Cara untuk shopping di tesco online

Syukur ada tesco online zaman sekarang , ianya memudahkan .. sebelum ni saya memang pelanggan setia tesco. Perut memboyot dengan tiga orang anak pun terjah ke tesco untuk beli barang. Tetapi sejak baby nombor empat di lahirkan terasa seolah tak cukup tangan dan tenaga lagi nak pergi shopping. Bukan maksudnya saya tak boleh pergi shopping …. no no .. saya tetap ke tesco tapi cuma tak beli barang berat-berat , contohnya berasa 10 kilo. Minyak 3 kilo. Sabun 8 kilo tu. Weiii berat .. mana larat nak angkat naik ke tingkat 4 semua barang tu sambil dukung baby. Shopping di tesco online benda berat-berat sahaja. Barangan lain saya tetap pergi ke tesco sendiri.

Ada kawan tanya .. macam mana nak shopping di tesco online. Saya cuma tunjukkan secara ringkas. Tak faham tanya je lah di komen tu tak pun di facebook saya ye. Teruskan menjawab soalan macam mana nak shooping di tesco online.

Klik pada “ sign in or register

Dan register ( daftar untuk pertama kali dengan menggunakan email anda.) Semasa daftar isikan borang yang di sediakan , alamat , no telefon , no kad ahli tesco jika ada.

tescotesco 2 Dah daftar .. boleh terus shopping … jangan lupa tengok email untuk verified sekali ye.  Pilih lah barang yang korang nak . Kemudian klik pada ” view full trolleytesco 3 Kemudian akan terpapar seperti di dalam gambar di bawah. Alamat penghantaran di sebelah kanan. Klik ” checkout ” dan ikut sahaja arahan yang di paparkan.

Oh ye .. jangan lupa pilih tarikh yang sesuai untuk penghantaran. Cas penghantaran RM10 . Saya rela bayar cas ini. Tapi mulai 1 mac 2014 , tesco tidak akan mengenakan cas untuk pembelian melebih RM150 ke atas. Yes !!!! i like . jimat lagi duit saya. Hehe..
tesco 4

Semasa barang hendak di hantar , driver  penghantar barang tesco akan call dulu. Dalam kes saya kelmarin , saya set masa dalam jam 4 petang , barang sampai 3.30 pm , dia call saya dan saya di luar . Cuba teka .. dia tunggu .. 🙂

Kemudian semasa saya beli , saya ada order minyak 10kg jenama Alif , Pekerja tesco cakap jenama tu tak ada dia gantikan dengan minyak jenama pilihan tesco. So saya tak nak . Takpe boleh cancel minyak tu. Kan bagus gitu.

Pembayaran di lakukan di depan pintu rumah menggunakan kad debit , boleh juga guna kad kredit. Saya guna kad debit saja. Tak boleh bayar guna tunai.

Yang paling best tingkat berapa pun diorang hantar. Terbaik lah …

Ini bukan entri berbayar .. siapa nak bayar blog tak glemer gini .. Ini entri sekadar perkongsian. Ada orang cakap .. siapa yang suka beli online ni pemalas. Wei ada banyak faktor kenapa nak beli online tau.

Masing-masing ada bahagian masing-masing. Awak tak duduk di dalam kasut orang tu , awak mana tahu .. tahu cakap je !

Untuk shopping online sila ke :   http://eshop.tesco.com.my/

Untuk check area terlibat , sila ke :  http://www.tesco.com.my/eshop/html/Check-Service-Availability.aspx

Lepas ni terasa nak beli kasut sekolah di bata online pulak. Pergi kedai bata asyik tak de stok dan menyakitkan hati dengan pekerja. Haishh ..

Awal bulan shopping .. hujung bulan ????

Cuba teka berapa RM untuk satu troli ini ? Ini aktiviti biasa , saya beli barangan dapur yang besar-besar , susu 2-5 paket , semua kelengkapan syampu sabun ubat gigi cukup sebulan. Sebab paling utama tak suka kejap-kejap kena pergi kedai dan beli barang sikit-sikit. Susah nak bajet. Beli baju sebab hari lahir aliya (si kakak) , konon-konon nak bagi hadiah , tapi kena beli 3 pasang.. #pengsanmak.

