Membeli belah di ikea – reward diri

Assalamualaikum .. tajuk kali ini reward diri pula. Siapa suka reward diri sendiri ? atau siapa yang kata itu semua alasan je nak shopping ? Dulu saya jenis ada duit simpan untuk kecemasan konon nya. Kemudian duit habis juga. Lepas tu dah selalu sangat agaknya duk fikir kecemasan tu sampaikan macam doa pula. Malangnya di makbulkan. Sabar je lah dengan dugaan kan. Tahun 2017 ni tak nak dah macam tu. Tahun 2017 ni masa untuk enjoy dan fikir benda baik baik je. Selalu lah fikir kita ni akan kaya raya dunia akhirat dan dapat bantu orang.

Sempena pindah rumah baru dan blog ada job besar yang dapat RM 4 digit ,dah pasang niat nak shopping barang ikea. Saya dah puas hati dapat shopping barang ikea walaupun bukan untuk diri sendiri pun.

Mak mak sangat saya ni.

Itu hari seolah olah lupa ingatan sekejap , seronok lah shopping wehhh .. saya belikan katil untuk anak-anak dah lama mereka tidur beralaskan tilam biasa je. Memang hajat nak buat bilik mereka cantik cantik. Tapi sekadar mampu lah.

Beli 2 biji katil ( satu katil single dan satu lagi katil single bertingkat ) , beli satu set meja makan ( papan meja , kaki meja x 2 , dan kerusi x 4 biji ), 1 set rak buku , 1 kerusi malas untuk ayah nya dan lain lain benda kecil tupperware dan barangan dapur. Harga baru RM1200 ++ tak ingat pula.

Murah kannnnnn .. Continue reading