Tiara Beach Resort @ BEST WESTERN Prima Inland Sea Resort

BEST WESTERN Prima Inland Sea Resort atau di kenali sebagai Tiara Beach Resort. Bunyi je macam ada laut , tapi tak ada laut disini .. nak mandi laut kena pergi pantai Port Dickson …  Teluk Kemang dan deretan pantai yang lain. Cuti sekolah yang lepas , saja bawa anak-anak datang sini memandangkan kami ada kenal taukey yang membuat perusaan homestay , dia pula beri diskaun 50% jadi datang je la …. dekat je dari Ampang KL kan ..

tiarabeachresort

sumber gambar :  http://www.tiarabeachresort.org/

Lebih kurang macam ni la pemandangan nya pada hari tu .. kat sini la anak-anak main sampai tak nak naik .. bayangkan dari jam 12.00 tu anak-anak turun tak naik-naik dah .. mak dia sampai blh tidur di tepi … dan salin baju 3 kali .. bayangkan …

Kamera memang tak bawa masak datang ke sini .. malas ya ampun … mood nak begambar tu tak de ….

picture001

Ini gambar perasmian laptop  Acer P3 Aspire Ultrabook  dari dalam bilik tempat kami menyewa ..  duduk 3 hari 2 malam.

Hari pertama sampai , letak beg dan terus ke pantai teluk kemang untuk mandi manda , malam nya balik dan bersiap untuk BBQ .. Saya kemana pun suka bbq tepi pantai , rilek je rasanya ….

Hari kedua memang bersantai di Tiara ni je …

Malam nya pergi makan tomyam , tapi sayang … semua yang lain selera makan , saya tk boleh makan .. perut dah memulas masuk angin , boleh masuk nasi kosong jek …

Esok nya dah bergerak balik .. adik-adik yang lain singgah mandi di pantai lagi .. saya memang tak larat dah nak mandi , panas .. lemah je rasa … terus ajak kay balik terus.

Bukan nak jadi #kakikomplen , tapi sekadar berkongsi la ..

Waterpark punya la mahal ..

Dewasa : RM 35

Kanak-kanak : RM25

Untuk satu sesi , ada dua sesi .. pagi mula jam 7 am – 12 pm  … satu sesi lagi mula jam 12 . 30 pm hingga 7 pm. Padahal sebelum pergi kami survey di internet harganya RM20 untuk dewasa  dan kanak-kanak RM15 , ingat 1 hari full macam di gambang , rupanya tak .. memang tak berbaloi la …

Cer bayangkan .. mahal lagi dari Gambang Waterpark kot ..

Mula nya rasa tak nak masuk … bukan nya best sangat , air kolam semua untuk kanak-kanak jek … tapi anak-anak semua dah tak sabar nak terjun , ambil juga la sesi ke dua tu …

Lagi best lepak tepi pantai , main bola tampar dan ombak sambil bbq 🙂

Untuk homestay tak nak komen , ok la .. 2 bilik tidur , 2 bilik air , ada mesin basuh , ruang tamu besar dan juga kemudahan masak air , cuma iron pulak tak de … lain semua ok … belasah ramai-ramai duduk situ , 3 famili …  subang emas aliya hilang di situ .. tkde rezeki ..

Nak cuba waterpark morib .. 🙂

Bersantai di teluk kemang port dickson

Menghabiskan cuti sekolah di tepi pantai teluk kemang port dickson , saja habiskan waktu disini , nak jalan jauh-jauh no bajet lorrr …
image

Kami 3 keluarga share duit sewa apartment , harga baik punya …

Nak info ke ? Nanti la ….

update live saja ni .. bye2 lepas maghrib nak bbq tepi pantai … siyokk …