaaa! tapi saya boleh minum kalau halia tu campur dengan teh..ok lah kan…so kena amalkan balik minum teh halia untuk kesejahteraan diri sendiri.

KHASIAT TEH HALIA
{sumber :  http://www.sihatselalu.com.my}

Halia dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan berkemungkinan berasal dari negara tersebut.

Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu. Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.

Halia dalam perubatan moden 

Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.

Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.

Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitaminC dan niasin.

Halia sebagai perisa Masakan

Di kalangan mayarakat Malaysia, halia bukan saja berkhasiat malah menjadi perisa atau sebahagian daripada ramuan masakan.

Selain berbau harum, campuran halia dalam masakan menjadi pembuka selera makan. Selalunya halia ditumbuk atau dimayang halus, ditumis bersama perencah lain untuk masakan sup, kari, sambal, rendang dan tomyam.

Buang Angin dengan halia

Dalam perubatan alternatif, halia yang ditumbuk atau air rebusannya digunakan sebagai ubat minum atau sapu.

Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampur lada hitam boleh menghilangkan angin di perut . Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin seluruh badan.

tips buang segugut dengan halia

Banyak Kegunaan Halia 

Bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan.

Halia juga boleh mengubati penyakit, kekurangan tenaga,pening kepala demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut

Pengambilan halia juga mencegah rasa pening dan mual atau motion sicknesssemasa menaiki kenderaan serta membuang kahak dan lendir yang melekat di halkum.

Halia juga membantu menguatkan tenaga batin iaitu menambahkan air mani.