Tefal FV1245 – Iron steam murah

Assalamualaikum dan hai , kali ni nak share lah review iron steam murah ni. Murah tak murah RM100 tu tinggi juga la untuk rakyat marhaen ni kan kan. Saya tak beli lah jenama amway , philips atau harvey norman yang rata-rata di review sangat best tu. Iron tu lagi best kan. Tapi dapat yang ini pun syukur allhamdulillah. Dan ini hasil menjahit .. tolong cikgu jahit baju 4 pasang dapat upah saya beli lah iron , iron lama tu kalau silap sikit berlubang baju , ni nak jahit baju raya orang banyak ni. Takut juga ter hangit. Tu sebab lah cari iron steam juga.

Semasa search lazada memang baca spec iron steam bawah RM150 sahaja. Target banyak tu je ada modal nak beli iron pun. Jadi setelah di ambil kira pelbagai sudut. Saya pilih tefal ni sebab di situ tulis ceramic technology di mana jarang dengar , biasa guna soleplate je. Pernah beli jenis soleplate ni melekat juga lama-lama. So nak cuba lah ceramic techology ni. Ok juga la buat masa sekarang.Continue reading