Korang bagaimana pula ?

shopping & lifestyle blogger Read More

tebus poin bonus link

Kali ke – 2 tebus poin bonuslink

Pertama kali tebus poin bonus link adalah kelakar. Kita nampak macam besar tapi kecil , kali ke dua tebus ni dah pandai sikit. Kali ni baca btul-betul barang apa yang hendak di tebus. Pernah ke tebus poin dari bonus link ni ? kalau belum pernah elok la pergi tengok-tengok website bonus link. Rugi tak tebus .. bukan selalu orang nak bagi.

Dulu saya tebus bola , kali ni saya tebus periuk nasi. Untuk kali pertama kita perlu telefon bonus link dan minta no pin. Setelah di beri no pin baru boleh login ke website diorang dan seterusnya buat lah pilihan barangan bersesuaian dengan poin yang ada. Setelah menebus tunggu pekerja bonus link telefon kita semula untuk pengesahan alamat dan waktu untuk buat penghantaran.

tebus poin bonus link

Tebus periuk nasi philips. Teringin nak tebus alat uji tekanan darah tinggi tu , tapi poin tak cukup .. saya perlu habiskan poin sebelum tarikh luput untuk menebus tiba , jadi terpaksa la tebus apa yang cukup dulu. Tak tebus sayang juga.

redeem points bonus link

Ada dua cara nak dapatkan barang-barang , sama ada tebus dengan semua poin atau gunakan cara Express way guna poin separuh dan bayar separuh. Tetapi kalau bayar bukan tebus nama nya he he he …

Antara kegemaran saya , kumpul kad ahli tempat shopping dan tebus. Entahlah dah macam habit lak suka buat benda macam ni , walaupun sebenarnya tak la banyak sangat ke untungan dari buat kad ahli tu. Antara kad saya ada dalam entri ini  dan sekarang koleksi dah bertambah hee.. baru semalam jadi ahli watsons pulak. Sebab ada kupon bernilai RM200 .. pheww~

Pernah dengar dan tengok tak rancangan tv luar negara ? dia menyara hidupnya dengan kupon dari majalah , surat khabar , sale internet semata-mata untuk menyara hidupnya ? Ada satu lagi dia berjimat menyara keluarga ramai dengan gunakan kupon dan jualan murah untuk membeli barang-barang dapur bagi menyara anak yang ramai . Hasil dari penjimatan  yang di buat beliau beli rumah di luar kemampuan gaji suaminya ?

Pernah tak ? di Malaysia belum ada lagi yang mampu buat begitu .. belum sampai tahap itu lagi.

P/S : Kalau kada bonus link hilang betahun-tahun pun boleh dapatkan semula dengan buat panggilan bonus link .. selamat menebus …

shopping di tesco

Masa menebus kupon #tesco

Sebenarnya pergi tesco untuk ke pejabat pos untuk poskan lactolite , ada pelanggan yang order lactolite semalam.. korang tak nak ke try lactolite tu ? sambil-sambil tu beli sedikit barang dapur .. tak sangka banyak pulak kupon yang di terima.. Ada keyword yang masuk ke blog saya …

pos laju .. apakah yang akan terjadi jika barang tidak sampai kepada penerima… 

Apa akan terjadi ye ? boleh claim balik agaknya .. tak ada pengalaman pula .. tapi kalau barang pos ekspress tidak sampai , kita boleh kesan semula sampul tu ada dimana , dan sebab-sebab barang tidak sampai , melalui no tracking tu juga kita boleh call pejabat pos dan minta sampul tu di pulangkan ke pejabat pos terdekat.

tetapi pos laju tak tahu .. apa pandangan pembaca ???

shopping di tesco
Harga rendah sempena raya .. meriah  sungguh ..- #tesco

shopping dulu ..

P/S : Tips shopping dengan anak-anak